"Berikan aku kebebasan..." suara itu semakin lama semakin kuat. Mendayu-dayu sahaja. Hujan semakin lebat. Kilat sabung menyabung.
5 sekawan itu hanya memerhati ke kiri dan kanan. Mencari-cari suara yang dikatakan oleh theo.
"Korang tak dengar ke?" Soal Theo.
"Apa kau mengarut ni? Mana ada suara." Ujar ken. Theo berfikir sejenak sebelum dia berlari keluar dari tempat berteduh.
"Theo! Kau nak pergi mana?" Jerit Xara. Lelaki itu tidak mengendahkannya, sebaliknya dia hanya berlari ke satu arah. Dan 4 sahabat itu tiada pilihan lain selain mengikut sahaja ke mana kapten mereka.
.....................................................................
Keith berjalan-jalan di dalam hujan. Dia pernah mendengar cerita ini dari orang-orang. Cerita yang dikatakan hanya mitos. Sekadar menakutkan kanak-kanak. Walaupun begitu, jauh di sudut hatinya ingin sekali dia tahu, sejauh mana kebenaran cerita itu. Cerita mengenai "The Moaning Beauty".
Orang kata, hanya orang-orang tertentu sahaja yang dapat mendengar suara the moaning beauty itu. Pada suatu masa, di Gayst Island, ribut akan melanda secara tiba-tiba. Beserta hujan dan petir. Kabus menyeliputi tanpa sebarang amaran. Dan "dia" akan muncul. Dan menggoda sesiapa sahaja yang dia jumpa.
Dan Keith, sifat ingin tahunya terlalu tinggi. Dia ingin melihat sendiri gadis itu. Siapa dia? Dan kenapa dia di sini? Adakah dia hantu? Atau hanya seorang gadis biasa?
"oooiiiii!!" Jeritan itu mematikan khayalannya di tengah hujan. Baju hujan yang membaluti tubuhnya diselak sambil tangannya mencapai sebilah golok berwarna hitam yang tersisip di pinggangnya. Namun, tangannya kembali ke sisi sebaik sahaja suara itu datang dari seorang lelaki yang dikenali sedang berlari ke arahnya.
"Atlas?" Soalnya.
"Heii! Kauu!!" Theo akhirnya berhenti di hadapan Keith.
"Apa kau buat?" Soal Keith memandangkan Theo sedang berlari di dalam hujan. Dan dibelakangnya terdapat 4 orang sedang berlari merapati mereka.
"Kau dengar tak?" Soal Theo.
"Dengar apa?"
"Suara tu!" Keith tersentak. Pantas bahu Theo dipegang erat.
"Kau boleh dengar? Suara dia? Kau boleh dengar??" Soal lelaki berbaju hujan berwarna kuning air tersebut.
"Hei! Sekejap! Apa maksud kau? Suara siapa ni?" Soal Xara.
"Suara...." satu kelibat putih bergerak laju di belakang mereka membuatkan Keith tidak sempat menghabiskan ayatnya. Matanya terlopong. Dia tersenyum dalam terkejut.
"Suara siapa?" Soal Aigle pula.
"Suara dia." Keith menunding jari ke belakang. Ke arah seorang gadis berpakaian serba putih.
5 sahabat itu menoleh. Seorang gadis sedang berdiri di tengah-tengah hujan. Rambutnya panjang mencecah pinggang. Wajahnya putih dan cantik. Kedua-dua belah matanya berwarna merah. Dibadannya tersarung sehelai gaun berwarna putih. Yang menimbulkan keanehan di hati mereka apabila hujan yang lebat itu langsung tidak menyentuh gadis itu. Tubuhnya kering. Begitu juga rambutnya yang hitam berkilat. Dan kakinya.. langsung tidak menyentuh bumi.
"Si-siapa tu?" Soal Xara. Aigle sudah bersembunyi di belakang Ken. Keith masih tersengih. Theo terlopong. Begitu juga Xara, Xavier dan Ken.
"The moaning beauty."
.......................................................................
"Tuan.. saya dah periksa sekitar tempat ni. Tak ada seorang pun penduduk pulau ni yang ada dekat pekan ni." Komander Dean terdiam. Dia memandang ke langit. Hujan Menimpa muka langsung tidak diendahkan. Tangan dihulurkan ke hadapan dan kilat mula menyambar jari-jemarinya membuatkan para pengikutnya yang lain berundur ke belakang.
Aliran elektrik berwarna kuning bermain-main di jari-jemarinya. Dan dia hanya memerhati.
"Kilat ni... berbeza.." ujarnya.
"Tuan!!" Jerit salah seorang pengikutnya yang sedang berlari dari arah barat pekan.
"Kami dah jumpa. Theo Atlas dan pengikut-pengikutnya!" Ujar lelaki berpakaian seragam lengkap seorang kadet Salamder. Dean tersentak.
"Let's go!"
......................................................................
Gadis itu hanya memandang mereka tanpa berkelip. Keith adalah orang pertama yang melangkah ke hadapan. Perlahan-lahan mendekati gadis yang digelar sebagai The Moaning Beauty.
"Si-siapa kau sebenarnya?" Soal Keith. Yang mungkin sudah jatuh cinta dengan wajah gadis itu yang putih bersih.
Gadis itu hanya mendiamkan diri. Keith pantas berpaling ke arah Theo.
"Atlas! Kau boleh dengar dia kan? Apa dia cakap?" Soal Keith.
"Dia perlukan... satu lagi nyawa..." ujar Theo perlahan.
.......................................................................
I'm really sorry I can't satisfy all of you dear readers. I just wanna say that I'm an ordinary human. Who have such a busy life. And a very stressful everyday life. And I wanna seek for all of your forgiveness for this late update. Author xsempat nk fikirkan idea2 utk chapter kali ni. Kepala author sekarang ni penuh dengan tekanan. Tekanan kerja. Tekanan hidup. Tekanan perasaan. Tekanan dengan orang2 sekeliling yang suka cari kesalahan orang lain and suka menyusahkan author. Eheh! Termarah pulak. Sorry.. And I really hope everyone will understand. Author mintak maaf sekali lagi. InsyaAllah, author akan update dlm masa terdekat ya. Jangan marah nanti cepat tua 😘
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasíaSatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...