part 29

2.7K 260 9
                                    

Zambisea
2 hari sebelum pertemuan antara Kolonel Vox dan Lord Eishin

Dia mengambil posisi yang paling selesa di atas pokok yang agak tinggi itu. Selaras senapang yang agak besar di letakkan di atas dahan yang bercabang dua. Sepasang goggle berwarna kuning yang terletak elok di atas topi di kepala diturunkan lalu menutupi anak matanya yang berwarna merah itu. Dia tersenyum sinis. Muncung senapang dihalakan ke arah sekumpulan kadet Eagle yang sedang berbual-bual di hadapan sebuah bar yang terletak agak jauh dari tempatnya.

"Die you bastard." Gumamnya perlahan. Picu ditekan lalu peluru meluncur laju ke arah salah seorang dari kadet Eagle berkenaan. Tepat mengenai perut lelaki itu membuatkan dia terperanjat beruk. Satu cecair pekat berwarna hijau melekat pada baju merah si kadet. Cecair hijau yang mengeluarkan bau yang sangat menjijikkan. Dia mengisi peluru ke dalam senapang. Sebelum menembak kadet yang lain pula.

Habis seragam merah kadet Eagle dipenuhi cecair hijau yang sangat busuk. Mereka mula menghalakan senapang mereka ke sekeliling sambil mulut menyumpah seranah si penembak. Namun, tempat yang mereka duduki itu lengang. Langsung tiada seorang pun manusia.

"Siapa yang tembak kita dengan peluru yang jijik ni?" Soal si kadet berbadan gempal.

"Tak ada sesiapa pun dekat sini." Balas si badan kurus kering dan tinggi.

"Mungkin tahi burung kot." Si badan sado memandang ke atas.

"Sudahlah. Baik kita pulang ke markas. Dan bersihkan diri. Aku dah tak tahan dengan bau aku sendiri." Mereka mula beredar dari situ sambil menutup hidung masing-masing.

Agak jauh dari situ kelihatan si penembak sudah memegang perutnya menahan gelak. Akhirnya, meletus juga ketawanya tidak tertahan. Dia bergerak ke kiri dan kanan sebelum dia terjatuh ke tanah bersama senapangnya.

"Aahh!!" Punggungnya digosok perlahan. Sakitnya jatuh dari pokok yang agak tinggi itu.

"Aduih. Sakitnya bontot aku. Cilake punya pokok." Dimarahnya si pokok yang tidak bersalah.

"Kau buat masalah lagi, Aigle?" Soal seorang lelaki sambil mencangkung di sisinya. Dia memandang ke arah lelaki itu sebelum senyuman lebar terukir di bibirnya.

"Edd!!! Kau dah balik!!!" Jeritnya lalu memeluk erat lelaki itu.

"Haha. Ya. Kau apa khabar?" Soal Edd.

"Aku ok. Aku ok. Kau macammana? Macammana kau boleh ada kat sini? Eagle lepaskan kau?" Soal Aigle.

"Tak lah. Aku lari. Diorang ni yang tolong aku." Edd memandang ke arah Theo dan Xavier yang sedang berdiri di belakang mereka. Sebenarnya, mereka sudah berada di situ sejak Aigle masih sedang membidik lagi. Sengaja Edd ingin menunjukkan kehebatan sahabatnya itu kepada Theo dan Xavier. Manalah tahu, Aigle boleh membantu mereka nanti. Dari tempat mereka berdiri sekarang dengan tempat kadet-kadet Eagle berkumpul tadi jaraknya lebih kurang 2.5 Km. Dan Aigle mampu menembak mereka dengan tepat sekali.

"Ini Theo dan Xavier." Edd memperkenalkan lelaki-lelaki itu kepada Aigle.

"Diorang ni lanun." Serentak dengan itu wajah Aigle bertukar teruja.

"Lanun? Betulke? Lanun yang sebenar?" Theo dan Xavier hanya tersenyum. Mereka memerhatikan Aigle. Rambutnya merah sama seperti anak matanya. Disorokkan di sebalik topi berwarna coklat. Sepasang goggle terletak kemas di atas topinya.

"Wah. Aku dah lama bercita-cita nak jadi lanun." Ujar Aigle.

"Aigle, macammana dengan ibu aku? Dia baik-baik saja kan?" Soal Edd mematikan keterujaan Aigle.

"Ibu kau. Edd. Lebih baik kau cepat balik. Ibu kau tengah sakit." Mendengar kata-kata Aigle membuatkan Edd terkedu sebelum dia berlari meninggalkan tempat itu. Theo, Xavier dan Aigle hanya mengekori dari belakang.

Sepanjang perjalanan mereka, Theo dan Xavier hanya memerhatikan sekeliling pulau itu. Ianya sebuah pulau yang kecil. Hanya menempatkan sebuah kampung dan pekan. Kampung yang binaannya sama seperti di Azuris Enclave. Rumah-rumah dibina dari batu-bata berwarna warni. Cuma, warna-warnanya sudah kelihatan suram. Gerai-gerai di pekan juga hanya tinggal tiang. Tiada seorang peniaga pun yang berniaga di situ. Hanya beberapa buah bar sahaja yang dibuka. Tidak jauh dari kampung itu terdapat sebuah bangunan batu yang agak besar dan tinggi. Dan di puncak bangunan itu terdapat sebuah lambang yang amat ditakuti para lanun dan penjenayah. Lambang kepala seekor helang berwarna merah. Ianya adalah markas tentera Eagle.

"Mana semua orang kampung? Kenapa kampung ni sunyi saja?" Soal Theo kepada Aigle.

"Ada. Tapi diorang lebih suka mengurung diri di dalam rumah. Kalau tak, tentera-tentera Eagle akan terus membuli dan menyeksa kitorang. Aku tak pernah jumpa tentera Eagle yang tak berperikemanusaan macam diorang." Aigle meludah ke arah bangunan besar itu. Walaupun tidak kena, sekurang-kurangnya boleh menyejukkan sedikit hatinya yang sedang membara.

"Kenapa tak ada yang menolong kampung ni?" Soal Theo lagi.

"Tak ada yang berani melawan Kolonel Vox. Dia bukan manusia tahu tak. Dia tu.. binatang! Aku cuma mampu mengacau diorang dari jauh saja." Aigle mengalihkan pandangannya.

"Kau takut? Hei! Kau lelaki kot! Mana boleh takut!" Theo tersengih sebelum memeluk bahu Aigle kuat. Wajah Aigle tiba-tiba sahaja bertukar merah. Pantas dia menolak Theo menjauhinya.

"Aku perempuan lah!" Jeritnya dengan wajahnya merah menyala. Theo terkedu manakala Xavier hanya ketawa perlahan.

"Kau perempuan?" Soal Theo dengan mulutnya yang ternganga luas.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now