Prolog

10.5K 544 16
                                    

Malam di kampung Suria sunyi sahaja. Semua penduduk sudah nyenyak tidur. Suasananya suram dan gelap, hanya disuluh lampu minyak tanah yang disangkut di hadapan setiap rumah kampung. Kalau di siang hari, kampung ini sememangnya riuh. Dengan suara-suara peniaga dan pembeli. Juga suara kanak-kanak bermain-main.

Kampung Suria merupakan pusat perdagangan ketiga terbesar di Azurea. Tetapi, Kampung ini akan sunyi sebaik sahaja tengah malam menjelma.

Bunyi ketukan bertalu-talu dari luar pintu kayu mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyenyak. Masing-masing berasa hairan. Iyalah. Mana pernah ada orang mengetuk rumah mereka pada waktu macam ni. Si suami bangkit lalu mencapai sebatang tombak yang tersandar di dinding kayu rumah mereka. Iyanya sebagai langkah berjaga-jaga.

Pintu rumah didekati. Bunyi ketukan sudah lama berhenti. Mereka menelan air liur. Pintu itu dibuka dari dalam. Perlahan-lahan. Nah.. Tiada sesiapa pun di situ. Yang ada cumalah sebiji bakul rotan yang dialas dengan sehelai kain tebal berwarna kuning cair. Dan di dalam kain itu terbaringnya seorang bayi lelaki sedang nyenyak tidur tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Si suami memandang isterinya. Pantas bayi itu diangkat oleh si isteri.

Si isteri agak terperanjat saat melihat sebuah parut yang agak besar pada perut bayi itu. Sebaik diangkat, bayi itu mula menangis kerana tidurnya diganggu.

"Bayi siapa ni?" Soal Asral sambil mengangkat bakul rotan lalu dibawa masuk ke dalam rumah. Rania hanya menggeleng perlahan sambil mendodoikan bayi itu di dalam pelukannya.

"Mungkin ini anugerah dari Tuhan, abang.. Sudah 5 tahun kita berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata." Ujar Rania. Asral mendekati Rania dan bayi itu. Kepala bayi itu dibelai lembut.

"Mungkin juga.." Dia tersenyum.

"Apa kita nak panggil dia?" Soal Rania.

"Theo?"

....................................................

5 tahun kemudian..

Asral menyusup di celah-celah orang ramai yang berkumpul di taman permainan kanak-kanak itu. Bunyi tangisan seorang wanita diselang-selikan dengan bunyi suara seorang lelaki sedang mengamuk. Sampai di penghujung kumpulan orang ramai itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki sedang terbaring kaku di dalam dakapan seorang wanita yang sedang menangis teresak-esak. Dan seorang lelaki sebayanya sedang ditenangkan oleh orang ramai daripada terus mengamuk. Tangannya kelihatan terkapai-kapai ingin menerkam ke arah seorang budak lelaki yang sedang berdiri di situ. Memerhatikan semuanya dalam keadaan terkejut. Badannya menggigil.

"Theo!" Asral berlari ke arah kanak-kanak itu lalu memeluknya. Kepala kanak-kanak itu diusap lembut. Cuba menenangkannya.

"Anak kau Asral!! Pembawa sial! Anak kau pembunuh!!" Jerit lelaki yang masih ditenangkan oleh orang ramai. Dia memandang tajam ke arah Asral. Dengan mata yang kemerahan. Terdapat bekas-bekas air mata di pipinya.

"A-apa yang dah jadi, Craine?" Soal Asral.

"Anak kau dah bunuh anak aku!!" Jerkah Craine. Asral tersentak lalu memandang Theo yang masih menggigil itu. Dia beralih pula pada kanak-kanak lelaki yang terbaring kaku di dalam pelukan ibunya. Mata kanak-kanak itu terbutang luas. Wajahnya pucat lesi. Terdapat titisan cecair berwarna merah pekat mengalir di tubir mata dan bibirnya.

"Theo.. Apa dah jadi? Apa yang kamu dah buat?" Soal Asral. Theo mengangkat kedua-dua tangannya yang masih menggigil. Peluh menitik laju.

"S-saya tak tahu... S-saya tak tahu..." Air mata mula merembes keluar. Theo mula menangis teresak-esak.

"Theo..." Terus anak itu dipeluknya erat.

"Halau budak sial tu dari sini! Aku tak nak tengok muka dia kat kampung ni!!! Dia pembawa siall!! Pergi kau!! Pergi!!!" Jerit Craine.

"A-ayah... Saya mintak maaf.. Saya tak tahu apa jadi... Saya mintak maaf.. Saya tak akan buat lagi.. Saya janji..." Ujar Theo beserta esakan tangisan.

"Aku kata pergi!!!!" Craine menolak orang-orang kampung yang cuba menghalangnya sejak tadi lalu mencapai beberapa biji batu. Dia terus membaling batu-batu itu ke arah Asral dan Theo. Terus Asral menghalang batu-batu itu dari mengenai anaknya. Theo diangkat lalu dia terus berlari meninggalkan tempat itu.

"Ayah... Maafkan saya..."

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now