part 115

2K 210 7
                                    

"Ouro? Apa maksudnya?" Soal Theo. Xara hanya menggeleng.

"Ouro maksudnya emas." Ujar Xavier. Sememangnya orang yang paling berilmu pengetahuan di dalam kapal Ibis sekarang. Mana tidaknya, sepanjang hidup dia di dalam kuil di kepulauan Rosennate, dia banyak menghabiskan masa dengan membaca buku.

"Emas? Buku ni pasal emas ke?" Soal Aigle. Xavier mencapai buku tersebut lalu muka surat pertama dibukanya.

"Saga.." hanya satu perkataan sahaja tertulis di atas helaian pertama.

"Apa maksud saga?" Soal Ken.

"Sejarah." Balas Xavier. Dan kemudiannya dia membuka halaman kedua. Terdapat berbaris-baris perkataan. Membentuk beberapa perenggan. Namun ianya di dalam satu tulisan yang sangat asing. Tiada seorang pun yang dapat membacanya.

"Tulisan apa ni!!?" Marah Ken. Xavier meneliti tulisan tersebut. Halaman seterusnya di buka. Masih dalam tulisan yang sama. Begitu juga halaman yang berikutnya. Hinggalah ke halaman terakhir, semuanya dalam tulisan yang tidak mereka fahami.

"Aku tak boleh baca tulisan ni. Aku rasa ni tulisan kuno." Jelas Xavier.

"Nampaknya, kita kena cari seseorang yang boleh baca tulisan kuno." Ujar Aigle.

"Pasti ada sebab kenapa Raja Ohz berikan buku ni pada kita." Ujar Xara pula.

"Apapun sebabnya, yang tu kena tunggu dulu. Sekarang, kita kena cari 8th pieces. Kita lambat lagi ke nak sampai Gayst Island?" Soal Theo. Xara mencapai kompas lagenda yang diletakkan oleh Theo di atas lantai.

"Aku pun tak pasti." Jarum yang masih menunjukkan ke arah hadapan itu diperhati.

Tiba-tiba, langit yang tenang sejak tadi ditutupi awan hitam. Guruh berdentuman di langit.

"Alamak! Aku rasa kita dah masuk dalam kawasan ribut!" Jerit Aigle.

Kilat mula sambar menyambar di langit. Ada yang mula menyambar air laut yang sudah bergelora kuat. Sehinggakan kapal mereka mula terumbang-ambing. Masing-masing mula berpaut pada badan ibis.

Kilat semakin kuat. Tak cukup dengan itu, beberapa puting beliung mula muncul entah dari mana. Ada yang sudah menyerang kapal mereka. Hujan turun dengan lebatnya. Keadaan sekeliling mula kabur dari pandangan.

"Sebab tulah aku cakap kita perlukan navigator!!" Jerit Theo.

.....................................................................

Masing-masing sudah terdampar di atas deck. Dengan pakaian yang sudah basah lecun. Layar yang sudah koyak rabak. Nasib baik kerosakan lain pada Ibis hanya pada bahagian yang kurang penting. Kalau tidak, mereka sendiri tidak tahu bagaimana lagi mereka ingin terus selamat di tengah-tengah laut seperti itu.

"Aku rasa.... aku laparlah." Ujar Theo dengan perutnya yang sudah berkumandang bunyinya.

"Aku pun." Balas Ken dan Aigle serentak. Xara bangkit dari baringan.

"Aku pergi tengok.. apa yang masih boleh dimakan." Dia berjalan terhuyun-hayan ke arah kabin sebelum kakinya berhenti melangkah.

"Korang! Kita dah sampai!!" Jeritnya tiba-tiba. Kesemua yang ada di situ mula bangkit lalu memandang ke hadapan kapal. Di hadapannya terbentang sebuah pulau yang agak besar. Walaupun agak jauh, tapi mereka pasti, itulah dia Gayst Island.

"Cepat! Baiki layar! Kita akan dapat makanan kat sana!" Jerit Xara lagi. Dengan sepantas kilat Theo, Ken dan Aigle membaiki layar mereka.

Dan perlahan-lahan, Ibis bergerak ke arah pulau tersebut. Semakin dekat semakin kelihatan pekan yang sarat dengan pengunjung di atas pulau tersebut. Jeti juga dipenuhi kapal-kapal lanun. Nampaknya, pulau ini tiada masalah dengan lanun, berbeza dengan 2 pulau yang mereka kunjungi sebaik tiba di Euloth.

Sebaik sahaja Ibis tiba dijeti, sauh diturunkan dan layar diikat kemas. Theo berdiri di atas sisi kapalnya sambil tersengih memandang pekan yang penuh dengan manusia pelbagai rupa itu.

"Ini ke, Gayst Island? Langsung tak sama macam pulau-pulau sebelum ni." Ujar Ken.

"Jomlah. Kita cari makan. Lepastu kita cari sesiapa yang boleh baiki Ibis." Ujar Xara.

"Dan lepastu kita cari 8th pieces!" Ujar Theo sebelum melompat turun ke darat.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now