part 131

1.9K 219 4
                                    

Wadham, Zin, Cordell dan para pekerja bengkel tersengih memandang kapal merah yang dulunya kecil sudah bertambah besar itu perlahan-lahan meninggalkan jeti berhampiran bengkel. Ada yang melambai-lambai. Ada yang hanya bercekak pinggang.

"Jumpa lagi semua!!" Jerit Theo sambil melambai-lambai ke arah mereka yang berada di darat. Ash di sisinya memandang sayu ke arah rakan-rakan seperjuangannya. Juga ke arah bengkel tempat dia membesar. Senyuman terukir di wajahnya.

"Ash pergi dulu, ayah.."

"Ash!! Jaga diri baik-baik!!" Jerit salah seorang dari pekerja bangkel.

"Jangan lupakan kitorang!!"

"Jumpa lagi, Ash!!!"

"Atlas!! Jaga Ash baik-baik!!"

Wadham tersengih.

"Budak-budak tu memang menakjubkan.." gumamnya perlahan.

"Ya.. tak ada siapa yang boleh ubah hati keras Ash sebelum ni." Balas Zin.

"Tapi, kenapa mereka nak sangat Ash ikut mereka? Lagipun, mereka baru saja kenal dengan Ash tu kan?" Soal Cordell. Wadham menjungkit bahu sebelum melepaskan keluhan perlahan.

"Well.. who knows.."

Kapal merah itu semakin lama semakin meninggalkan jeti kecil pulau Gayst. Walaupun kompas menunjukkan ke arah selatan, tetapi kapal mereka akan bergerak ke arah timur. Demi menjemput seorang lagi crew, mereka menutup dahulu kompas lagenda. Dan berlayar keluar dari landasan yang sepatutnya.

"Tembak!!!!" Beberapa biji peluru meluncur laju ke arah Jackdaw Ibis. Laut kiri dan kanan mereka mula meletup dan menggoyangkan kapal. Masing-masing mula berpaut pada semua yang ada.

"Shit!! Salamander!" Jerit Ken. Beberapa meter dari kapal mereka kelihatan 2 buah kapal dengan lambang naga berwarna emas pada layarnya sedang melepaskan tembakan meriam bertubi-tubi ke arah mereka.

"Diorang ni memang tak putus asalah!" Marah Aigle. Ash tersengih.

"Aigle.. kau sniper kan?" Soal gadis itu dan Aigle mengangguk perlahan.

"Jom ikut aku." Mereka berlari ke deck bawah sementara Theo, Xara, Xavier dan Ken cuba menghalang peluru-peluru meriam itu dari terkena kapal mereka.

"Jangan rosakkan kapal baru aku lah!!" Jerit Theo sebelum menyepak kuat peluru meriam.

"Eh, Theo.. tu bukanke lelaki yang kejar kau hari tu?" Soal Xara sambil menunding jari ke arah lelaki yang sedang berdiri di atas deck paling hadapan kapal salamander. Lelaki itu merenung tajam ke arah mereka.

"Haa!! Dia ni! Tak habis-habis kejar aku!!"

Komander Dean mengetap giginya. Tangan diangkat ke udara. Dan secara tiba-tiba sahaja satu pancaran arus elektrik muncul dari langit sebelum menyambar kapal mereka. Mujur ia hanya menyambar pada crow's nest mereka. Theo dan Ken sudah terbutang mata.

"Dia.. dia hasilkan kilat?" Soal Xavier yang turut sama terkejut.

"K-kilat?" Soal Xara.

Keadaan tenang sekejap sebelum beberapa arus elektrik muncul semula dari langit dan mula menyambar tetapi anehnya, kali ini ianya tersasar. Sekaligus kedengaran bunyi tembakan dari 3 meriam yang terdapat pada sisi kiri Ibis. Dan letupan mula kedengaran pada kapal salamander. Theo berlari ke sisi kapal sambil tersengih.

"Nice, Aigle!!!" Jeritnya.

"Kita kena pergi cepat!" Ujar Xara. Ash yang sudah berdiri di pengemudi kapal tersengih.

"Nak cepat? Boleh je.. Theo! Ken! Xavier! Ikat layar!" Arah gadis itu. Tanpa banyak songeh, 3 lelaki itu mula memanjat 2 tiang layar lalu layar dinaikkan dan diikat kemas.

"Tak apa ke buat macam ni, Ash?" Soal Xara merapati Ash. Ash tersenyum.

"Percayakan Ibis."

"Ash!!! Dah siap!!" Jerit Theo sebelum dia, Ken dan xavier melompat turun ke deck.

"Alright." Tangan memegang kemas pengemudi kapal. Kakinya memijak sebuah pedal kayu yang terletak di bawah pengemudi kapal. Tiba-tiba kapal mereka mula bergerak. Semakin lama semakin laju sebelum Ibis mula memecut pergi dari situ.

"Waaaaahhhhhh!!! Ibis bergerak tanpa angin!!" Jerit Theo.

Di bahagian belakang kapal mereka terdapat beberapa pengayuh berbentuk roda sedang berpusing ligat dan menolak kapal mereka ke hadapan. Kelajuannya dikawal oleh pedal kayu yang dipijak Ash di bawah pengemudi kapal.

"Aku dah cakapkan.. kapal ni masterpiece terbaik aku!" Ash menekan pedal itu rapat sekaligus menambahkan kelajuan Ibis. Kapal salamander yang sudah hancur layar mereka itu sudah jauh ketinggalan di belakang bersama-sama Pulau Gayst yang sudah tidak kelihatan.

"Terbaiklah Ash!!!" Jerit Theo sambil ketawa kuat. Begitu juga Ken, Xara, Xavier dan Aigle yang sudah menyertai mereka di atas deck.

Dan Jackdaw Ibis mula berlayar sehingga hilang dari pandangan penduduk Gayst.

"Tak guna Atlas!! Aku sumpah aku akan tangkap kau!!" Marah Dean.

"Tuan.. layar dah musnah." Ujar salah seorang kadet salamander. Dean merengus geram.

"Apa tunggu lagi!? Cepatlah baiki!!!!" Jerkah lelaki itu dengan badannya mula dikelilingi arus elektrik.

"Tuan! Tuan! Kawal diri, tuan! Tuan akan hancurlan kapal kita!" Tanpa mendengar kata-kata pengikutnya, Dean melepaskan arus elektrik yang kuat lalu menyambar kapalnya sendiri. Anak-anak kapal mula menjerit kuat.

"Atlas!!!!!!"

.....................................................................

Hai gais! Sorry for the late update.. and thanks for the 100k view and 3k followers! I love you guys 😘😘😘😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now