part 126

2.1K 224 9
                                    

"Bagi aku masuk!" Marah lelaki dengan sehelai kot kuning labuh tersarung di badannya. Di belakangnya terdapat berpuluh-puluh orang pengikut yang berseragam lengkap berwarna kuning. Lelaki itu sudah berasap marah kerana tidak dibenarkan masuk walhal dia adalah seorang komander Salamander.

"Maaf.. tempat ni hanya untuk pembuat kapal dan pelanggannya sahaja.." ujar seorang lelaki berbadan sasa dengan hanya memakai singlet berwarna hitam. Di sekeliling pinggangnya tergantung alat-alat bertukang seperti tukul, golok, pahat dan sebagainya.

"Kalau macam tu, aku nak tempah sebuah kapal untuk Salamander. Jadi, bagi aku masuk!" Marah Komander Dean lagi.

"Komander.. rasanya Salamander sudah ada beratus-ratus buah kapal. Lagipun, kos untuk membuat sebuah kapal untuk Salamander lebih tinggi berbanding kapal lanun biasa. Aku rasa kau pun tahu tu kan?" Ujar satu suara dari belakang membuatkan Dean dan konco-konconya berpaling. Suara yang datangnya dari seorang gadis berambut hitam dan panjang diikat ekor kuda.

"Siapa pula kau ni?" Soal Dean.

"Menurut perkiraan aku.. sebuah kapal Salamander memerlukan kos sebanyak 20k coins.. dan aku tak rasa kau ada duit sebanyak tu sekarang ni kan?" Gadis itu bersilang tangan sambil tersenyum sinis. Dean mengetap giginya menahan geram. Pintu besi ditumbuk kuat sehingga kemek. Aliran arus elektrik kelihatan pada pintu besi itu sebelum ia menghilang.

Dean akhirnya mengalah lalu beredar dari situ bersama para pengikutnya. Gadis itu tersenyum menang sebelum melangkah masuk ke dalam bengkel yang luas itu. Lelaki sado tadi turut tersengih lalu menutup perlahan pintu pagar besi tersebut.

Gadis itu berjalan perlahan mendekati kabin. Pintu kabin dibuka maka terserlahlah wajah Wadham, Zin, Cordell dan 5 orang yang tidak dikenalinya.

"Pelanggan baru, Zin?" Soal gadis itu membuatkan semua mata yang berada di situ memandangnya.

"Haa.. balik pun kau.." ujar Zin sambil tersengih.

"Korang.. aku kenalkan.. inilah Ash.. pembuat kapal terhebat di Euloth." 5 sahabat itu tergamam sebentar.

"Ash!? Perempuan??" Soal Ken.

"Sumpah aku ingatkan Ash ni lelaki." Sambungnya lagi. Xara, Aigle dan Theo mengangguk-angguk setuju.

"Of course I'm a girl.. are you stupid or what?" Soal gadis itu lalu mengambil tempat di kerusi bersebelahan dengan Zin.

"Kenapa Wadham dengan Cordell pun ada sekali?" Soalnya lagi.

"Ash.. kau ada dengar pasal semalam?" Soal Zin.

"Semalam? Apa yang jadi semalam?"

"Pasal Alura.."

"Ohh.. kenapa?"

"Dioranglah yang dah tolong kita." Ujar Cordell pula. Ash memandang ke arah 5 sahabat yang sedang tersengih memandangnya.

"Oh.. so?" Soal gadis itu.

"Aku nak mintak kau.. baiki kapal mereka.." Wadham memandang gadis itu penuh pengharapan.

"Ohh.. tentulah boleh.. mana kapalnya?" Soal gadis itu membuatkan mereka tersenyum gembira.

....................................................................

Kapal di hadapan mereka itu sudah terlalu uzur. Dengan layarnya yang sudah koyak rabak. Dinding kapal kiri dan kanannya sudah pecah. Tiang juga sudah tinggal separuh. Kapal itu telah ditarik oleh para pekerja Ash ke pesisir pantai berhampiran bengkelnya.

"Kapal korang ni.. baru lepas kena serang ke?" Soal Ash sambil bercekak pinggang.

"Ermm.. we do face a few things on the way.." ujar Xara dengan senyuman kekok.

"Baiklah... rasanya, aku boleh ubah suai kapal ni.. kosnya dalam 8k coins.." dan sekali lagi 5 sahabat itu tergamam. Mana mereka hendak cari 8k coins sekarang? Satu coins pun mereka tak ada. Apa lagi 8k.

"Emm.. Ash.. mereka dan selamatkan pulau ni. Jadi aku dah janji untuk carikan mereka pembaiki kapal terbaik." Ujar Wadham.

"Ya.. betullah tu." Balas Ash sambil mengangguk. Mengiakan panggilan pembaiki kapal terbaik.

"Secara percuma." Sambung Wadham lagi. Kali ini Ash membutangkan matanya.

"Percuma!?? Sorry sir.. but no can do! Aku tak buat kerja secara percuma!" Marah gadis itu. Wadham menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Ash.. diorang dah tolong kita lah.. sekurang-kurangnya, ni yang boleh kita buat untuk balas balik." Ujar Zin.

"Aku tak peduli. Look.. aku hargai apa yang korang dah buat pada kampung ni.. tapi, aku tak akan buat kerja secara percuma." Ash kelihatan serius. Tangannya disilangkan memeluk tubuh.

"Ash.." pujuk Wadham.

"Sorry wadham.. no means no! Kau tahu kan betapa berharganya 1 coins tu pada aku?" Wadham akhirnya mengeluh perlahan. Inilah yang menjadi kerungsingannya sejak semalam lagi. Hati kering milik seorang gadis bernama Ashley. Susah. Gadis ini lebih sayangkan duit berbanding nyawanya sendiri.

Theo tersengih melihat gadis itu. Ada sesuatu tentang gadis itu yang menarik perhatiannya.

"Macammana kalau aku nak ambik dia jadi crew kita?"  Bisik lelaki itu pada Xara.

"Seriuslah Theo.. kita tak tahu pun dia ni siapa. Macammana. Kau tak boleh sesuka hati nak ambik orang jadi crew kita." Tegah Xara.

"I don't really care" theo kembali tersengih.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now