part 3

4.5K 382 8
                                    

Dinding-dinding batu di dalam gua itu dicangkul tanpa henti. Tanpa diberi peluang untuk berehat. Para pelombong berpakaian lusuh berwarna coklat itu diperhatikan oleh para pengawal yang bersenjatakan kayu dan cemeti. Jika ada pekerja yang cuba curi tulang, dilibasnya dengan cemeti berkenaan. Habis menggelupas badan mereka. Tiba-tiba seorang pekerja tua yang sudah tidak larat, bekerja tanpa henti tanpa diberi air, rebah ke tanah. Dikuis-kuis dengan kayu.

"Orang tua ni dah nak mampus! Bawak dia pergi!!" Jerit salah seorang pengawal. Beberapa pengawal lain berlari ke arahnya lalu lelaki tua itu diangkat dan dibawa pergi. Bukan ke rumah sakit. Bukan juga berjumpa doktor. Tetapi di bawa ke lubang mayat. Walau belum lagi mati, tetapi lelaki itu dihumban ke dalam lubang itu tanpa belas kasihan.

Seorang lelaki berpakaian kulit berwarna hitam, matanya ditutup satu berjalan perlahan masuk ke dalam sebuah kapal yang sangat besar dan tersadai di tepi pantai berhampiran gua tersebut. Kapal itu sudah berada di situ sejak 3 tahun yang lalu.

"Kapten.." Lelaki itu menyapa. Seorang lelaki bertatu di wajahnya tersenyum saat orang kanannya tiba.

"Zen.. Macammana? Dah jumpa?" Soalnya seraya mendekati Zenius. Zenius tertunduk seraya menggeleng.

"Malah lebih ramai yang mati, kapten. Kapten yakin benda tu ada kat gua tu?" Kapten Hans berdengus kuat.

"Aku yakin! The Urre Gold, mother of all gold were buried inside that cave! Kalau perlu, kerahkan lagi pekerja-pekerja! Gali sampai jumpa!"

"Tapi kapten.. Kita dah kekurangan pekerja.." Ujar Zenius.

"Apa susah.. Ada banyak lagi kampung-kampung kecil di sekitar sini! Kerahkan saja mereka! Yang penting.. Urre Gold jadi milik aku!" Zenius tunduk akur.

"Ai Kapten.."

…………………………………….….…

Keadaan yang tenang di Kampung Zanoba bertukar huru-hara saat sekumpulan lanun datang menyerang tiba-tiba. Rumah-rumah habis dihancurkannya. Semua penduduk Zanoba lari bertempiaran memohon pertolongan walau tahu yang tiada sesiapa pun akan menolong mereka.

Mereka dibelasah dan diseksa sebelum ditangkap oleh para lanun.

"Lord Zen! Ini Vono. Ketua mereka!" Ujar salah seorang lanun bergigi jarang seraya menolak seorang lelaki tua melutut di hadapan Zenius.

"Siapa kau? Kenapa kau menyerang kampung kami?" Soal Vono. Zenius menunduk seperti seorang lelaki budiman.

"Aku Lord Zenius. Co-captain kepada puak Lanun Arkida. Maaf kami menyerang tiba-tiba tetapi, Kapten Hans memerlukan tenaga buruh yang ramai untuk mencari Urre Gold. Jadi, suka atau tidak kalian perlu ikut kami ke Gua Induk." Ujar Zenius sambil tersenyum jahat. Vono ketawa perlahan.

"Urre gold? Bodoh! Urre Gold sudah pupus kejadiannya sejak beratus tahun dulu! Mana ada lagi ia di bumi ini!" Jerkah Vono. Zenius menghampiri Vono sebelum kepala lelaki tua itu dipukulnya kuat. Merecik-recik darah keluar dari tubir bibir Vono.

"Aku peduli apa? Take them! All of them! Our precious captain is waiting for his gold!" Para lanun yang lain mula ketawa kuat. Semua penduduk ditangkap kasar. Tanpa mengira tua muda perempuan mahupun kanak-kanak. Semuanya diikat dan dibawa ke Gua Induk di mana terletaknya Kapal utama Lanun Arkida.

…………………………………………….

Seekor ayam hutan dipanggang di atas api yang sedang marak. Nasib baik ayam hutan ini berjaya masuk ke dalam perangkapnya. Kalau tidak, kebulurlah dia malam ini. Bau yang dikeluarkan oleh ayam yang sudah masak itu menusuk-nusuk hidungnya. Dengan pantas ayam itu diambil lalu diratahnya. Nikmatnya. Perut yang berkeroncong terus sahaja berhenti berbunyi.

Sambil meratah daging ayam, sambil dia memandang ke arah air terjun yang mengalir deras tidak jauh dari situ. Kedinginan air yang memercik ke arahnya dapat dirasakan. Tiba-tiba dia berdiri. Dia memandang ke kiri dan ke kanan sebelum bertindak memanjat sepohon pokok yang tumbuh meninggi berhampirannya. Dia menanti.

"Mana dia? Aku ingatkan dia ada kat sini.. Tadi aku ada bau ayam panggang." Ujar seorang lelaki muda. Mungkin 5 atau 6 tahun lebih muda darinya. Dia hanya memerhati dari atas pokok.

"Betullah.. Cuba kau tengok ni.." Muncul pula seorang gadis yang wajahnya mempunyai iras wajah lelaki muda itu tadi. Gadis itu melutut di sisi unggun api yang masih membara.

"Unggun api ni masih baru. Aku rasa dia ada dekat-dekat sini je." Ujar gadis itu.

"Kau rasa dia tahu ke kita nak datang? Sebab tu dia terus lari." Soal si lelaki.

"Takkanlah. Buat apa dia nak lari dari kita. Kita bukannya bounty hunter."

"Dia akan lari kalau dia tu sebenarnya seorang pengecut!" Dia berdengus kasar mendengar kata-kata lelaki muda itu. Dengan pantas dia melompat ke bawah membuatkan lelaki dan gadis itu terperanjat. Leher baju lelaki itu dicengkamnya kuat lalu dia merenung tajam ke dalam matanya.

"Siapa yang kau panggil pengecut, budak?"

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now