part 112

2.3K 263 25
                                    

Laura membuka matanya perlahan. Cahaya merembes keluar dari jendela membuatkan matanya sedikit perit. Dia memandang sekeliling. Dia berada di rumah. Rosel sedang tersenyum di sisinya. Dia bangkit dari baringan. Di sisi kirinya pula kelihatan Xara, Xavier, Ken, Theo dan Aigle. Apa yang berlaku, dia tidak tahu. Yang pasti, perkara terakhir yang dia ingat adalah dia ditangkap oleh pengawal putih dan.. semuanya kabur sahaja selepas itu.

"Ibu? Apa yang jadi?" Soalnya perlahan. Namun sebelum sempat ibunya menjawab, Laura tiba-tiba teringat.

"Golden Lily!!! Saya nak cari golden lily!! Tapi saya kena tangkap.. dengan pengawal putih. Saya... saya gagal lagi." Laura akhirnya menangis perlahan-lahan. Theo mendekati gadis kecil itu lalu melutut di sisinya. Kepala gadis itu digosok.

"Janganlah menangis lagi. Budak lemah je yang menangis macam ni." Ujar lelaki itu.

"Tapi.. tapi.. saya tak mampu nak cari golden lily untuk ibu.. saya memang tak guna." Ujar laura diselang-selikan dengan esakan.

"Siapa cakap?" Soal Xara. Laura mengangkat wajahnya. Ke arah Xara kemudian ke arah Theo yang sedang tersengih. Lelaki itu menghulurkan sekuntum bunga lily berwarna emas berkilauan kepada gadis kecil itu. Raup wajah laura berubah serta-merta. Bunga itu disambutnya sebelum dia melompat kegembiraan.

Theo tersengih. Selepas penduduk kampung menyelamatkan Ballad yang terkurung di penjara bawah tanah, mereka menjumpai sebuah kebun yang sangat besar berhampiran penjara tersebut. Sebuah kebun yang dipenuhi bunga lily emas. Rupanya, makhluk putih itu yang telah menyembunyikan Golden Lily selama ini. Dia hanya membiarkan ramai penduduk Alexander mati.

Kata Galang, makhluk putih itu merupakan puak Solmon. Yang merupakan salah satu daripada puak bunian yang wujud di Euloth. Puak Solmon mempunyai satu kebolehan. Mereka mampu menyerupai makhluk lain. Termasuklah kekuatan dan kuasa yang mereka ada. Sebab itu susah untuk sesiapa perasan akan kehadiran mereka. Dan makhluk yang menyerupai Ballad itu merupakan ketua mereka. Dengan kuasa dari serpihan ke-7, membuatkan ketua mereka itu lebih berkuasa.

5 sekawan itu berkumpul di meja makan. Mereka bersama-sama Laura dan rosel duduk mengelilingi meja batu itu. Peta kulit dibentangkan di atas meja. Kompas dikeluarkan. Serpihan ke-6 digantikan dengan serpihan ke-7. Dan jarum berputar laju. Sebelum ia berhenti pada sebuah pulau. Sebuah pulau yang terletak jauh dari Alexander Isle. Pulau yang diberi nama Gayst Island.

"Gayst Island. Macammana pulau tu agaknya?" Soal Aigle yang sudah beransur pulih.

"Well, Kita kena pergi untuk tahu." Ujar Ken pula.

......................................................................

5 sahabat itu berkumpul di luar rumah pada malam itu. Mereka ingin mengamati keindahan pulau alexander sebelum meninggalkannya esok pagi. Laura dan rosel sudah berada di alam mimpi. Gembira betul mereka selepas golden Lily ditemui. Penyakit Rosel juga sudah semakin sembuh.

"Theo.. ada sesuatu aku nak tanya kau." Xavier bersuara. Memecahkan kesunyian.

"Apa dia?" Soal Theo. Semua mata terarah pada Xavier saat ini.

"Masa kau bertarung dengan Ballad siang tadi.. itu Kau atau Canavar?" Soalan Xavier memancing Ken, Xara dan Aigle. Kini mata mereka terarah pula pada Theo.

"Akulah. Mana ada Canavar. Kenapa kau tanya?"

"Tapi mata kau.. muka kau.." ujar Xara.

"Kenapa dengan mata aku?"

"Theo. Mata kau berubah corak. Corak pusaran dekat bawah mata kau tu pun berubah. Kitorang fikir kau dah berubah jadi Canavar." Ujar Ken. Aigle hanya mendengar. Dia tiada di tempat kejadian, jadi dia tidak tahu sangat apa yang berlaku.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now