part 23

2.9K 257 5
                                    

"Azuris Enclave satu-satunya yang masih belum sahkan surat ini. The keeper is so stubborn. I don't care how, but you need to get his signature, Colonel." Ujar seorang lelaki bersuit hitam dengan sehelai kot merah labuh tergantung dibahunya. Di wajahnya ditumbuhi kumis tebal berwarna perang. Di belakang kot merahnya terdapat satu tulisan berwarna hitam.

'EAGLE IS JUSTICE'

"Yes sir." Ujar seorang lelaki berseragam merah Eagle bersama sehelai kot merah tersarung di luar seragamnya yang tertulis perkataan 'Eagle'. Di pinggangnya terikat kemas sebatang cemeti berwarna hitam. Matanya diselindung disebalik cermin mata hitam.

"And I heard, the new rookie is going to take part in Azuris Hawk Tournament. Make sure to catch him at any cause!" Tegas lelaki berkumis itu lagi. Kali ini lelaki bercemeti tersenyum. Sambil menyelam minum air.

"I heard he killed Jaguar Jack." Ujarnya.

"This is going to be fun." Sambungnya lagi sambil tersengih sinis.

.......................................................................

"Wahh!!!" Theo menjerit teruja saat mereka memasuki sebuah bangunan batu berbentuk silinder di tengah-tengah bandar Azuris. Terdapat beribu-ribu manusia di tempat itu. Di di sekeliling bangunan itu terdapat banyak tempat duduk yang diperbuat dari batu. Dan di tengah-tengahnya terdapat satu kolam yang sangat besar berisi air laut. Dan air di dalam kolam itu mengalir keluar melalui sebuah lubang berbingkai besi pada dinding bangunan itu. Air mengalir keluar di sebuah longkang besar yang dibina mengelilingi separuh daripada Pulau Azuris. Dan berakhir semula di dalam bangunan silinder itu. Di sepanjang laluan air terbinanya pagar besi di kiri dan kanannya sebagai penghadang. Dan kelihatan ramai penduduk sedang menghias tempat itu dengan bendera kecil yang berwarna-warni.

"Jadi, apa kita nak buat sekarang?" Soal Ken. Jujur, mereka masih tidak tahu, pertandingan apakah ini. Dan bagaimana untuk menyertainya. Xavier, Xara dan Theo hanya menjungkit bahu.

"Hai. Awak semua nak sertai Azuris Hawk Tournament?" Sapa seorang gadis memakai sehelai dress labuh berwarna merah jambu. Terdapat belahan pada kainnya naik sehingga ke paras peha menyerlahkan pehanya yang putih kemerahan. Gadis itu tersenyum manis.

"Yaa.. and you are?" Soal Xara.

"Oh sorry.. my name is Clarissa. Saya pembantu kepada The Keeper. And one of the tour guide here. Most of the participant here aren't from this enclave. Korang baru pertama kali ke sini kan?" Soal gadis itu. Theo dan Ken mengangguk.

"Come with me." Mereka hanya membontoti Clarissa masuk ke dalam bangunan silinder yang agak besar itu.

"Bangunan ni dipanggil sebagai Azucentre. Setiap tahun Azuris Hawk Tournament akan diadakan di sini sebagai satu acara wajib. Sesiapa sahaja dibenarkan menyertainya. Tiada peringkat umur ataupun pangkat. Dan setiap tahun, The Keeper akan sediakan satu hadiah yang sangat menarik buat pemenangnya."

"Sorry to interrupt. Tapi, siapa The Keeper?" Soal Ken. Clarissa tersenyum.

"The Keeper adalah pemegang kunci Azuris Enclave. He's our leader. The best one." Jelas Clarissa membuatkan mereka mengangguk faham.

"So, what's this tournament's about?" Soal Xara pula. Clarissa berhenti sebelum memandang gadis itu dengan wajah yang terkejut.

"Korang nak sertai pertandingan ni tapi korang tak tahu pertandingan apa?" Xara, Xavier, Ken dan Theo hanya mengangguk perlahan membuatkan Clarissa ketawa.

"Baiklah. Azuris Hawk Tournament is a race. A sailboat race. I'm sure you guys don't have a boat right?" Sekali lagi mereka mengangguk.

"That's okay. Kita ada menjual perahu layar untuk para peserta yang tak ada. Tapi sebelum tu, kita kena daftar dulu." Mereka tiba di hadapan sebuah meja kayu yang agak panjang. Terdapat ramai sekali peserta sedang beratur di situ. Di sepanjang meja itu terdapat 8 orang gadis yang berpakaian sama seperti Clarissa.

Selesai mendaftar, Clarissa membawa mereka ke sebuah kawasan lapang yang juga dipenuhi lautan manusia. Di situ terdapat pelbagai jenis perahu yang disusun kemas disetiap penjuru. Pertandingan akan dimulakan dalam 2 hari sahaja lagi. Jadi, bagi mereka yang tidak mempunyai perahu, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mendapatkannya supaya mereka masih mempunyai masa untuk mengubah suai perahu masing-masing.

Theo teruja melihat perahu pelbagai rupa yang dijual di situ. Saiznya tidaklah besar seperti kapal mereka. Tapi masih mampu memuatkan 3 orang penumpang. Mereka mula meninjau perahu-perahu yang ada di situ. Theo mendekati sebuah perahu layar yang dicatkan warna biru. Ianya menarik minatnya.

"Aku nak yang ni!" Ujarnya apabila Ken datang mendekati.

"Nice." Ujar Ken sambil tersenyum.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now