part 39

2.7K 253 8
                                    

"Waaahhhh!!!" Theo menjerit kuat. Ken di sisinya juga sudah ternganga luas. Xavier tersengih manakala Xara terpengung memandang ke hadapan.

"Betulke tuan nak bagi kapal ni pada kitorang?" Soal Xara. Di hadapan mereka kini terdapat sebuah kapal caravel. Kapal lanun yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Badan kapalnya berwarna merah dan coklat. Di hadapan kapal tersebut terdapat kepala burung yang juga mempunyai warna yang sama. Cuma paruhnya sahaja berwarna kuning. Terdapat sebuah kabin kayu besar di atas deck kapal. Ada 2 buah lubang meriam di setiap sisi badannya. 2 helai layarnya masing-masing berwarna putih dan coklat cair. Dan dihadapan kabin terletaknya pengemudi kapal diperbuat daripada kayu.

Lord Eishin ketawa perlahan dengan reaksi dari 4 anak muda itu.

"Apalah sangat sebuah kapal kalau nak dibandingkan dengan jasa kalian pada kami. Sememangnya tak dapat kami balas." Ujar lelaki tua itu. Theo dan Ken ketawa kuat lalu melompat naik ke deck kapal. Mereka mula memeriksa seluruh kapal.

"Nama kapal ni, Red pigeon. ianya dibina oleh Dr. Lionel tahun lepas dan masih belum pernah dilabuhkan layarnya." Jelas Lord Eishin.

"Red pigeon." Gumam Xavier.

"Xara! Xav! Tengok! Kapal ni ada dapur!!!" Jerit Theo dari dalam kabin. Xavier ketawa perlahan.

"Tuan. Ini semua yang tuan pesan." Ujar Clarissa datang bersama 3 orang pengawal membawa 3 bungkusan besar berwarna putih. Bungkusan-bungkusan diletakkan di atas jeti kayu tempat mereka berdiri.

"Baiklah. Xara, Xavier. Ini ada sedikit barang keperluan untuk kalian. Saya yakin, untuk sampai ke pulau seterusnya mungkin akan mengambil masa. So, please accept this."

"Terima kasih, Tuan. Rasanya ni dah lebih dari cukup."

"Please, I insist."

Theo, Ken dan Xavier mula mengangkat bungkusan-bungkusan tersebut naik ke deck. Semuanya disimpan di dalam kabin. Kemudian mereka turun semula untuk mengucapkan selamat tinggal. Iyalah, 3rd pieces sudah ditemui, destinasi seterusnya juga sudah diketahui, kapal baru pun dah ada. Apa lagi yang mereka tunggu.

Theo menghampiri kapal lamanya yang masih berlabuh di hadapan kapal baru mereka. Badan kapal tersebut disentuhnya sambil tersenyum. Kapal ini mempunyai seribu makna buatnya. Dengan kapal ini juga dia berlayar untuk mencari dirinya yang sebenar.

"I'll leave her in your care. Kapal ni dah jadi sahabat aku dah lama. Dia dah bawak aku pergi merata tempat. So, aku harap kau boleh jaga dia dengan baik. Dia.. banyak berjasa pada aku." Ujar Theo perlahan. Edd di sisinya tersenyum lalu bahu Theo ditepuknya perlahan.

"Jangan risau, kawan. I'll guard her with my life." Ujar Edd.

"Korang!" Jerit satu suara yang mereka kenali datang dari arah hadapan kapal itu. Bersama sebuah sampan kecil, seorang gadis berjaket dan bertopi merah sedang melambai-lambai ke arah mereka. Di belakang gadis itu terdapat sebuah beg galas yang agak besar dan selaras senapang peninggalan ayahnya. Semua yang berada di situ tersengih memandangnya.

"Aigle!" Jerit Theo.

"Huh! Nasib baik aku sempat." Ujar Aigle lalu melompat turun dari sampannya. Aigle dengan wajah yang seriusnya melangkah laju ke arah Theo. Kedua belah bahu lelaki itu dipegangnya kemas. Membuatkan semua di situ memandangnya pelik.

"Aigle kenapa ni?" Soal Xara.

"Aku pernah janji dengan ayah. Yang aku akan jadi seorang sniper yang hebat. Walaupun aku seorang perempuan. Aku tak peduli. Aku akan jadi lebih berani dari sebelum ni! Aku janji tak akan nangis lagi. Aku janji akan berusaha lebih lagi supaya tak ada yang boleh tindas aku lagi! Aku janji Theo.." Ujar Aigle. Matanya memandang tajam ke arah Theo. Theo terdiam sebelum tersengih. Kepala gadis itu digosoknya.

"Alright! Get on board!" Ujar lelaki itu membuatkan Aigle tersenyum gembira.

"Woi Aigle? Kau biar betul ni? Aigle!" Edd mula susah hati. Iyalah, gadis itu masih muda. Takkanlah dia nak musnahkan masa depannya dengan menjadi lanun?

"Hahahah! Aiglee! Welcome to the crew!" Ujar Ken.

"Jangan menangis lagi, okay?" Ujar Xavier.

"Yes! Akhirnya ada perempuan lain dalam kapal ni!" Xara menjerit gembira. Lord Eishin dan Clarissa hanya tertawa perlahan. Cuma Edd sahaja yang masih menggelabah dengan meputusan Aigle. Dia tahu sejak dulu lagi Aigle memang berminat dengan lanun.

["Lanun tu menakutkan kau tak tahu ke?" Soal Edd sambil memasak telur dadar untuk sarapan pagi mereka. Aigle di kerusi tersenyum gembira.

"Memanglah lanun ni menakutkan. Dan langsung tak menjamin masa depan. Tapi, sekurang-kurangnya, lanun, hidupnya lebih jujur berbanding Eagle. Kadang-kadang, tak semua lanun tu jahat." Edd hanya tersenyum sebelum menghidangkan sepinggan telur dadar di hadapan Aigle.

"Kau ni betul ke baru 11 tahun?" Aigle hanya ketawa.]

"Aigle! Kau nak tinggalkan aku ke?" Bercucuran air mata mengalir keluar dari mata Edd. Dia memaut baju gadis itu lalu menggongcangkannya kuat.

"Aigle!!"

"Edd.. don't be such a crybaby." Aigle menolak kuat wajah Edd yang sedang mendekatinya itu. Semua yang berada di situ ketawa kuat.

......

"Bye!! Jumpa lagi!!" Jerit Theo sambil melambai-lambai saat Red Pigeon mula bergerak perlahan meninggalkan jeti di perlabuhan Azuris.

"Edd! Jaga diri!! Nanti kita jumpa lagi bila aku dah jadi sniper yang hebat!!" Jerit Aigle. Edd yang masih dengan air matanya membalas lambaian Aigle.

"Okayy~~" jerit Edd.

"There're on 9 O'clock! Prepare the cannon!" Jerit seorang tentera Eagle berpangkat Chief Commander di atas sebuah kapal dengan lambang Eagle di layarnya. Anak-anak kapal yang merupakan kadet-kadet Eagle mula mengeluarkan meriam mereka lalu dihalakan ke sebuah kapal berwarna merah tidak jauh dari kapal mereka. Chief Commander itu berlari mendapatkan kapten mereka. Kolonel Kunyit yang sedang meneropong ke arah Red Pigeon itu menyimpan kembali teropongnya.

"Yup. That's him alright." Gumamnya perlahan.

"Sir. Your order?" Soal si chief commander sambil mengangkat tabik hormat.

"Sink that ship!" Arah Kolonel Kunyit.

"You heard the captain! Fire the cannon balls!!" Jerit si chief commander. Anak-anak kapal mula mengisi meriam-meriam mereka dengan peluru lalu ditembak ke arah kapal lanun yang masih belum mempunyai jolly rogernya. Berdas-das tembakan dilepaskan.

"Theo!! Kita diserang!!" Jerit Aigle sebaik sahaja peluru-peluru meriam itu terbang ke arah mereka. Theo berdecit.

"Tak guna! Berani diorang nak musnahkan kapal baru kita!! Ken! Kawal kapal ni! Xav, Xara, Aigle! Stop that cannon balls!!" Arah Theo.

Xavier mula melompat tinggi lalu peluru-peluru itu dibelah dua sebelum ianya meletup di udara. Theo menumbuk peluru-peluru itu satu persatu membuatkan semuanya hancur berderai. Sebelum sempat Xara dan Aigle menolong, kesemua peluru sudahpun dimusnahkan oleh mereka berdua.

"Ken!! Get us the hell out of here!!" Jerit Theo sambil berpaut pada kepala burung.

"Aye aye captain!" Balas Ken. Pantas dia memusingkan pengemudi kapal ke kanan. Kapal mereka bergerak ke kanan pulau. Disebabkan angin di Azuris Enclave yang sedikit unik itu membuatkan kapal mereka mampu berlayar dengan lebih pantas. Kapal Eagle masih melepaskan tembakan. Dan semuanya berjaya dihalang oleh Theo dan Xavier. Beberapa biji peluru berjaya dihantar kembali ke kapal milik kolonel Kunyit itu menbuatkan kapal mereka meletup.

"Sir! There's fire everywhere!!" Jerit anak kapal sambil cuba memadamkan kebakaran yang semakin merebak itu. Kolonel kunyit mengetap giginya. Mereka sudahpun berhenti menyerang dan mula berusaha memadamkan api. Mata Kolonel kunyit masih menikam pada Red Pigeon.

"You can run for now, Atlas. Sebaik sahaja aku dapat tangkap kau dengan pengikut kau tu, aku tak akan sumbatkan korang ke Lethal Isle, tapi terus ke Irongate. Dan korang tak akan dapat keluar lagi dari situ." Ujar Kolonel Kunyit sambil mengetap giginya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now