part 82

2.2K 342 7
                                    

5 derapan kaki kedengaran memenuhi hutan yang agak tebal itu. Kaki-kaki itu memijak mana-mana kayu-kayu dan daun-daun kering yang gugur memenuhi tanah. Theo tersengih sepanjang perjalanan. Di dalam fikirannya sudah terbayang-bayang bagaimana keadaan sebuah pulau yang dipenuhi ikan duyung. Walaupun, sepanjang perjalanan mereka tadi, seekor ikan duyung pun tidak kelihatan. Tapi, iyalah kan. Mana ada ikan duyung hidup atas darat.

"Kejap, kita nak pergi mana sebenarnya ni?" Soal Aigle.

"Cari ikan duyung laa..." ujar Ken.

"Bukan ke kita datang sini nak cari 6th pieces?" Soal Xavier. Ken tersengih.

"Tapi, ikan duyung hidup dalam laut. Dan kita sekarang dah jauh dari laut ni." Ujar Xara.

"Alah.. kita teroka jelah dulu pulau ni. Mana tahu kita boleh jumpa lebih lagi." Ujae Theo yang berjalan di hadapan sekali.

"Kau tak risau ke Theo? Aku rasa tempat ni sunyi semacam je. Seram pulak tu." Ujar Aigle sambil kedua-dua belah tangannya menggosok-gosok bahunya sendiri dengan mata yang meliar ke kiri dan kanan. Tiba-tiba Theo berhenti menyebabkan rakan-rakannya di belakang melanggar belakang badannya.

"Kau dah kenapa tiba-tiba berhenti ni?!" Marah Xara sambil mengetuk kepala lelaki bermata 2 warna itu. Tiba-tiba muncul satu bunyi. Datang dari tempat Theo berdiri. Bunyi yang agak pelik tetapi amat dikenali oleh mereka. Theo berpaling ke belakang dengan wajah serius.

"Theo.. kenapa?" Soal Aigle.

"Aku baru sedar, aku dah 3 hari tak makan. Aku kebuluran..." dan Theo terus rebah ke tanah.

"Aku dah tak mampu nak berjalan." Rungutnya lagi.

"Theo! Janganlah baring kat sini! Tengah-tengah hutan macam ni!! Bangunlaa!!" Aigle menarik lengan Theo. Dan Theo hanya berbaring di situ tanpa menghiraukan Aigle. Xavier mengambil tempat di bawah sebatang pokok. Ken juga sudah duduk di sisi Theo. Xara menggeleng perlahan.

"Korang.. seriuslah..." Aigle bercekak pinggang.

"Sekurang-kurangnya, pergilah cari apa-apa untuk dimakan. Kat pulau ni mesti ada buah-buah liar." Cadang Xara.

"Buah lagiii???" Rungut Ken lalu turut berbaring di atas daun-daun kering. Tiba-tiba Theo bangkit dari baringan.

"Hah! Kali ni apa pulak?" Soal Xara.

"Aku bau daging panggang!" Terus lelaki itu berdiri dan berlari ke satu arah.

"Theo!!" Panggil Xara tetapi sekali lagi tidak diendahkan lelaki itu. Rakan-rakannya yang lain tidak mempunyai pilihan selain menurut sahaja ke mana kapten mereka pergi.

Theo terus berlari meredah hutan. Ke arah bau yang sangat menyelerakan. Tapi, siapa yang memanggang daging di tengah-tengah hutan macam ni? Takkan ikan duyung? Dengan persoalan yang berlegar-legar di dalam kepalanya, Theo akhirnya tiba di tempat yang ingin di tuju.

Api sedang marak membakar 2 ketul daging yang agak besar. Aroma dari daging itu menusuk masuk ke dalam hidung terus ke perutnya. Dan sekali lagi perutnya berbunyi. Unggun api yang sedang marak itu dikelilingi oleh 5 orang lelaki. 4 dari mereka sedang mengunyah daging yang sudah masak. Dan seorang lagi kelihatan sedang berbaring di atas tanah beralaskan daun dengan badannya sedikit berbalut dan mata yang tertutup. Sepertinya sedang tidur. Dan mereka langsung tidak perasan akan kehadiran Theo di situ.

"Theo! Jangan lari macam tu boleh tak?" Soal Xara yang tiba di situ bersama rakan-rakannya yang lain. 5 lelaki yang mengelilingi unggun api itu tersentak mendengar suara Xara. Dan sebaik menyedari kehadiran Theo dan yang lain-lain, pantas mereka mencapai senjata masing-masing lalu menghalakannya ke arah mereka.

"Siapa kau!?" Soal lelaki yang berparut di wajahnya. Lelaki yang digelar sebagai Bourne itu mengacukan senapangnya ke arah mereka.

.....................................................................

Head of Salamander's Headquater
Stratford, Euloth

"Sir.. we got a news from Azurea's Eagle Hq." Ujar seorang lelaki berkaca mata berbingkai merah dengan baju seragam berwarna putih berbelang kuning tersarung di badannya. Di kepalanya dipakaikan topi berwarna kuning menutup rambutnya yang berwarna biru gelap itu. Dia meletakkan sehelai sampul surat tebal berwarna merah di atas meja di hadapan seorang lelaki berbadan tegap dan berotot.

Terdapat cop mohor berlambang kepala helang berwarna hitam keemasan di atas sampul surat itu. Lelaki berotot dengan sehelai kot labuh berwarna kuning di belakang badannya itu mencapai sampul surat tersebut lalu mengoyakkannya. Dia meneliti setiap helaian surat berwarna kuning cair itu satu persatu sehinggalah tiba pada 5 helai wanted poster. Kelima-limanya adalah wanted poster yang baru dicetak selepas incident di Seavierra baru-baru ini.

"Nampaknya, Azurea's most wanted pirate crew sudah terlepas ke Euloth. Make a copy of these wanted posters and spread it all over Euloth. Make sure we catch them." Arah lelaki berpangkat Lieutenant Commander itu. Lelaki berkaca mata merah tadi mengangguk lalu beredar dari bilik itu. Sekali lagi si Lieutenant tersebut memerhatikan 5 wanted poster di tangannya. Matanya melirik ke arah ketua lanun tersebut. Mata si ketua itu menarik perhatiannya. Seakan-akan baru semalam di berdepan dengan mata itu.

....................................................................

Sebenarnya author kecewa jugaklah sebab dalam ramai2 yang baca n vote cite ni, hanya beberapa org je yang beri idea ttg pulau2 imaginasi diorang. Huhuhu... xpelah.. author faham.. sapelah author ni kan.. 😢 it's okay.. I get it.. buat mereka2 yang bagi idea2 bernas tu, jangan risau, I'll put all of your ideas in our next islands. So, please look forward to that okayy.. 😘😘😘

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now