part 2

4.9K 401 3
                                    

Diego meluru ke arah Theo. Pedang dihalakan ke hadapan namun Theo sempat mengelak. Habis pedang milik Diego merempuh rak-rak gelas di hujung bar membuatkan Sam berdengus.

"Damn it Theo! I told you to take it outside!" Theo tersengih.

"My bad!" Pantas dia berlari keluar dari bar milik Sam. Diego mengejarnya dari belakang. Tch! Diego.. A really famous bounty hunter. Sudah banyak kali dia cuba menangkap Theo. Tapi hakikatnya, Theo lebih kuat darinya.

"Atlas!" Pedang dihayunkan mengenai bahu Theo. Darah mengalir keluar bagaikan air. Tetapi Theo hanya tersengih dalam kesakitan. Perlahan-lahan luka kelaran mula pulih. Diego berdengus.

"Ilmu apa yang kau pakai hah?! Kau ahli sihir eh?" Soal Diego. Mana tidaknya, setiap kali dia cuba mencederakan lelaki itu, pasti kecederaannya kembali pulih seperti tiada apa-apa yang berlaku. Theo tersengih. Dia melompat ke atas sebuah pagar batu lalu duduk mencangkung di atas pagar itu.

"Kau kata nak tangkap aku.. Marilah.." Diego mengetap giginya. Pedang dihayunkan ke arah Theo tanpa henti. Tapi, kaki Theo lebih pantas. Dengan sekali tendang sahaja, Diego tercampak merempuh sebuah kedai buah-buahan. Peniaga di situ mula meradang marah. Badan Diego dipukul-pukul dengan buah-buahannya. Theo tersengih sebelum berlari ke arah bar Sam. Beg kulitnya dicapai. 2 keping syiling emas diletakkan di atas bar.

"Theo! Kau nak ke mana?" Soal Sam.

"Jumpa lagi Sam!" Jerit Theo sebelum dia menghilangkan diri ke dalam kesibukan pekan itu. Sam hanya menggeleng perlahan sambil menggenggam syiling emas ditangannya.

……………………………………………

"Apa kita nak buat sekarang, Shin? Mereka dah tangkap semua orang! The villagers.. Our family!" Gadis itu terduduk di atas sebiji batu besar yang tertanam di atas tanah. Air mata diseka perlahan.

"Kalau saja kita ada kat sini waktu semua tu jadi.. Hmm" ujar lelaki di sisinya.

"Jangan mengarut, Shin! Walaupun kita ada kat sini kita tetap tak boleh lawan mereka! Kau sendiri tahu kan betapa kuatnya mereka!" Ujar Sofea.

"Tch! Aku peduli apa! Sudah 3 tahun mereka menyeksa kampung kita! We need to stop them!" Shin menumbuk batu.

"But we can't do it alone."

"Habis tu? Siapa lagi yang boleh tolong kita, Sofea?"

"Tadi di pekan.. Aku jumpa ni.. Maybe he can help us.." Sofea mengeluarkan sehelai kertas berwarna coklat cair dari beg silangnya.

"Wanted poster? Seriously Sofea? Dia ni pencuri kot! Takkanlah dia nak tolong kita!"

"Belum cuba belum tahu, Shin. Look at his bounty.. 30k coins.. 30k kot.. He must be a very strong guy!"

"Fine! Tapi kalau dia tak nak tolong kita, kita pergi selamatkan mereka sendiri. Got it?" Shin melangkah meninggalkan tempat itu. Sofea tersengih memandang abang kembarnya lalu berlari ke arah lelaki itu.

"Ok deal!"

Mereka berjalan-jalan di sekitar Pekan Alvina. Sebuah pekan yang terletak tidak jauh dari kampung mereka. Pekan itu kedengaran riuh dengan suara seorang wanita sedang memaki hamun seorang lelaki. Warga pekan lain hanya ketawa melihat mereka. Dari tempat mereka, mereka dapat lihat gerai buah-buahan wanita itu habis musnah. Buah-buahan bertaburan di atas tanah.

"Kenapa tu?" Soal Sofea.

"Pedulikan.. Kita tanya kat sini." Shin melangkah masuk ke dalam sebuah bar berdekatan dengan huru-hara itu.

"Hai. How can I help you?" Soal seorang lelaki tersenyum memandangnya. Shin mengambil tempat di bar.

"We're looking for this man. Do you know him?" Shin meletakkan sehelai wanted poster di atas meja. Lelaki itu memandangnya aneh.

"Are you a bounty hunter boy? Kalau betul, abang cadangkan kau batalkan saja niat kau.."

"Kenapa abang cakap macam tu?" Soal Sofea seraya mengambil tempat di sisi abangnya.

"Theo is a great man. He's not just an ordinary thief. He's a warrior. A fighter. No one ever beats him. So, kalau kau nak tangkap dia, you'll end up just like that guy." Lelaki itu menunding ke arah lelaki yang sedang membantu mak cik membetulkan gerai buah-buahannya yang roboh tadi. Dipaksa sebenarnya.

"Kami bukan bounty hunter. Kami perlukan bantuan dari dia. Do you know where we can find him?" Soal Sofea.

"He just left. A few minutes ago. Kalian terlewat beberapa minit je.." Terus Shin dan Sofea berdiri dari kerusi.

"Dia pergi arah mana?" Soal Shin.

"Kanan." Belum sempat Sam berkata apa-apa, dua beradik itu sudah pun berlari meninggalkan barnya.

"Teenagers.. " sam menggeleng perlahan sambil mengelap gelas-gelas kaca miliknya. Habis bersinar semuanya.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now