Mayat bergelimpangan di atas tanah. Di sepanjang perlabuhan Alley, hanya darah pekat yang melindungi warna tanah. Kini, Kepulauan Biggoy sudah dikepung oleh berpuluh-puluh buah kapal dengan bendera berwarna kuning berkibar megah di setiap puncaknya. Tentera Salamander sudah memenuhi pekan Biggoy. Juga hutan Alley yang berada di selatan kepulauan itu. Jadi, tiada tempat lagi untuk mereka bersembunyi mahupun melarikan diri.
Para kolonel mula memburu mereka yang mempunyai bounty lebih dari 100k coins. Tempat utama yang mereka serbu adalah Pirate's Bout. Tempat dimana kebanyakan daripada mereka sedang bersembunyi.
Ken dan Aigle berlari pantas. Di belakang mereka adalah sekumpulan tentera Salamander sedang mengejar tanpa lelah. Langkah terhenti sebaik sahaja jalan mereka di sekat oleh satu lagi kumpulan tentera berseragam kuning.
Ken mengetap gigi. Aigle mengeluarkan senapangnya yang sudah diisi peluru istimewa buatannya.
Para tentera mula mendekati. Ken mula membelasah tentera-tentera yang menyerang dari belakang. Manakala Aigle menembak ke arah tentera-tentera yang datang dari arah hadapan. Pelurunya istimewa. Sebutir peluru akan pecah kepada 6 biji peluru kecil sebaik ditembak. Dan hanya beberapa biji sahaja diperlukan untuk menewaskan mereka.
Kumpulan salamander itu sudah bergelimpangan di atas tanah. Tapi, malangnya, sekumpulan lagi datang mengejar mereka dari arah belakang.
"Ada lagi!" Jerit Ken.
"Larii!!!" Pantas Aigle menarik lengan lelaki itu lalu melarikan diri ke dalam sebuah lorong kecil. Dan para Salamander masih setia mengejar dari belakang.
...................................................................
Xavier, Xara dan Ash membelakangi antara satu sama lain. Xara dan Xavier masing-masing sudah mengeluarkan senjata mereka.
"Kau boleh lawan Ash?" Soal Xavier. Ash tersenyum sinis.
"Jangan pandang aku tak ada mata, Xavier." Kata-kata itu membuatkan Xavier dan Xara turut sama tersengih.
Sekarang ini mereka sedang dikepung oleh sekumpulan lanun yang diketuai oleh seorang lelaki berbadan besar dengan hanya memakai seluar pendek dan t-shirt tanpa lengan berwarna kuning cair. Di matanya tersarung sepasang kaca mata hitam. Dia tersengih memandang ke arah 3 sekawan itu.
"Kolonel Rave pasti akan gembira bila dapat tahu aku dah tangkap salah seorang dengan bounty 100k coins." Lelaki itu membuka kaca matanya lalu memandang sinis ke arah mereka.
"Pursue them. I want the 100k coins alive. Yang lain.. bunuh saja." Arah Commander Zindo. Anak-anak buahnya mula menyerang.
Xavier menyilangkan pedangnya lalu satu taufan terhasil. Tentera-tentera salamander mula berterbangan di udara dengan darah memercik keluar. Xara hanya berjalan perlahan dari kiri ke kanan lawannya tanpa memisahkan bilah pedangnya dari sarung. Sebaik tiba di belakang mereka, kesemua lawannya mula terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri.
Ash terpegun. Kagum dengan kehebatan 2 beradik itu. Melihat pada kecuaian Ash, beberapa orang tentera mula cuba untuk menyerangnya. Dengan sekelip mata sahaja, mereka terbaring di atas tanah. Kaki kanan Ash terangkat ke udara dengan asap nipis kelihatan keluar dari kakinya.
"Tak elok serang hendap macam tu. Kan dah kena. Padan muka." Ujarnya.
Commander Zindo mengetap giginya marah. Dan mengarahkan lagi tenteranya untuk terus menyerang. Serangan datang bertubi-tubi. Tanpa memberi peluang mereka untuk berehat.
..........................................................
Bunyi letupan kedengaran sana sini. Tembakan demi tembakan juga berkumandang di udara. Libasan pedang apatah lagi. Bunyi jeritan para lanun memenuhi kepulauan tersebut. Ramai yang sudah tidak bernyawa. Jika bernasib baik, ada yang ditangkap hidup-hidup.
"Perang antara lanun dan Salamander. Menarik." Ujar Canavar.
"Kenapa Salamander nak serang pulau ni pulak?" Soal Theo yang sedang berlari seorang diri di belakang bangunan-bangunan di situ. Di belakangnya adalah tentera salamander yang sedang mengejar tanpa penat. Sudah ramai yang ditewaskan Theo. Tapi masih ramai lagi yang sedang mengejar.
"Sebelum mereka diserang. Lebih baik mereka menyerang. Aku rasa baik kau jangan cari pasal dengan mana-mana kolonel sekarang ni. Kau sedar pasal hal ni bukan?" Theo mengetap giginya. Perutnya dipegang. Ya. Dia sedar hakikat itu. Hakikat yang dia mempunyai kelemahan sekarang. Kelemahan yang dia dapat dari Gayst Island.
"I won't run away from a fight. Walaupun aku mati sekalipun." Ujarnya. Canavar mengeluh perlahan.
"Kau mati, aku pun mati, budak."
"We meet again eh... Beast..." Langkah Theo terhenti. Di hadapannya sekarang ini terdapat seorang lelaki sedang bersandar pada dinding bangunan sambil bersilang tangan.
"Shit." Gumam Theo.
"Kolonel Byron!"
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasiaSatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...