Makhluk itu berkulit tebal berwarna hijau lumut. Di badannya tersarung pakaian yang agak lusuh. Ia berkaki dan tidak beekor. Kuku kaki dan tangannya kuning dan merekah. Wajahnya, tidak seperti manusia ataupun duyung. Juga bukan berwajah siren. Dia berwajah sotong. Terdapat misai-misai sotong pada wajahnya. Dia tidak mempunyai hidung. Hanya sepasang mata berwarna merah saga. Mulutnya juga tidak kelihatan di bawah misai-misainya yang berlendir. 5 sahabat itu masih lagi terpegun. Tidak pernah seumur hidup mereka melihat makhluk seperti itu. Dunia ni penuh dengan makhluk pelbagai rupa.
"Apa kita nak buat?" Bisik Aigle.
"Nampaknya, semua duyung-duyung yang hilang tu ada kat sini." Bisik Ken pula.
"Kita kena selamatkan diorang." Balas Xara.
"Makhluk apa tu?" Soal Theo dengan dahi yang berkerut seribu. Masih lagi tertanya-tanya apakah makluk berkaki manusia tetapi berwajah sotong itu.
"Lepaskan puteri Pearl, tak guna!! Apa kau nak pada dia!?" Jerit si duyung yang dikurung di dalam sangkar.
"Diamlah! Kalau kau tak diam, aku bunuh kau!" Marah si makhluk itu. Terus sahaja si gadis duyung itu terdiam. Dan menangis teresak-esak.
Si makhluk aneh itu mendekati Pearl. Tangannya yang kasar dan berlendir itu menyentuh wajah mulus si puteri duyung. Dan Pearl hanya membiarkan tanpa rasa jijik.
"Sah.. sah dia kena pukau." Ujar Xavier.
"Macam kau hari tulah, Ken." Bisik Theo sambil ketawa perlahan.
"Wei! Apa dia nak buat pada cik puteri duyung aku!" Marah Ken lalu melompat keluar dari tempat persembunyian sekaligus membuatkan semua yang berada di situ terkejut beruk.
"Lepaskan cik duyung aku! Raksasa sotong!" Jerkah Ken. Si muka sotong menderam marah. Matanya memandang tajam ke arah lelaki berkaki itik itu.
"Apa manusia jijik macam kau buat kat tempat aku?" Soal si muka sotong dengan suara yang serak dan dalam. Dia pantang benar ada yang menceroboh kawasannya. Kecuali kalau yang ceroboh itu adalah ikan duyung yang cantik.
"Puteri Pearl milik aku. Hanya milik aku!" Sambungnya lagi sambil mendepakan sebelah tangannya. Pearl berenang perlahan ke arah si muka sotong lalu memeluk erat si muka sotong. Dia tersenyum menawan. Ken dan 4 rakannya yang lain sudah terpaku dengan keadaan tersebut. Bagaimana puteri Pearl boleh memeluk raksasa yang hodoh itu tanpa teragak-agak.
"Apa kau dah buat pada Pearl!?" Marah Theo.
"Dia dah pukau tuan puteri!" Jerit satu suara milik gadis duyung yang dikurung di dalam sangkar. Semua mata menghala ke arahnya.
"Raksasa tu dah pukau semua duyung kat sini! Tolonglah.. selamatkan kami." Rayu gadis duyung itu lagi.
"Ciss! Kau diam!! Menyesal aku tak pukau kau semula." Marah si muka sotong.
Ken sudah merah mukanya menahan amarah. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat seeratnya. Theo ingin meluru ke arah si muka sotong tetapi dihalang oleh Ken.
"Kau selamatkan duyung-duyung lain. Biar aku ajar si muka sotong ni." Ujar lelaki itu tanpa memandang Theo. Theo tersenyum seraya mengangguk. Dia, Aigle, Xara dan Xavier menerpa ke arah sangkar batu karang yang mengurung satu-satunya duyung di situ yang masih berfikiran waras.
"Pearl duyung yang cantik. Dia tak layak untuk makhluk hodoh macam kau. Jangan kau berani sentuh dia!" Ken meluru ke arah si muka sotong. Lelaki berwajah sotong itu pantas menolak perlahan Pearl agar menjauhi mereka sebelum dia menyambut tumbukan Ken dengan tapak tangannya yang berselaput itu. Ken menumbuk lelaki sotong itu bertubi-tubi. Namun semuanya berjaya disambut oleh tangannya. Kelajuan mereka sama. Seakan-akan, Si muka sotong itu mampu membaca setiap gerakan milik Ken.
Theo menumbuk kuat sangkar batu karang. Hanya dengan sekali tumbukan, sangkar itu hancur tinggal debu. Si gadis duyung di dalamnya terus berenang keluar lantas memeluk Theo erat.
"Terima kasih! Terima kasih! Awak dah selamatkan saya. Tolonglah.. selamatkan kawan-kawan saya." Ujar si gadis duyung lalu melepaskan rangkulannya.
"Macammana nak sedarkan diorang?" Soal Xara. Si gadis duyung terdiam sebentar. Cuba mengingati kembali apa yang telah menyebabkan dia kembali ke fikiran warasnya. Kemudian dia tersentak lalu berenang ke bahagian dapur diikuti oleh Xara dan Aigle. Theo dan Xavier pula sedang leka menonton pertarungan hebat antara si muka sotong dengan Ken.
"Muka sotong tu ada kuasa yang masih belum dia keluarkan. Aku tak rasa kawan kau tu mampu nak kalahkan dia." Ujar Canavar. Theo tersengih.
"Kau jangan pandang rendah pada Ken. Dia pun masih ada kuasa tersembunyi yang kita tak pernah tahu."
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...