Azuris Enclave
"Dylan. Apa kau buat di sini?" Soal Lord Eishin saat Head Chief datang ke rumah agamnya bersama Theo, Ken, Xara, Xavier dan Aigle. Head Chief dan Lord Eishin berpelukan seakan-akan sudah lama tidak berjumpa.
"Sudah 10 tahun kita tak jumpa. Apa hajat kau ke sini?" Soal Lord Eishin lagi. Dylan tersenyum.
"Aku nak jumpa Dr.Lionel. budak-budak ni nak tahu tentang 3rd pieces." Ujar Dylan.
"Haa.. betul. 3rd pieces. Kalian ada bercakap tentangnya. Maaf, saya lupa untuk kenalkan kalian pada Dr.Lionel. kalau ada sesiapa yang tahu mengenainya di pulau ni, Dr.Lionel lah orangnya." Ujar Lord Eishin memandang ke arah 4 sekawan itu.
"Jadi, mana dia tinggal?" Soal Xavier.
Mereka berjalan hingga ke hujung pulau. Terdapat sebuah rumah batu satu tingkat dikelilingi sebuah pagar kayu di situ. Agak berjauhan dari rumah-rumah penduduk yang lain. Walaupun hanya satu tingkat, tetapi rumah itu saiznya agak besar. Pintu diketuk perlahan. 1 minit kemudian, pintu dibuka dari dalam.
Terpacul wajah seorang lelaki tua berambut putih memakai sehelai labcoat putih. Badannya sedikit berbongkok. Dan matanya sepet memandang ke arah gerangannya yang mengetuk pintu rumahnya.
"Eishin.. Dylan.. apa kalian buat di rumah aku yang usang ni?" Soal lelaki itu sambil tersengih.
"Dr. Lionel. Kami ada beberapa soalan dan harapnya Dr ada penyelesaiannya." Ujar Lord Eishin.
"Oh. Kalau iya pun. Masuklah dulu." Dr. Lionel membuka pintu rumahnya seluas mungkin. Membenarkan kesemua tetamunya masuk ke dalam. Rumah itu dipenuhi buku-buku. Dan terdapat beberapa bilik tertutup di situ. Bilik yang menempatkan makmal penyelidikannya. Dr. Lionel seorang saintis. Kadang-kadang ada yang memanggilnya saintis gila. Tetapi bagi Lord Eishin dan head chief Dylan, Dr. Lionel adalah seorang lelaki yang sangat mereka hormati. Disebabkan penyelidikan lelaki itulah, aktiviti perdagangan di Azuris Enclave menjadi berkembang pesat. Dan ramai yang tidak tahu mengenai perkara itu.
"Jadi, apa soalan kalian?" Soal Dr. Lionel.
"Kami nak tahu tentang 3rd pieces. Dr tahu apa-apa mengenainya?" Soal Xara. Dr. Lionel berkerut dahi. Tidak pernah ada anak muda yang berminat tentang Urre Gold sebelum ini.
"3rd pieces. Cebisan ketiga Urre Gold. Untuk menuju ke destinasi ke-4, mereka memerlukannya untuk menggerakkan kompas lagenda." Ujar Dr. Lionel.
"Kenapa anak muda seperti kalian ingin tahu soal itu?" Soalnya lagi.
"Kami nak cari Urre Gold!" Ujar Theo sambil tersengih.
"Kami perlukannya untuk ke pulau seterusnya." Ujar Ken.
"Dr tahu mana kami boleh cari 3rd pieces?" Soal Xavier pula. Tiba-tiba Dr. Lionel ketawa. Membuatkan mereka berpandangan sesama sendiri.
"Sudah lama aku tak jumpa anak-anak muda seperti kalian. This pirate era will become interesting once again, I tell you." Ujar Dr. Lionel.
"Apa maksud dr?" Soal Xara.
"Nothing. Jadi kalian nak tahu di mana 3rd pieces ya?" Empat sahabat itu mengangguk laju. Sekali lagi Dr. Lionel ketawa. Sebelum dia bangkit lalu menuju ke arah meja kerjanya yang dilimpahi kertas-kertas dan buku.
"Aku dah lama nantikan lanun-lanun seperti kalian. Passion with adventure. Loves the sea more than anything else." Ujarnya sambil mencapai sebuah kotak kecil dari dalam laci mejanya. Kotak itu kelihatan sudah lama. Dan berhabuk. Dr. Lionel menyapu habuk-habuk pada kotak itu lalu dia berjalan perlahan ke ruang tamu. Mereka yang berada di situ hanya memerhatikannya. Kotak itu diserahkan pada Xara.
Tanpa banyak soal lagi, Xara terus membuka kotak tersebut. Xavier, Ken dan Theo mendekatinya. Begitu juga Aigle. Di dalam kotak itu, terdapat sebuah kompas. Kompas yang sangat mereka kenali. Pantas Xara mengeluarkan kompas mereka dari simpanannya. Lalu dibandingkan dengan kompas milik Dr. Lionel. Ianya sama. Corak disekeliling kompas itu juga sama. Cuma kompas milik Dr. Lionel kelihatan lama.
"There're two of them?" Soal Ken.
"Actually. Ada banyak lagi. It is called the legendary compass. And all the pirates who believe in them, have them in their save." Ujar Dr. Lionel.
"Jadi, maknanya, setiap pulau ada lebih dari satu pieces la?" Soal Xavier.
"Eh. Tak adalah. Setiap pulau hanya ada satu sahaja. Tapi, bila kita ke pulau yang berbeza, the pieces juga akan menunjukkan pulau yang berbeza. Tapi, destinasi terakhirnya tetap sama." Dr. Lionel tersenyum. Mereka mengangguk faham dengan mulut yang sedikit terbuka. Theo terutamanya.
"Bukalah." Ujar lelaki tua itu lagi. Xara pantas membuka kompas itu seperti yang disuruh. Masing-masing mula tersengih gembira saat apa yang mereka cari sudah dijumpai. 3rd pieces masih lagi melekat pada jarum kompas lama itu.
"3rd pieces. Boleh kitorang ambil ni?" Soal Xara. Dr. Lionel mengangguk. Xara mencabut 3rd pieces dari kompas lama itu lalu diletakkan di atas jarum kompas milik mereka. Jarum mula berputar laju.
Ken membentangkan peta di atas meja kayu di hadapan mereka. Kompas yang masih ligat berputar itu diletakkan di atas peta bertanda Azuris Enclave. Tiba-tiba jarum berhenti berputar dan menunding pada satu arah. Sebelum sempat mereka memeriksa pulau itu, jarum itu bergerak sedikit ke kanan. Membuatkan mereka tersentak. Dan arah yang ditunjukkan oleh jarum itu, langsung tiada pulau. Ia hanya menunjuk ke arah laut kosong.
"Pak cik. Betul ke ni 3rd pieces? Kenapa dia tunjuk dekat laut?" Soal Theo. Dr. Lionel hanya menjungkit bahu.
"Well, that's for you guys to find out." Ujar Dr. Lionel.
"Mungkin 4th pieces ada kat dalam laut?" Soal Ken.
"Hahh!!? Betul ke??" Soal Theo sambil memandang ke arah yang ditunjukkan jarum kompas itu.
"So, kita dah tahu destinasi seterusnya. Macammana kapten?" Soal Xara memandang Theo.
"Okaylah. Tapi, kita masih belum cari kapal baru."
"Betullah. Kita kan nak cari kapal baru dekat sini!" Sahut Ken.
"Kalau kalian perlukan kapal, saya boleh tolong. Lagipun, kalian dah bantu kami. Ini masanya untuk kami balas kembali." Ujar Lord Eishin membuatkan Theo dan Ken bersorak gembira.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...