part 7

3.6K 313 2
                                    

Seorang wanita rebah ke lantai batu. Dadanya kelihatan turun naik. Dia sudah tidak berdaya lagi untuk terus bekerja tanpa henti.

"Get up you bitch!" Jerkah salah seorang lanun sambil menyepak-nyepak badan wanita itu.

"Tolonglah tuan. Saya cuma nak sedikit air saja." Rayu wanita itu.

"Jangan harap kau akan dapat apa-apa selagi kau tak jumpa apa yang Kapten Hans nak! Cepat bangun!" Cemeti di tangannya diangkat tinggi. Belum sempat cemeti itu hinggap di badan wanita tersebut, satu tumbukan hinggap di wajah si lanun sehingga dia terpelanting ke belakang. Xara memandangnya tajam.

"Don't you dare touch her with your filthy hand, pirate!" Ujar Xara.

"K-kau siapa?" Soal lanun yang lain.

"Lepaskan mereka semua atau kalian aku bunuh!" Tegas Xara sebelum para lanun mula ketawa berdekah-dekah. Kesemua penduduk kampung yang dijadikan hamba itu terlopong memandang Xara yang muncul tiba-tiba entah dari mana. Kemudian, muncul pula Sofea dan Shin cuba membuka gari yang mengikat kaki para hamba.

"Shin! Sofea! Apa kamu berdua buat kat sini?" Tanya seorang lelaki yang sedang dibuka gari di kakinya oleh Sofea.

"Kami datang untuk selamatkan ayah dan semua penduduk kampung." Ujar Sofea sambil tersenyum. Lelaki itu memandang Shin sebelum Shin mengangguk laju. Pantas kedua-duanya dipeluk erat.

"What a fair lady like you doing in a place like this?" Soal salah seorang lanun yang berbadan agak sado. Lanun sado menghampiri Xara dengan pandangan yang gatal. Xara memandangnya meluat. Tangannya memegang ulu pedang yang tersisip di pinggangnya sebelum berjalan perlahan merentasi lanun sado. Pedang dirapatkan ke sarung. Tiba-tiba si lanun sado menjerit kesakitan. Darah terpercik keluar dari belahan di bahagian dadanya. Si lanun sado melutut di tanah sebelum rebah tidak bernyawa. Xara tersenyum di sebalik topengnya.

"A-apa yang dia buat?" Soal lanun yang lain. Dia mula berundur ke belakang.

"S-serang dia!" Jerit lanun lain. Mereka kelihatan teragak-agak untuk menyerang.

"Go.. Or you'll meet the same fate as him." Ujar Xara dingin membuatkan semua lanun menggigil ketakutan. Terus mereka melarikan diri dari gua itu. Shin dan Sofea tersengih teruja. Belum pernah mereka lihat seseorang sekuat itu.

"Let's go home." Ujar Xara membuatkan semua yang berada di situ bersorak gembira.

"What the hell?" Soal seorang lanun bergigi jarang dengan tangannya memeluk seorang gadis sambil berdiri di hujung deck kapal. Matanya terarah pada rakan-rakan lanun mereka yang sedang berlari keluar dari Gua Induk.

"Apa yang berlaku?" Soal rakannya yang lain. Lanun bergigi jarang menjungkit bahu. Di pintu gua Induk kelihatan para penduduk kampung yang dijadikan hamba itu mula berlari keluar. Bebas. Tanpa gari di kaki mereka.

"Shit! Hentikan mereka!" Jerit lanun bergigi jarang. Namun belum sempat mereka melompat turun dari deck kapal, jalan mereka dihalang oleh seorang lelaki bertopeng dan berpakaian hitam. Lelaki itu memegang kedua-dua ulu pedangnya.

"Nak ke mana lembu-lembu sekalian?" Soalnya seraya mengeluarkan 2 bilah pedangnya dari sarung.

"Who the hell are you?" Soal lanun. Xavier menyilangkan kedua-dua bilah pedangnya sebelum meluru ke arah para lanun. Satu taufan terbentuk membuatkan separuh dari para lanun tercampak ke udara bersama kelaran demi kelaran pada badan mereka. Darah terpercik ke merata tempat.

"People called me Masked Swordmaster. The best swordmaster in Azurea." Ujar Xavier. Para lanun yang lain mula berundur saat mendengar kata-kata Xavier.

"He's the infamous swordman?"

"Aku tak nak menempah maut!"

"Selamat tinggal!"

"Good luck!" Beberapa orang lanun mula melarikan diri. Hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang masih kelihatan teragak-agak.

"Apa yang berlaku ni?" Soal seorang lelaki yang matanya ditutup satu menggunakan penutup mata kulit berwarna hitam. Dia terus bergerak ke situ sebaik sahaja kedengaran keriuhan di atas deck kapal. Sebilah pedang yang sudah berkarat tiba-tiba sahaja dirapatkan ke lehernya dari arah belakang.

"Hai Zenius. Miss me?"

"Kenny..." Zenius tersenyum sinis.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now