"Apa syaratnya?" Soal Wadham dengan penuh harapan.
"Kalau mampu penuhkan.. aku penuhkan.." sambungnya lagi.
"Kitorang perlukan seorang pembaiki kapal.." ujar Theo sambil tersengih. Membuatkan Wadham mengurut dada lega. Fikirnya lelaki itu akan meminta wang sebagai balasan. Rupanya hanya seorang pembaiki kapal.
"Sudah tentulah. Kami ada seorang pembaiki kapal yang hebat. Sebaik sahaja kau usir hantu itu, aku sendiri akan memintanya untuk menolong kalian." Ujar Wadham sambil tersenyum.
"Jadi, macammana kita nak halau dia?" Soal Aigle.
"Mula-mula, kita kena tahu.. apa yang dia mahukan sebenarnya." Ujar Cordell.
"Aku tak tahu.. tapi, dia ada sebut sesuatu tentang satu lagi nyawa." Ujar Theo.
"Satu lagi nyawa? Untuk apa?" Soal Wadham. Dan Theo hanya menggeleng perlahan.
"Sayangnya.. seorang gadis yang cantik... tapi, disebabkan perang, dia yang menjadi korban." Ujar Keith.
"Kalian mahu berjumpa dengan Alura?" Soal seorang wanita tua yang tiba-tiba sahaja muncul dari muka pintu bangunan tersebut. Wadham terdiam memandang wanita tua itu. Wanita tua berpakaian mewah dengan kelubung merah menutupi sebahagian dari rambutnya yang beruban putih. Ya, kalau ada yang tahu di mana Alura berada, orang tua itulah pilihan yang paling tepat.
"Nenek! Nenek ni!" Theo memegang kepalanya. Cuba untuk memikirkan kembali nama wanita tua itu. Wanita yang pernah dia terserempak sebelum ini.
"Kau kenal dia, Theo?" Soal Xavier. Theo mengangguk laju.
"Kalian.. aku kenalkan.. ini Elder Lieumiea.. seorang penilik." Ujar Wadham.
"Macammana kau boleh kenal dia, Atlas?" Soal Keith. Theo hanya tersengih tanpa menjawab soalan lelaki berambut kuning itu.
"Aku tanya.. kalian mahu berjumpa dengan Alura?" Soal Lieumiea.
"Nenek boleh tunjukkan?" Soal Xara. Lieumiea mengangguk perlahan.
"Boleh.. tapi hati-hati.." Lieumiea memandang ke arah Aigle.
"Bila dia sudah tandakan sasarannya.. dia tak akan lepaskannya macam tu sahaja.." dan Aigle terus menelan air liurnya. Pantas baju milik Ken dipegangnya kemas. Ken tersenyum.
"Jangan risau.. aku ada.."
......................................................................
Mereka tiba di tempat yang telah diberitahu Lieumiea sebentar tadi. Theo, Ken, Keith, Aigle, Xara, Xavier, Wadham, Cordell dan beberapa orang pemuda pulau gayst sudah berkumpul di hadapan sebuah rumah buruk yang terletak jauh ke dalam hutan. Rumah buruk itu sudah kelihatan seperti hendak roboh. Tapi, ianya masih kukuh walaupun sudah dipenuhi lumut dan semak.
Keadaan di situ sunyi. Bunyi hutan juga tidak kedengaran. Seakan-akan cengkerik juga takut untuk bersuara. Nasib baik ada bulan. Mampu menyinari tempat itu dari celahan pokok-pokok yang tumbuh meninggi.
"Macammana kita nak jumpa dia?" Soal Xara.
"Entahlah.. tapi, tempat apa ni? Rumah dia ke?" Soal Aigle pula yang sudah siap bersembunyi di belakang Ken.
"Alura!" Jerit Keith tiba-tiba.
"Hei! Kau jerit macam tu dia nak keluar ke?" Soal Ken. Keith langsung tidak mengendahkan kata-kata lelaki itu. Sebaliknya, dia terus menjerit memanggil-manggi nama si gadis yang digelar the moaning beauty tersebut.
Dan dia berhenti. Matanya memandang ke langit. Kemudian dia tersenyum.
"Dia datang.." ujarnya membuatkan semua yang berada di situ terpinga-pinga. Tiba-tiba guruh berdentum di langit. Kabus menyeliputi kawasan itu. Awan tebal mula menutupi bulan. Dan hujan mulai turun. Lebat. Tapi tidak selebat sebelumnya.
Xavier memandang Keith. Lelaki berambut kuning yang satu-satunya gembira dengan kedatangan Alura. Dia tersenyum. Jadi, inilah dia navigator yang Theo maksudkan. Sangat tepat dalam meramal cuaca. Macammana dia lakukan? Dan.. siapa dia ni sebenarnya?
Kawasan itu sudah ditutupi kabus tebal. Sehingga keadaan sekeliling juga sudah tidak kelihatan. Seorang demi seorang hilang disebalik kabus. Theo memandang sekeliling. Kabus terlalu tebal. Dia langsung tidak dapat melihat rakan-rakannya.
"Ken!! Xav!! Xara!! Aigle!!" Panggilnya.
"Theo!! Kau kat mana?" Bunyi sayup jeritan Ken.
"Kat sini!" Jerit Theo. Kemudian kedengaran suara-suara Xara, Xavier, Aigle, Cordell, Wadham dan yang lain-lain dari kejauhan. Aneh, rasanya baru sebentar tadi mereka berkumpul di satu tempat yang sama. Macammana pula mereka boleh berada jauh dari satu sama lain.
"Ken! Aigle dengan kau?" Soal theo.
"Dia dengan aku! Jangan risau!" Jerit Ken.
"Atlas! Kau ada jumpa dia tak?" Soal Wadham.
Theo tersengih.
"Ya.. dia ada kat sini." Berdiri di hadapannya adalah seorang gadis berwajah pucat dan berambut hitam panjang dan beralun cantik. Dia memandang tajam ke arah Theo dengan dua anak matanya yang berwarna merah saga.
"Kau... siapa?" Soal si gadis hantu.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...