part 42

2.5K 247 6
                                    

"Apa kau dah buat?!" Jerit Aigle. Matanya tajam memandang Sparsh yang masih tersenyum sinis di sisi Theo. Theo langsung tidak bergerak. Matanya juga terpejam rapat. Badannya kelihatan turun naik.

"Sudah 5 tahun aku tunggu saat ini. Racun yang ada pada cangkuk aku adalah racun dari seekor binatang berbisa di dasar laut. Racun yang batu penyembuh sendiri pun tak mampu nak sembuhkan. Lagenda batu penyembuh yang mampu menyembuhkan semua penyakit walaupun penyakit yang tidak dapat diubati dan semua kelemahannya ada tertulis di Azurea History di Seavierra." Jelas Sparsh sambil mengangkat tangan kirinya ke udara.

"Kau ke Seavierra? Tapi tempat tu adalah markas utama Eagle dan tempat tinggal kaum bangsawan. Tak mungkin lanun mampu keluar dari tempat itu dengan selamat." Ujar Xara.

"Tentulah kau tak akan selamat tanpa sebarang sokongan." Sparsh tersengih.

"Atlas dah nyawa-nyawa ikan. Dia akan mati dalam masa beberapa minit sahaja lagi. Jadi korang, tak perlu teragak-agak lagi. Jadi anak kapal aku. I can use that skills of yours." Kata-kata Sparsh membuatkan mereka berempat merengus marah.

Tiba-tiba kaki Sparsh digenggam oleh satu tangan yang berlumuran darah. Tangan itu menggenggam kemas. Sparsh tersentak lalu memandang ke bawah. Dimana Theo sedang memandang ke arahnya. Tajam. Dengan wajah yang dipenuhi darahnya sendiri. Dia tersenyum sinis.

"Sorry to dissapoint you, Gurro. My healing is not because of the healer stone." Pantas kaki Saparsh dicampakkan ke belakang. Badan lelaki itu melanggar dinding kabin kapal besar tersebut. Pecah sehingga dia terjatuh di atas timbunan kotak kayu yang sudah hancur. Theo bangkit berdiri. Tubuhnya masih dipenuhi darah namun semua kecederaannya sudah hilang sepenuhnya.

"Theo!!" Jerit Aigle, Xara dan Ken manakala Xavier hanya tersenyum lega.

"Apa yang berlaku?" Soal Xavier.

"Entah macammana racun ni melambatkan proses penyembuhan aku." Theo menyentuh perutnya yang masih berasa sakit.

"But don't worry. I'm back in action." Theo menghalakan penumbuk ke hadapan. Ke arah Sparsh yang sedang bangkit.

"If that so I'll keep on attacking you until you can't heal anymore!" Sparsh berlari ke arah Theo.

"I would like to see you try.." theo tersengih lagi. Sparsh mengangkat cangkuknya tinggi ke langit sebelum dilibas ke arah Theo. Kini Theo mengelaknya dengan mudah. Tangan kiri Sparsh dia pegang kemas lalu cangkuk pada tangan itu dipatahkannya. Membuatkan semua anak-anak kapal Sparsh terbeliak. Wajah Sparsh ditendangnya kuat. Kemudian dia melompat lalu menghadiahkan tumbukan bertubi-tubi ke seluruh badan lelaki itu. Akhirnya Sparsh rebah ke lantai deck. Badannya cedera teruk.

"Aku dah cakap dulu Gurro. Walau apapun, kau tak akan pernah dapat kalahkan aku." Ujar Theo lalu mendekati Sparsh yang sudah tidak sedarkan diri. Kompas yang tersimpan di dalam poket kot hitam lelaki itu diambilnya.

"Thanks for the gold." Mereka kemudiannya beredar ke Red Pigeon. Para pengikut Sparsh ingin cuba untuk menyerang mereka, tetapi sebaik Theo menjeling mereka tajam terus mereka kecut perut dan berundur ke belakang.

Mereka melompat turun ke deck Red Pigeon. Beberapa saat kemudian, kapal besar milik Sparsh mula menaikkan sauh mereka lalu berlayar pergi meninggalkan tempat itu dalam ketakutan. Aigle dan Ken ketawa kuat.

"Apa yang kau dah buat pada lelaki cangkuk tu?" Soal Xavier. Theo tersengih.

"Aku pernah curi emas dia. Lepastu, dia mula buru aku. Dia jumpa aku 5 tahun lepas. Dan cabar aku macam tadi. He lost his left hand on that fight. Hahahah." Theo ketawa kuat.

"Patutlah sampai sekarang dia berdendam dengan kau." Kepala Theo dipukul oleh Xavier.

"Hahahah! Biarlah. Siapa suruh dia cari pasal dengan aku. Xara.. nah." Theo mencampakkan kompas berwarna emas itu kepada Xara sambik menggosok kepalanya perlahan. 4th pieces di atas jarum kompas dicabut bagi menggantikan 3rd pieces pada kompas mereka. Dan seperti biasa, kompas diletakkan di atas peta sebelum ianya berhenti pada satu pulau agak jauh dari tempat mereka.

"Liberie." Ujar Xavier.

"Apa? Liberie?" Soal Theo.

"Kau kenapa?" Ken memandangnya pelik.

"Liberie.. pulau terakhir sebagai tanda yang kita dah mendekati sempadan Azurea dan Euloth." Ujar Theo. (Ok, ni beza Theo n Luffy.)

"Apa? Betul ke? Kita akan ke sempadan Euloth?!" Soal Aigle. Gadis itu sudah tersengih teruja.

"Tapi, aku tak pernah sampai ke sana. Aku tak tahu macammana rupanya." Ujar Theo lagi.

"Yang penting sekarang, kita perlu cari 5th pieces di Liberie." Ujar Xara.

"Alright folks!! Set sail!!" Jerit Theo disambut kuat oleh rakan-rakannya yang lain.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now