part 67

2.2K 242 6
                                    

Mereka dimasukkan ke dalam penjara bawah tanah yang dibina di Eagle hq. Esok, pagi-pagi lagi mereka akan dihantar terus ke Irongate. Penjara dunia yang terletak di kepulauan Iqen. Sebuah pulau terasing yang tidak dimiliki oleh mana-mana benua. Lieutenant Blayze yang membuat keputusan itu setelah mendapat cadangan daripada Kolonel Kunyit. Tetapi, bukan mereka sahaja ditempatkan di dalam kurungan itu. Izarus dan para pengikutnya juga di situ. Mereka sudah sedarkan diri tetapi turut sama terperangkap di dalam logam kerak bumi. Jadi, sejak mereka sedar beberapa minit yang lepas, mereka hanya berdiam diri sahaja.

"Aku tak nak stay kat sini!" Ujar Ken setelah agak lama mereka mendiamkan diri.

"Macammana kita nak keluar?" Soal Aigle pula. Theo merapati jeriji besi. Tangannya menarik-narik jeriji besi tersebut kuat. Manalah tahu, jika-jika kekuatannya mampu melawan logam kerak bumi. Namun keputusannya menghampakan.

"Tak payah bazirkan tenaga kau." Ujar Xavier sambil berpeluk tubuh.

"Aku tak nak ke Irongate!" Xara terduduk di atas lantai batu. Sekarang, masing-masing sudah kehilangan kata-kata. Tiada yang tahu cara untuk melepaskan diri dari kurungun itu. Patutlah ramai lanun yang takut untuk ke sini. Rupanya jika sudah ditangkap, peluang untuk mereka melepaskan diri sememangnya tipis.

Theo bersandar pada jeriji besi.

"Sorrylah aku dah buatkan kita terperangkap dalam ni." Ujarnya seraya tersenyum hambar.

"Tak payah nak sorry sangatlah. Kalau kau tak buat macam tu, pasti penduduk Liberie dah kena tangkap semuanya." Ujar Ken. Dia mengambil tempat di sisi Theo. Tangan diletakkan di atas bahu sahabatnya itu.

"Sorry I doubt you, mate." Ujarnya lagi. Theo hanya tersenyum sebelum menumbuk bahu Ken perlahan.

"Atlas.. nama kau Atlas bukan?" Soal satu suara yang agak garau dari kurungan tidak jauh dari kurungan mereka. Kurungan yang saiznya jauh lebih besar. Sepasang mata merah menyala sedang memandang ke arah mereka tajam. Theo berpaling saat namanya disebut.

"Canavar. Macammana dia boleh menumpang dalam badan kau?" Soal si lelaki berwajah serigala itu lagi.

"Aku pun dah lama fikir benda tu. Dan sampai sekarang aku masih tak dapat cari jawapan untuk soalan kau tu." Ujar Theo memandang tajam ke arah Izarus.

"Aku tak percaya dia boleh menumpang pada badan sekecil budak mentah macam Kau. Canavar adalah puak Dyr yang paling kuat. Lagenda mengenainya sahaja sudah mampu menggetarkan tulang Dyr-Dyr yang lain. Jadi, mesti ada sebab kenapa dia terperangkap di dalam badan kau." Ujar Izarus lagi.

"Yang pasti, aku tak kan dapat cari jawapannya kalau aku terus kat sini." Balas Theo membuatkan Izarus tersenyum sinis.

"Nampaknya kau kena ambil masa yang lama untuk cari tahu jawapannya. Hahahahahahaha! How the hell did you get caught in the first place? Hahahahah!" Izarus ketawa kuat membuatkan Ken mengetap giginya.

"Kitorang tak nak dengar tu dari mulut orang yang dah 2 kali kena tangkap dengan Eagle macam kau." Terus sahaja Izarus terdiam membuatkan Ken tersenyum sinis.

"Bila aku keluar dari sini, orang pertama yang aku nak belasah, adalah si Halia tu!" Ujarnya lagi sambil menggenggam penumbuk ke udara.

"Tapi, kalaupun kita dapat keluar dari sini, kita still tak tahu mana nak cari fifth pieces." Ujar Xara kerisauan.

"Itu tak penting. Yang penting sekarang, kita kena keluar dulu." Ujar Theo.

"Aku tak nak ke Irongate." Gumam Aigle perlahan.

Tiba-tiba kedengaran lubang kunci pada pintu penjara milik Theo dan rakan-rakannya dimasukkan kunci dari luar. Pantas mereka menoleh. Seseorang berkerudung hingga ke kepala sedang membuka pintu kurungan mereka. Sebaik mereka memandang, orang itu meletakkan jari telunjuknya ke bibir. Menyuruh mereka untuk tidak membuat bising.

Sebaik pintu dibuka, orang itu menguis-nguis tangannya supaya mereka melangkah keluar. Theo, Ken, Xara, Xavier dan Aigle berpandangan sesama sendiri. Tanpa berfikir lebih panjang lagi mefeka terus keluar. Rezeki ada di depan mata, mana boleh mereka tolak. Izarus hanya memerhati tanpa bersuara. Kalau diminta pun, sudah tentulah orang itu tidak akan melepaskannya. Lagipun, dia terlalu ego untuk meminta bantuan dari orang lain.

"Siapa kau?" Soal Xavier. Sekali lagi orang itu meletakkan jari telunjuknya ke mulut.

"Kalau kau nak selamat, lebih baik diam dan ikut aku." Ujar orang itu sebelum dia menghilang di sebalik dinding. Sekali lagi mereka berpandangan. Teragak-agak untuk mempercayai seseorang yang tidak diketahui gerangannya.

"Apa tunggu lagi? Marilah!" Bisik orang itu sedikit keras apabila mereka masih tidak berganjak. Kepalanya mengintai disebalik dinding. Pantas mereka melangkah ke arah orang itu. Siapapun dia, jika ini jalan yang terbaik untuk mereka keluar dari tempat itu, terpaksalah mereka ikut sahaja. Walaupun mereka sendiri masih belum pasti adakah orang itu kawan ataupun lawan.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now