Sebuah kapal kecil berwarna merah kelihatan berlayar perlahan memasuki sebuah kawasan berkabus. Semakin mereka ke depan semakin tebal kabus yang membaluti. Sudah 2 hari berlalu sejak mereka meninggalkan pulau kanibal itu. Dan sekarang, bayang pulau pun mereka masih belum nampak.
Kabus semakin menebal. Laut pun hanya kelihatan samar-samar sahaja.
"Tebalnya kabus.." ujar Aigle.
"Aku tak nampak apa-apa." Ujar Ken pula.
"Mana pulau alexander ni?" Soal Theo sambil berpaut pada kepala burung di hadapan kapal mereka. Tangan diletakkan ke dahi sambil matanya melilau memandang sekeliling.
"Kita dah nak sampai ke?" Soal Ken pula sambil memandang Xara. Dan gadis itu hanya menjungkit bahu.
"Apa tu?" Soal Xavier sambil menunding jari ke arah hadapan kapal mereka. Semua mata memerhati ke arah yang sama. Di dalam celah-celah kabus yang menebal itu, kelihatan samar-samar satu bayang yang agak besar. Dan bayang-bayang itu semakin membesar saat mereka semakin mendekati.
"A-apa tu?" Soal Xara.
"Nampak macam.. bangkai kapal.." ujar Xavier. Memang betul. Bayang-bayang tersebut mula menampakkan rupa. Ianya adalah bangkai sebuah kapal yang tersadai pada pesisiran sebuah pulau. Dan pulau tersebut juga sudah menunjukkan wajahnya. Kabus perlahan-lahan menghilang.
Pulau tersebut besar. Tersangat-sangat besar. Dan disekelilingnya terdapat bangkai-bangkai kapal yang tersadai tanpa tuan. Seperti kapal berhantu.
"Aku rasa tak sedap hatilah dengan pulau ni." Ujar Aigle sambil menggosok-gosok bahunya perlahan.
"Kita dah sampai ke?" Soal Ken. Xara membuka kompas lagenda di tangannya. Jarum kompas menunjuk ke arah pulau tersebut.
"Hmm.. aku yakin.. nilah Alexander Isle." Kapal mereka menghampiri pulau berkabus itu lalu berlabuh di persisiran pantai. Sauh dijatuhkan bagi mengelakkan kapal mereka dari hanyut ke tengah laut dipukul ombak. Lebih-lebih lagi air tengah pasang pada waktu itu. Seorang demi seorang melompat turun dari kapal.
"Tak apa ke kita tinggal Ibis kat sini?" Soal Aigle sambil memandang ke arah bangkai-bangkai kapal di kiri dan kanan Ibis.
"Tak apa... lepas kita dapat 7th pieces, kita tinggalkan tempat ni cepat-cepat." Ujar Xara pula. Gadis berambut pendek itu hanya mengangguk perlahan.
Theo mengetuai kumpulan tersebut dengan berjalan paling hadapan. Lelaki itu hanya memandang ke sekeliling hutan tersebut. Pulau itu hanyalah sebuah hutan yang besar dan tebal. Langsung tiada kampung walaupun hanya kampung kecil. Yang terdapat di situ hanyalah haiwan-haiwan liar yang lari bertempiaran saat melihat mereka.
"Apa kita nak cari kat sini?" Soal Theo.
"Tak ada apa-apa pun.." sambungnya lagi.
"Kita nak cari 7th pieces, Theo.." ujar Xara.
"Tapi tak ada apa-apa pun kat sini. Mana kita nak cari 7th pieces?" Soal Ken. Mereka hanya berjalan tanpa arah tujuan. Dan mereka sudah semakin jauh ke dalam hutan.
.................................................................
Budak kecil itu berlari laju. Meredah semak samun dan hutan tebal yang sememangnya dia sudah terbiasa dengannya. Di tangannya sedang memeluk beberapa kuntum bunga berwarna kuning yang masih tidak bercerai dengan tangkai dan daunnya. Wajahnya kelihatan ceria. Dia harap, kali ni dia menemukan bunga yang betul. Kalau tak, dia perlu cari lagi. Dan belajar lagi.
Angan-angannya berkecai sebaik sahaja dia terlanggar seseorang di hadapan. Habis bunga-bunganya jatuh ke tanah. Pantas dikutip bunga-bunga itu tanpa melihat siapakah gerangannya yang telah dia langgar sebentar tadi.
Sepasang tangan kasar mengutip bunga-bunga itu lalu diserahkan kepada budak itu. Dia mencangkung sambil tersenyum. Budak perempuan itu tersentak melihat seorang manusia sedang mencangkung di hadapannya. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang.
"Dik.. kau jangan takut macam tu sekali. Abang bukan orang jahat." Ujar Ken sambil tersenyum dengan tangannya masih menghulurkan 2 kuntum bunga kepada kanak-kanak itu.
"Dik! Kampung kau kat mana?!" Soal Theo yang tiba-tiba sudah mencangkung betul-betul di sisi budak itu membuatkan dia menjerit terkejut. Pantas dia bangkit lalu melarikan diri dari situ.
Xara yang sudah geram itu terus memukul kuat kepala Theo.
"Kenapa kau takutkan budak tu!? Tahu tak betapa susahnya kita nak jumpa orang kat dalam hutan ni!?" Marah si gadis genit itu. Ken hanya ketawa melihat Theo dimarahi Xara.
"Tapi, kau tak nampak ke? Budak tu tak macam orang pun." Ujar Xavier. Mereka berlima memandang ke arah laluan yang dilalui budak perempuan tadi. Aigle di sisi Xavier sudah menelan air liurnya.
"Kalau bukan orang, apa lagi?" Soal gadis itu.
"Jom cepat! Kita kena ikut dia!" Ujar Theo lalu berlari ke arah itu tanpa menunggu kata putus dari rakan-rakannya. Jadi, nak tak nak terpaksalah mereka ikutkan saja si kapten mereka itu. Mereka mengekori budak perempuan tersebut hinggalah ke sebuah pesisir pantai yang agak pelik. Dan yang pasti, mereka masih di tengah-tengah pulau.
Ianya adalah pantai, tetapi ia dikelilingi oleh hutan belantara. Bentuk pantai itu bulat. Ada ombak. Tetapi di tengah-tengahnya kelihatan seakan-akan sebuah air terjun yang tidak diketahui puncanya. Air yang biru itu kelihatan mengalir jatuh di dalam sebuah lubang yang terbentuk di tengah-tengah tempat itu.
Dari sebalik pokok-pokok di dalam hutan mereka memerhatikan budak itu. Budak perempuan yang wujudnya tidak seperti manusia. Kulitnya berwarna sedikit kemerahan. Telinganya capang bercabang tiga. Di lehernya terdapat insang seperti ikan. Namun, wajahnya masih seperti manusia. Ada tangan dan juga kaki.
"Budak tu ikan duyung ke?" Bisik Theo.
"Tapi dia tak ada ekor." Ujar Aigle sambil memandang kaki budak perempuan tersebut yang tidak beralas itu.
"Apa dia buat kat sini? Mana kampung dia?" Soal Xara.
"Mungkin dia spesis tarzan kot!" Teka Theo dan mendapat ketukan di kepalanya oleh Xara.
Terdengar sahaja suara yang datangnya entah dari mana itu membuatkan budak perempuan itu terkejut. Dia berpaling ke belakang lalu memerhatikan sekeliling. Dalam ketakutan itu dia terus terjun ke dalam lubang air terjun berbentuk bulat tersebut lalu menghilang.
5 sahabat itu keluar dari tempat persembunyian lalu bergegas ke arah pantai yang aneh tersebut.
"Kenapa dia terjun dalam tu!?" Soal Aigle. Theo mendekati bulatan air laut tersebut. Dengan wajah yang serius dia bersuara.
"Kita ikut dia.."
"Kau dah gila, Theo!? Kita mana ada rumpai laut Pearl lagi. Macammana kita nak bernafas dalam air!?" Soal Xara.
"Aku tak peduli! Aku nak masuk dalam tu!" Tanpa berlengah lagi, lelaki itu terus terjun ke dalam lubang yang sama. Belum sempat ditegah oleh rakan-rakannya.
"Theo! Suka sangat buat keputusan terburu-buru!" Marah Xara.
"Apa boleh buat. Salah kita jugak yang ikut kapten macam dia tu." Ujar Xavier lalu turut sama terjun. Ken hanya ketawa sebelum mengekori Xavier. Xara dan Aigle berpandangan. Masing-masing mengeluh berat lalu terjun ke dalam lubang air terjun itu. Dan terus menghilang di sebalik air laut yang mengalir laju tanpa henti.
...................................................................
Alexander Isle. Second idea from fyiass .. thanks for the great idea 😉 I'll try my best to make it a good one. And sorry guys for the late update. It's just, I'm not feeling really well lately. 🤒
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasiaSatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...