Ken jatuh terjelepok di atas tanah. Badannya sudah dipenuhi darah. Seekor Dyr berwajah beruk datang mendekatinya dengan mata yang putih. Pedang gergasi di tangan kirinya diangkat tinggi. Lalu dilibaskan ke arah Ken yang masih ditanah. Mata pedang menemui tanah. Habis merekah sehingga pokok-pokok di sekitarnya juga bergerak-gerak disebabkan rekahan itu.
Mujur Ken sempat mengelak. Kalau tidak, mahu putus kepalanya ditebas dek pedang gergasi. Ken pantas melompat lalu menghadiahkan beberapa tendangan pada si beruk itu. Si beruk kelihatan berundur, tetapi kembali mara dan mula melibas-libas pedangnya. Ken mengetap gigi. Serangan makhluk ini benar-benar tiada pengakhiran.
Xavier termengah-mengah menahan serangan dari 2 ekor Dyr sekaligus. Kedua-duanya bersenjatakan lembing dan kapak gergasi. Serangan bertubi-tubi dari lawannya menyebabkan Xavier tidak sempat untuk menyerang. Setakat ini dia cuma mampu menahan. Darah sudah mengalir dari setiap bahagian badannya. Dia cuma perlu bertahan lagi.
"Theo, lama lagi ke?" Gumamnya perlahan.
Xara dan Aigle bekerjasama melawan 6 ekor Dyr sekaligus. Walaupun payah. Mereka tetap tidak mengaku kalah. Aigle tidak berhenti-henti menembak dan mengisi peluru ke dalam senapangnya. Xara pula berkali-kali melancarkan serangan pedangnya. Satu pun dari Dyr itu tidak tercedera.
"Xara! Peluru aku dah habis!!" Jerit Aigle. Serentak dengan itu 2 ekor Dyr datang menyerangnya. Dia menggunakan senapang peninggalan ayah sebagai pertahanan. Xara yang mendengar kata-kata Aigle itu hanya mendiamkan diri. Dia sibuk melawan 4 ekor Dyr yang menyerangnya tanpa henti.
"Tak guna. Kenapa semua lawan aku ni!? Pergilah lawan Ken sekor, dua!!" Jerit Xara dalam kelelahan.
....................................................................
Buku lima milik Izarus melekat pada jasad di dalam kawah. Dia tersengih. Namun, dia gagal mengangkat kembali tangannya ke atas. Senyumannya terus mati. Dahinya berkerut seribu. Dia cuba dan cuba tetapi tetap gagal. Seakan-akan buku limanya itu ditarik dari dalam kawah. Bimbang dengan keadaan itu, Izarus pantas melepaskan tumbukan bertubi-tubi ke dalam kawah menggunakan kedua-dua belah tangan gergasinya. Sehingga kedua-dua belah tangannya dipenuhi darah milik Theo. Milea yang memerhati dari dalam kapal Ibis sudah menangis teresak-esak. Coda yang berdiri di sisinya melihat tidak berkelip.
"Theo.." gumamnya. Tak, dia baru sahaja bertemu dengan rakannya itu, tiba-tiba semua ini berlaku. Theo tak boleh mati macam tu saja. Tapi, selepas apa yang dibuat oleh Izarus, tak mungkin sesiapa sahaja mampu menahannya. Kecuali...
"Canavar.. Canavar!!!!" Jerit Coda.
Tangan milik Izarus sekali lagi dipegangnya. Kelihatan Theo yang sedang berlumuran darah itu tersengih dari dalam kawah. Dia melompat keluar membuatkan Izarus tersentak. Tendangan dilepaskan mengenai tepat ke muka Izarus sehingga lelaki serigala itu tercampak ke belakang melanggar batu-batu di kaki bukit pemisah. Izarus pantas bangkit. Dia termuntah darah pekat sebelum memandang ke arah Theo. Tak mungkin selepas serangannya tadi, lelaki itu masih mampu berdiri. Namun, sangkaannya itu salah. Theo sedang berdiri di hadapannya.
Badannya berlumuran darah dari kepala hingga ke kaki. Tapi, dia langsung tidak kelihatan sakit. Sebaliknya dia hanya tersengih. Dan sengihannya itu agak menakutkan. Badannya turun naik. Matanya.. sebelah kiri anak matanya yang terdapat parut hitam berpusar itu sudah berubah. Anak mata yang sebelum ini berwarna hazel telah berubah menjadi merah. Mata putihnya bertukar hitam pekat. Parut yang sebelum ini hanya berpusar satu, kini sudah memenuhi sekeliling matanya. Badannya juga bertambah sasa. Otot-otot merekah keluar. Sehingga nampak urat-urat biru disebalik kulit. Coda di kapal sudah tersengih. Itu dia.. dia dah keluar.. aura membunuh mengelilingi lelaki itu. Aura hitam yang datangnya dari Canavar.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...