part 46

2.4K 247 2
                                    

"So, what's with this Sea God?" Soal Xara ingin tahu. Setelah mendengar cerita dari Theo dan Coda yang pulang ke rumah tumpangan mereka bersama 2 orang asing itu, mereka menjadi ingin tahu mengenai Dewa Laut yang penduduk Liberie takutkan.

"Takkanlah hanya sebab ombak besar tu, diorang terus percayakan semua tu?" Soal Ken pula.

"Betul tu!" Balas Aigle pula.

"Sebenarnya..." Milea memandang Coda. Coda hanya mengangguk perlahan. Menyuruh Milea menyambung ceritanya.

"Selepas ombak besar melanda pulau ni, datang sekumpulan lanun, yang penduduk ni sendiri tak tahu dari mana asal usul mereka. Mereka ramai. Dan langsung tidak menyerupai manusia."

"Maksud kau?" Soal Xavier.

"Aku tak tahu. Ini cerita dari penduduk kampung ni. Tak ada yang boleh gambarkan bagaimana rupa mereka." Jelas milea.

"Lepas tu.. apa jadi?" Soal Ken.

"Diorang datang dan mula memporak perandakan bandar ni. Korang bayangkanlah. Bandar ni baru sahaja dilanda ombak besar, ditambah pula dengan kekacauan dari lanun-lanun tu. Diorang cakap, Dewa Laut yang menghantar mereka untuk menghukum penduduk Liberie. Kerana sudah melanggar pantang larang." Jelas Milea lagi.

"Teruknya." Ujar Xara.

"Sebab itulah, sampai sekarang Liberie percaya yang penduduk yang lahir dari Liberie, tidak boleh jatuh cinta dengan orang luar. Aku sendiri pun, diorang masih susah nak terima aku tinggal kat sini sampai sekarang. Diorang takut, kalau-kalau Dewa Laut hantar lanun-lanun tu lagi." Ujar Coda pula. Menyokong cerita Milea.

"Aku tahu dan aku masih berani nak jatuh cinta pada Milea." Peter bersuara. Dia dan Milea berpandangan. Pantas tangan Peter diraih oleh Milea.

"Maafkan aku, Milea." Milea hanya menggeleng perlahan.

"Ini semua mengarut!" Jerit Xara tiba-tiba.

"What's wrong with falling in love? Love is such a pure thing! Jangan biarkan kepercayaan karut tu buatkan korang lupakan kesucian cinta ni!" Betul marah nampaknya gadis itu.

"Aku nak jumpa dengan diorang." Ujar Theo.

"Siapa?" Soal Aigle.

"Dewa laut dan lanun-lanunya." Kata-kata Theo membuatkan Milea dan Peter berpandangan.

"Diorang tu dewa, Theo." Ujar Milea.

"Aku pun!" Sahut Ken dan Aigle.

"Mestilah! Aku nak belasah diorang cukup-cukup!" Xara sudah mengeluarkan pedangnya dari sarung. Xavier hanya ketawa perlahan.

"Korang? Coda?" Milea memandang Coda yang sedang tersengih itu.

"Aku tahu mana nak cari diorang." Ujar Coda membuatkan Milea terus berdiri.

"Coda!!" Coda ketawa perlahan.

"Kau jangan risaulah, Milea. Kalau ada orang yang boleh hentikan yang kononnya dewa laut tu, Theolah orangnya. Kau tak kenal Theo macam yang aku kenal. And Theo will never search for weaklings as his comrades." Ujar Coda membuatkan Theo dan rakan-rakannya tersengih bangga.

"Tapi.. this is God we're talking about. Not a mere human." Ujar Peter pula.

"Hey, Peter! Milea! Listen to me. There are no god! Dewa laut tu tak wujud!" Ujar Coda dengan yakin sekali. Milea dan Peter hanya berpandangan. Tiada yang tahu betapa risaunya mereka.

"So, where are they?" Soal Xavier.

"There's another side of this island. Tak ada yang pernah berani untuk ke sana. Sebab tempat tu didiami oleh pelbagai jenis raksasa laut." Jelas Coda.

"Raksasa laut? Kenapa kat sini tak ada pun? Lagipun pulau ni tak adalah besar sangat." Soal Aigle.

"Pulau ni terbahagi kepada 2 laut. Seperti yang korang tahu, pulau ni adalah sempadan Euloth. Laut di sebelah sini adalah laut Azurea. Dan laut di sebelah sana adalah laut Euloth. Dan laut Euloth memang dipenuhi raksasa laut. Tetapi, raksasa-raksasa tu tak akan pernah ke sini sebab laut sini tak sesuai dengan mereka. Laut tu kitorang panggil sebagai Terror Line." Jelas Coda lagi.

"Jadi, diorang ada kat sana?" Soal Theo. Coda mengangguk perlahan.

"Tapi, sejak diorang datang untuk kucar-kacirkan Liberie dulu, diorang dah tak datang lagi ke sini. Jadi, kitorang tak pasti sama ada diorang masih kat situ ataupun tak. Sebab semua ni dah lama berlaku. Dah berdekad dulu." Ujar Milea.

"Well, there's just one way to find out." Ujar Xara.

...................................................................

Sorry guys sis lambat update. Nak buat macammana. Kerja sis tak mengizinkan. Macam nilah nak cari sesuap nasi kan. Huhuhu. Tapi jangan risau, sis akan tetap cari masa untuk update. So, harap korang boleh bersabar dejlngan sis ya.......

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now