Kedua-dua tapak tangannya diletakkan di belakang badan si muka sotong. Matanya yang kuning mula bercahaya putih. Begitu juga mata si muka sotong. Seluruh badan kedua-duanya mengeluarkan cahaya yang agak terang. Aura samar-samar berwarna putih kelihatan mengalir dari tangannya ke seluruh badan milik si muka sotong. Si muka sotong yang masih terkejut itu ketawa kuat saat merasakan satu tenaga yang luar biasa meresap masuk ke dalam badannya.
"K-kuasa apa ni?" Soal Theo. Dia dapat rasakan sendiri, kuasa yang mula berkurang dari badan si muka sotong kini semakin meningkat. Segala kecederaan yang disebabkan oleh Ken tadi hilang serta-merta. Beberapa saat kemudian, cahaya mula hilang. Dan Pearl rebah ke lantai batu. Dengan kedua-dua belah matanya tertutup rapat.
"Pearl!"
"Puteri Pearl!"Si muka sotong bangkit berdiri. Si puteri duyung yang tidak sedarkan diri di atas lantai tidak lagi dipeduli. Dia memandang tapak tangannya. Masih terasa lagi betapa hebatnya tenaga yang mengalir dalam badannya. Seakan-akan satu renjatan elektrik yang telah menghidupkan seluruh kuasanya.
Ken yang masih terkejut itu tersentak apabila si muka sotong tiba-tiba sahaja hilang. Dan sebaik dia muncul tiba-tiba di hadapan Ken, si muka sotong menghalakan penumbuknya ke perut Ken. Ken sempat menghalang menggunakan tangannya. Namun, kekuatan si muka sotong nampaknya lebih tinggi. Tumbukan kedua mengena dan Ken terus tercampak melanggar batu-batu di dalam gua tersebut.
"Ken!" Theo menderam marah memandang si muka sotong. Xavier di sisinya sudah mengeluarkan pedang namun dengan pantas Theo menghalang.
"It's Ken's fight. Leave it to him. Jangan masuk campur, Xav." Ujarnya walaupun dalam hati dia membuak-buak untuk membelasah si muka sotong tak guna itu. Xavier merengus perlahan sebelum kembali menyimpan pedangnya.
"Baik kau kalahkan dia cepat, Ken." Ngomelnya perlahan.
Xara, Aigle dan Sheera pantas mendapatkan Pearl yang masih terbaring di atas batu. Kacang berwarna putih kekuningan itu dimasukkan ke dalam mulut si puteri duyung. Walaupun kacang sudah ditelannya, dia masih belum sedarkan diri. Xara memangku kepala gadis itu.
Ken bangkit dengan sisa-sisa darah mengalir keluar dari mulutnya. Darah tidak melekat di situ. Sebaliknya ia bercampur dengan air laut. Si muka sotong menghilang lagi. Dan muncul di hadapan ken dengan kepantasan yang menakjubkan. Dia menumbuk Ken bertubi-tubi seakan-akan Ken ini adalah beg tinju yang bernyawa. Theo, Xavier, Xara dan Aigle mengetap gigi menahan sabar. Ini pertarungan Ken. Dan mereka tak akan masuk campur. Mereka meletakkan kepercayaan penuh pada sahabat mereka itu.
Tumbukan terakhir yang sepatutnya hinggap di wajahnya, dipegang kemas oleh Ken. Satu lagi tumbukan dari tangan berselaput itu juga disambut olehnya. Dia yang menunduk menahan lelah perlahan-lahan mengangkat wajahnya yang lebam sana-sini. Badannya turun naik. Keletihan. Namun, tenaga yang mencekam lengan si muka sotong itu lebih kuat dan dia sendiri tidak tahu dari mana datangnya. Dia tersenyum sinis.
Si muka sotong kelihatan cemas apabila cengkaman di lengannya tidak dapat dilepaskan. Dia cuba menarik, tetapi cengkaman Ken semakin kemas. Sehingga terasa seperti hendak patah lengannya.
"Walau apapun yang Pearl dah buat pada kau, kau tetap tak akan dapat kalahkan aku." Ujar Ken sebelum kepalanya menghantuk kuat dahi menggerutu milik si muka sotong. Sekali, 2 kali dan kali ketiga telah membuatkan si muka sotong rebah ke batu serta-merta dengan kedua-dua belah mata hitamnya tidak lagi kelihatan. Darah hitam mengalir keluar bagaikan air melalui rongga-rongga yang dia ada. Theo dan Xavier tersengih.
"Ok fine. Aku salah." Ujar Canavar sebelum 'menghilang'.
"I told you he can handle this." Theo memandang ke arah Ken yang sudah terduduk di atas batu. Xavier hanya tersenyum membalas kata-kata Theo.
...................................................................
Putera Frohs berenang lemah ke perkarangan istana. Kecewa rasanya, adiknya tidak dijumpai walaupun sudah seluruh dasar laut dicarinya. Di perkarangan istana kelihatan para pengawal juga dalam keadaan kecewa. Raja Ohz duduk di atas batu-batu besar di situ sambil tertunduk menahan kerunsingan. Flynn di sisinya juga kelihatan seperti sedang berfikir.
"Tuanku Frohs." Flynn menyapa sebaik sang putera mendekati mereka sekaligus mendapat perhatian si Raja.
"Kamu tak jumpa dia, Frohs?" Soal Raja Ohz. Frohs menggeleng perlahan.
"Aduhai Pearl.. mana kamu?" Raja Ohz kembali menongkat dagu.
"Saya rasa, sesiapa saja yang dah culik Pearl, dia bukan makhluk sebarangan." Ujar Frohs.
"Apa maksud kamu, Frohs?" Soal Raja Ohz.
"Saya rasa dia dipukau, ayahanda." Balas Frohs.
"Tapi, makhluk apa yang mampu memukau duyung?" Sambungnya lagi."Tapi, pearl bukan duyung sebarangan. Kamu sendiri tahu kan."
"Sebab itulah. Walau siapapun dia, dia bukan sebarangan musuh. Mungkin kita sendiri pun tak mampu nak kalahkan dia. Lebih-lebih lagi, kalau dia dapat tahu tentang kuasa milik Pearl." Raja Ohz terdiam sebelum mengangguk perlahan. Mengiakan kata-kata si putera.
"Tuan Puteri Pearl!" Jerit salah seekor pengawal kuda laut. Semua pengawal di situ mula menghalakan senjata mereka pada kumpulan yang sedang berenang perlahan ke arah perkarangan istana. Kelihatan Xara dan Aigle sedang memapah Pearl yang masih belum sedarkan diri. Raja Ohz, Putera Frohs dan Flynn bergegas merapati 5 sekawan yang berenang masuk bersama beberapa ekor duyung lain.
"Tuanku.." sheera merapati Raja Ohz sebelum tertunduk.
"Sheera.. apa yang berlaku ni?" Theo mara ke hadapan sebelum menolak makhluk bermuka sotong yang dipikulnya sejak tadi ke tanah betul-betul di hadapan Raja Ohz.
"Ini dia penculiknya, Raja. Jangan menuduh manusia lagi." Ujar Theo dengan muka yang masam mencuka. Raja Ohz terdiam lalu memerhatikan makhluk bermuka sotong yang terbaring di hadapannya.
"Ayahanda.. ni Salvotor!" Ujar Frohs.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasíaSatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...