Clayton dan para penduduk Liberie yang riuh tadi terus terdiam. Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi. Peter melepaskan lengan Clayton lalu beredar dari tempat itu. Dia berjalan terus ke perlabuhan. Theo dan rakan-rakannya tersenyum. Coda dan Milea hanya menurut dari belakang. Theo menghampiri Clayton.
"Dewa laut atau tidak, dia dah cari pasal dengan orang yang salah." Ujar Theo sambil tersengih. Tanpa menunggu sebarang balasan, dia pantas berlari ke arah rakan-rakannya yang sudah jauh meninggalkannya. Clayton terduduk di atas tanah.
"Datuk bandar!"
"Patutkah, kalau kita percayakan mereka?" Tiba-tiba air matanya mengalir. Membasahi pipinya yang sedikit berkedut. Para penduduk yang lain hanya mendiamkam diri sambil tertunduk.
"Kalau mereka mampu hapuskan sumpahan tu.. patutkah kita letakkan kepercayaan pada mereka?" Soal Clayton lagi. Kali ini dengan esakan. Tangannya mula menutup matanya yang dibanjiri air mata.
"Kalau boleh! Aku nak percayakan mereka! Tolonglah! Lepaskan kami dari ketakutan ni!!" Jerit Clayton. Penduduk yang lain mula menangis sama. Dan berharap, mereka mampu menghapuskan sumpahan Dewa Laut yang telah diletakkan di atas pulau ini sejak berdekad lalu.
..................................................................
Suasana di tempat itu sunyi sekali. Pokok-pokok bakau tumbuh meninggi. Bahagian selatan pulau Liberie sememangnya berbeza dengan bahagian yang didiami oleh manusia. Ianya dipisahkan dengan bukit bertanah merah yang curam dan memanjang. Jadi, sesiapa yang ingin ke selatan pulau, mereka terpaksa melalui terror line. Laut yang dipenuhi raksasa-raksasa laut.
Jauh di dalam hutan terdapat sebuah kapal besar. Kapal yang sudah kelihatan lama. Berlumut dan bersawang di sekelilingnya. Kesunyian pulau dicemari dengan satu suara yang menyeramkan. Suara jeritan 2 orang lelaki yang sedang kesakitan yang datang dari dalam kapal tersebut.
Jeritan tiba-tiba mati bersama dengan beberapa bunyi tetakan. Dalam keadaan gelap itu kelihatan tangan, kepala, badan, dan kaki bercerai satu-persatu dan diletakkan di dalam pinggan. Satu makhluk bertopeng dan bertangan 4 mencapai pinggan besar yang diisi badan mangsanya lalu dibawa masuk ke sebuah bilik yang luas dan gelap. Darah yang menitik di dalam pinggan langsung tidak dihiraukan.
Seorang atau lebih tepat lagi seekor makhluk yang juga bertopeng berwarna merah sedang duduk di atas sebuah kerusi. Makhluk itu besar. 2 kali ganda lebih besar berbanding makhluk bertangan 4 itu. Badannya basah kuyup. Titisan demi titisan air jatuh ke lantai yang kelihatan seperti sudah banjir itu. Dan titisan air tersebut langsung tidak berhenti. Sebaik pinggan di letakkan di hadapannya di atas meja, terus dia melahapnya seperti pemangsa yang sedang kebuluran. Beberapa saat kemudian, tulang-tulang putih dilemparkan ke dalam pinggan.
"Tak cukup. Aku masih perlukan ramai lagi!" Ujar makhluk itu walaupun makhluk bertangan 4 itu baru meletakkan beberapa pinggan lain yang mengandungi anggota badan 2 orang mangsanya.
"Sudah berdekad aku bersabar. Aku tidak boleh bersabar lagi! Aku perlukan darah penduduk Liberie!" Jerkahnya dengan suara yang sangat garau dan kuat. Beberapa makhluk bertopeng dan berpakaian aneh mula muncul satu-persatu dari kegelapan di dalam bilik itu. Ketua mereka masih lagi sedang menikmati mangsanya.
"Aku dengar, ada seorang gadis di sana yang jatuh cinta pada seorang lanun asing." Ujar salah seekor dari mereka.
"Kita boleh jadikan itu sebagai alasan untuk menyerang mereka lagi, kapten."
"Aku tidak sabar untuk merasa darah mereka."
Si kapten yang sedang menjamu selera itu ketawa kuat.
"Baiklah. Kita pergi, malam ini juga.." kata-kata makhluk besar itu diiringi dengan sorakan para pengikutnya yang semuanya bertopeng.
"Kapten. Aku ada berita dari terror line!" Jerit salah seekor yang tiba-tiba muncul di muka pintu. Si kapten memandangnya tajam.
"Apa berita yang kau bawa?"
"Ada kapal lanun. Sedang menuju ke terror line!" Si ketua mereka tersentak sebelum tersenyum di sebalik topengnya.
"Masih ada lanun yang berani ke sini. Baiklah. Kalian selesaikan mereka dahulu. Selepas itu, kita akan menyerang Liberie." Sekali lagi kapal itu dipenuhi dengan sorakan kuat dari penghuninya.
..............................................................
"Macammana kita nak lepasi terror line tu?" Soal Xara. Red Pigeon berlayar dengan perlahan sahaja. Disebabkan hari masih malam dan angin yang bertiup juga perlahan. Milea juga terpaksa ditinggalkan di perlabuhan. Untuk keselamatannya juga.
"Sebenarnya, tak ada yang pernah ke terror line sebelum ni. Kalau ada pun semuanya karam ke dasar laut." Ujar Coda.
"Habis tu, macammana kita nak lalu?" Soal Aigle.
"Dah terlambat nak fikir. Something's coming!!" Jerit Peter sebaik sahaja kelihatan satu lembaga besar sedang keluar ke permukaan laut dengan taringnya yang panjang dan tajam. Raksasa laut itu kelihatan seakan-akan seekor naga. Naga yang hidup di laut. Ianya mengaum kuat sambil memandang tajam ke arah Red Pigeon. Tiba-tiba, beberapa ekor lagi raksasa yang berlainan rupa muncul dibelakang dan sisi kapal mereka. Memandang mereka seperti sedang kelaparan.
"Damn." Ujar Ken.
.................................................................
Sis nak mintak pendapat korang ni. Rasanya sis nak tukarlah nama Red Pigeon tu. Ada apa-apa cadangan tak?? 😏😏😏
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...