part 132

2.4K 232 14
                                    

Somewhere in an unknown continent

Sebuah kapal kelihatan sedang merapati sebuah pulau. Pulau yang dipenuhi batu-batu berwarna putih dan hutan yang tebal. Kapal itu berlabuh di sisi sebuah kapal berwarna hitam yang sudah beberapa hari berlabuh di situ.

Di tepi sebatang sungai, terdapat sekumpulan lanun sedang beristirahat sambil meneguk alkohol dan menjamu selera dengan bermacam makanan. Sebelum, seorang lelaki berlari dengan wajah yang menggelabah ke arah kapten mereka yang sedang tidur di bawah pokok. Wajahnya ditutup dengan topi koboi kesayangannya.

"Kapten!" Jerit lelaki itu mengejutkan kapten mereka. Topi diangkat.

"Ada apa Sean?"

"Kapal The Kraken! Kapal The Kraken sedang merapati pulau ni!" Jeritnya mengejutkan semua yang berada di situ. Kapten juga terkejut sebelum dia cepat-cepat bangkit dari baringan. Dia tersengih.

"Akhirnya.. kau datang jugak jumpa aku ya, Bones."

Dari kejauhan kelihatan seorang lelaki sedang memikul sebuah tong kayu di atas bahunya melangkah perlahan ke arah mereka. Rambutnya hitam menutupi mata kiri. Tangan kiri memegang kemas sebilah pedang besar dan dibungkus kemas dengan sehelai kain putih. Sebaik tiba di hadapan si kapten, lelaki itu meletakkan tong kayu itu ke tanah.

"Ridley.." ujar lelaki itu sebelum duduk bersila di atas tanah.

"Bones.. lama kau ambil masa untuk jumpa aku?"

"Hahahahah! Kau yang tak reti duduk diam. Aku cuba cari kau selepas aku dengar yang kau berjaya lepaskan diri dari Irongate." Bones memerhatikan sekeliling.

"I see you already manage to gather all of you crewmates." Ridley ketawa kuat.

"Mereka yang jumpa aku Bones. Itulah namanya kesetiaan." Bones tersenyum.

"Kau tahu kenapa aku datang ke sini bukan?" Soal Bones. Ridley tersengih sambil mengangguk.

"Aku nak menyambung apa yang tergendala dulu. Ridley.." Ridley mengangguk-angguk.

"Kau dah dapat apa-apa petunjuk?" Soal Ridley.

"Belum. Tapi, aku pasti selagi kita mengikuti The Pieces.. kita akan berjumpa dengan dia." Ujar Bones.

"Baiklah.." Ridley mengangguk perlahan.

"Kau ada dengar pasal Izarus?" Soalan mengenai Izarus membuatkan Ridley ketawa kuat.

"Aku dengar dia dah dimasukkan semula ke dalam Irongate! Bodoh! Hahahahahahah!!"

"Kau tahu siapa yang dah kalahkan dia?" Soal Bones lagi. Ridley mengesat air matanya sebelu menggeleng dengan sisa ketawa masih melekat di mulutnya. Bones mengeluarkan 5 helai wanted poster lalu diletakkan di atas tanah.

"Mereka digelar sebagai The Beast Pirates. Ini kapten mereka. The one who defeat Izarus." Ridley mencapai salah satu dari wanted poster itu.

"Theo Atlas?" Bones mengangguk.

"Aku nampak kau pun perasan apa yang aku perasan tentang budak tu." Ujar Bones.

"Ya.. mata dia.. aku kenal mata ni."

"He's not an ordinary rookie, Ridley. Aku yakin, dia boleh tolong kita."

"The uncut beast, eh? Interesting fellow." Ridley tersenyum.

....................................................................

Jackdaw Ibis

"Hei korang.." panggil Aigle. Rakan-rakannya mula mengalihkan pandangan ke arahnya.

"Betul ke kita nak pergi tempat tu?" Soal gadis itu.

"Betullah! Kita kena cari navigator kita." Ujar Theo.

"Tapi... kau dengar kan apa kata Wadham.. tempat tu bahaya.. lagi bahaya dari mana-mana pulau dekat benua ni." Theo ketawa melihat Aigle yang sudah menggigil ketakutan.

"Alah... kita dah banyak kali berhadapan dengan bahaya." Ujar lelaki itu.

"Sudahlah, Aigle. Buang masa saja kalau kau nak hentikan kapten kita ni." Ujar Xara.

"Ash.. kau tahu apa-apa pasal kepulauan tu?" Soal Ken. Ash yang sedang mengemudi kapal itu berpaling ke arah mereka.

"Aku dah lama tak keluar dari pulau Gayst. Jadi, aku tak tahu sangat pasal pulau tu. Cuma, aku pernah dengar, Biggoy is full of monsters." Ujar gadis itu.

"Monsters? Macam sea monsters?" Soal Xara. Ash menggeleng.

"Jauh lagi bahaya dari sea monsters."

"Aah!! Apa susah! Kita belasah jelah raksasa-raksasa tu!" Ujar Theo.

"Theo ni memang carefree eh?" Soal Ash kepada Xara. Xara ketawa perlahan.

"Tak pernah tak carefree."

Layar Jackdaw Ibis ditiup angin dan membawa kapal Merah itu ke destinasi mereka. Ke sebuah pulau yang dikatakan sangat bahaya. Dan bahaya apa yang sedang menunggu mereka, tiada siapa yang tahu.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now