Beberapa minit sebelumnya..
"Baiklah.. aku bawak kau jumpa kapten.." ujar si kerbau termengah-mengah. Dia sudah terbaring di atas tanah setelah teruk dibelasah oleh Theo. Theo yang masih memegang leher baju si kerbau itu tersengih.
"Kalau kau ikut cakap aku awal-awal kan senang." Leher baju dilepaskan. Si kerbau mengurut-urut lehernya seraya berdiri perlahan-lahan. Walaupun saiznya yang 2 kali ganda lebih besar dari lelaki itu, dia tetap tidak mampu menandingi kekuatan Theo.
Siapa sangka masih wujud seseorang yang mampu mengalahkan puak Dyr. Salah satu puak yang berasal dari benua Urb. Puak yang terkenal dengan kekuatan yang tiada bandingannya. Dan Izarus telah menubuhkan kumpulan lanun yang terdiri daripada pahlawan paling kuat di dalam Puak Dyr sebelum mereka akhirnya tumpas di Azurea dan disumbatkan ke dalam penjara di Lethal Isle. Lanun Dyr sememangnya menjadi mimpi ngeri buat kaum manusia. Nama mereka jatuh sebaik sahaja mereka dikurung di Lethal Isle.
Kerbau membawa Theo ke markas utama lanun Dyr yang sudah 30 tahun terbina di situ. Sebuah kapal besar yang terbiar dan berlumut di tengah-tengah hutan belantara. Kapal yang saiznya jauh lebih besar dari kapal Kapten Sparsh. Theo mendongak ke atas. Ke arah sehelai jolly roger yang sudah koyak berkibar-kibar ditiup angin. Jolly roger yang mempunyai lambang sebuah tengkorak haiwan bertanduk 2 dan bergigi tajam. Dia menyoroti langkah Kerbau. Dari jauh kedengaran suara kekecohan datang dari sebuah bilik yang terletak di hujung koridor. Dari luar tempat itu kelihatan seperti sebuah kapal, tetapi di dalam, ianya lebih kepada sebuah bangunan yang bertingkat.
Sebelum mereka tiba di bilik yang bising itu, mereka melalui sebuah bilik yang dipenuhi senjata. Terdapat pelbagai senjata disimpan di situ. Langkah Theo terhenti sebaik matanya tertangkap selaras senapang yang sangat dikenalinya. Pantas dia menarik Kerbau untuk masuk ke bilik itu.
"Apa kau nak buat kat sini? Kau perlukan senjata ke?" Soal si kerbau. Theo hanya mendiamkan diri sambil mencapai laras senapang yang terletak di dalam sebuah tong kayu yang besar bersama-sama beberapa laras senapang yang lain. Dia kenal benar senapang itu.
"Ni Aigle punya.." gumamnya perlahan.
"Oi.. cepatlah. Aku tak nak crew aku tangkap aku dengan kau." Ujar si kerbau cemas sambil memandang ke luar pintu bilik itu. Sebelum sempat Theo melangkah keluar, dia ternampak pula 3 bilah pedang kepunyai Xavier dan Xara. Semuanya ada di situ. Pantas 3 pedang itu dicapai lalu ketiga-tiganya diikat di belakang badannya bersama-sama senapang milik Aigle.
"Dah. Jom." Ujarnya lalu melangkah keluar dari bilik itu bersama Kerbau. Mereka menyusuri koridor sehinggalah tiba di sebuah bilik tertutup. Suara keriuhan tadi sudah tidak didengari lagi. Hanya kedengaran suara Xavier sahaja walaupun butir percakapannya tidak begitu jelas.
"Aku boleh hantar kau sampai sini saja. Aku tak nak digelar sebagai pengkhianat." Ujar si Kerbau sebelum melangkah pergi dari situ. Theo menolak pintu kayu di hadapannya. Pintu itu besar. Mungkin 5 kali ganda besarnya dari pintu biasa. Di hadapannya kelihatan beratus-ratus makhluk pelbagai rupa yang masih belum menyedari kehadirannya. Makhluk-makhluk itu sedang mengelilingi sesuatu. Pantas dia memanjat tiang kayu yang berada di sisi pintu.
Theo tersentak. Coda dan Peter sudah terbaring di atas lantai dalam keadaan yang teruk. Aigle dan Xara kelihatan sedang berhadapan dengan 2 ekor makhluk. Dan Xavier.. dan Ken.. tengah bergaduh? walaupun dia tak tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku, dia tetap tidak boleh biarkan semua itu berterusan. Pantas dia melompat ke arah ruang kosong di tengah-tengah bilik itu lalu dia berlari pantas ke arah Ken yang sudah mula mendekati Xavier dengan kedua-dua belah tangannya dihalakan ke hadapan. Theo pantas menumbuk kepala Ken sehingga kepala lelaki itu menghentam lantai.
"Apa kena dengan budak ni?" Soalnya. Dia memandang Theo dan Xavier silih berganti.
"Aku hilang sekejap je korang dah bergaduh dan berebut nak jadi kapten?"
"Theo..." Xavier tersenyum hambar memandang Theo.
"Lambatnya kau." Ujar lelaki itu sambil terduduk di atas lantai kayu.
"Sorrylah.. aku sesat tadi. Nah kau punya." Theo menyerahkan 2 bilah pedang kepada Xavier.
"Oh, kesayangan aku.." Xavier memeluk kedua-dua bilah pedang kesayangannya.
"Theo!!" Jerit Aigle sambil menangis teresak-esak. Theo ketawa kecil lalu mencampakkan senapang dan sebilah pedang berwarna putih kepada Aigle dan Xara. Pantas mereka menyambutnya.
"Nice." Ujar Xara. Bilah pedang dipisahkan dari sarung. Makhluk berwajah singa di hadapannya ketawa sinis memandang Xara.
"Hahaha. Jangan ingat kau ada pedang kau dah boleh kalahkan aku." Ujarnya dengan suara seekor singa.
"Silence.." gumam Xara sebelum berjalan perlahan merentasi singa. Singa hanya memandangnya aneh. Sebaik sahaja dia di belakang singa, pedang dimasukkan semula ke dalam sarung dan Singa tiba-tiba meraung kesakitan. Darah merecik keluar melalui tubir bibirnya sebelum matanya mula terbeliak. Dan dia rebah ke lantai. Xara tersenyum.
"I'm back.."
Si khinzir memandang rakannya yang sudah terlantar di atas lantai. Badannya langsung tiada kesan cedera, tapi macammana dia boleh kalah? Sebelum sempat si khinzir itu menyerang Xara, dia terlebih dahulu rebah ke lantai bersama satu bunyi letupan. Asap kecil keluar dari belakang badannya yang kelihatan terbakar. Aigle tersenyum. Nampaknya, peluru baru ciptaannya memang memberi kesan yang hebat.
"Oh yeah!!" Aigle bersorak kecil.
Izarus hanya berdiam diri sambil menongkat dagu. Matanya memandang tajam ke arah Theo.
"So, you're the captain?" Soalnya dengan nada suara yang mendatar. Theo pantas berpaling ke arah si pemilik suara garau itu.
"So, you're the old god?" Soalnya kembali sambil tersengih.
"Jumpa pun.." Sambungnya lagi.
..................................................................
Nah.. ambiklah double update walaupun lambat sikit. Hahah..
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...