Lily berenang ke arah sebuah kapal kecil berwarna merah yang terbiar di tebing sungai. Sauh sudah dilabuhkan dan layar sudah dinaikkan dan diikat kemas.
"Ibis!" Theo pantas melompat turun dari cengkerang Lily lalu berlari ke arah Jackdaw Ibis. Dia tersenyum riang. Akhirnya, jumpa juga dia dengan kawan-kawannya. Dia melompat ke deck kapal.
"Ken!! Xav!!" Jeritnya sambil berlari masuk ke dalam kabin.
"Xara! Aigle!! Mana korang?" Dia memandang ke kiri dan kanan. Mencari-cari di mana rakan-rakannya. Akhirnya dia keluar semula.
"Coda!! Peter!!" Theo berdiri di tengah-tengah deck yang kosong tanpa penghuni. Dia bersilang tangan. Dahinya berkerut seribu.
"Mana semua orang?" Gumamnya perlahan. Sebaik memastikan tiada sesiapa di dalam kapalnya, dia melompat turun ke darat.
"Lily.. kawan-kawan aku dah hilang!" Ujarnya pada si penyu.
"Kau tahu mana jalan ke rumah orang tua tu? Aku rasa diorang kat sana." Lily mengangguk-angguk sebelum menghalakan kepalanya ke dalam hutan. Theo memandang ke arah yang ditunjukkan Lily.
"Baiklah. Terima kasih dah hantar aku ke sini. Aku pergi dulu." Theo tersenyum sambil menggosok-gosok kepala si penyu besar itu. Lily juga turut sama tersenyum sampai sepet kedua-dua belah matanya. Theo pantas berlari masuk ke dalam hutan. Dari pokok-pokok bakau yang tumbuh meninggi hinggalah ke hutan belantara yang tebal. Semak samun semua diredahnya. Di dalam kepalanya cuma satu, tidak sabar untuk bertemu dengan dewa laut yang ditakuti penduduk Liberie itu.
....................................................................
"Peter!!" Jerit Aigle, Ken dan Xara. Coda dan Xavier hanya memandang Izarus tajam. Kalaulah mereka boleh bergerak sekarang ini, sudah pasti makhluk hodoh itu dibelasah sampai kering. Izarus ketawa kuat sebelum memakai kembali topengnya.
"Lembik. Ada hati nak halau aku dari sini! Sini tempat aku! Sudah 30 tahun aku di sini! Siapa kau nak aku pergi?!" Jerkah Izarus. Izarus berjalan kembali ke singgahsananya.
"Buang masa aku saja." Ujarnya lagi.
"Peter! Peter! Kau ok tak?! Peter!!" Jerit Xara ke arah sekujur tubuh yang masih tidak bergerak di atas lantai. Tsk! Kalau bukan disebabkan badannya dilumpuhkan, sudah pasti si syaitan Izarus itu dibelasahnya cukup-cukup!
"Hahahah! Terbaiklah kapten. Kapten nak aku bawa mereka ke dapur sekarang?" Soal salah satu makhluk bertopeng. Belum sempat Izarus membalas, matanya terpacak pada lelaki yang dibelasahbya tadi. Badan Peter kelihatan bergerak-gerak. Perlahan-lahan dia bangkit dengan tangan yang masih berikat ke belakang. Darah mengalir di birai bibirnya tanpa henti. Yang anehnya, badannya sudah mampu bergerak. Tidak lagi lumpuh seperti sebelum ini. Dia memandang Izarus tajam.
"Aku.. akan buat.. apa sahaja.. untuk Milea! And that includes forcing you out of Liberie! Even if I'll die!!" Ujarnya dalam keadaan termengah-mengah.
"Peter." Gumam Xara. Ken di sebelahnya cuba bangkit. Walaupun payah, dia berjaya.
"Aku dah boleh bergerak!" Ujarnya teruja. Melihat keadaan Ken, rakan-rakannya yang lain turut sama berdiri. Dengan sekali rentap, tali yang mengikat tangan mereka bercerai. Mungkin, kesan racun sudah hilang. Membuatkan badan mereka mampu bergerak.
Makhluk-makhluk berkerudung kelihatan tenang sahaja walaupun mangsa-mangsa mereka sudah mampu untuk bergerak dan tidak lumpuh lagi. Izarus hanya memandang mereka sambil menongkat dagu. Xara pantas berlari ke arah Peter dan ikatan tangannya dibuka. Tanpa berlengah lagi Ken pantas meluru ke arah Izarus lalu melompat tinggi sambil menghalakan buku limanya ke arah makhluk yang 4 kali ganda lebih besar berbandingnya itu. Buku limanya tidak berjaya sampai ke destinasi, sebaliknya dia terhenti di awangan. Izarus masih lagi menongkat dagu. Kedengaran ketawa-ketawa kecil dan sinis dari pengikutnya.
"Ken!!" Jerit Aigle. Xavier dan Coda juga tersentak. Begitu juga Xara dan Peter. Masing-masing memandang ke arah Ken yang sedang terapung-apung di udara. Tiba-tiba, Ken terbang ke arah mereka. Dia berdiri tegak. Matanya berwarna putih keseluruhannya.
"Ken.. kau ok tak?" Soal Coda. Ken hanya mendiamkan diri.
"Ken.. you're acting strange.." ujar Aigle.
"Kill them." Izarus bersuara garau. Seperti lembu dicucuk hidung, ken menurut. Dia melompat ke arah Coda, Xavier dan Aigle sebelum melepaskan tumbukan yang mampu memecahkan lantai sebaik sahaja 3 rakannya mengelak.
"Oi, Ken!! Apa kau buat ni?!" Soal Xavier.
"Ken!! Snap out of it!!" Jerit Aigle. Lelaki itu masih berdiam diri dan terus menerus menyerang mereka. Tendangan dari Ken dihalang oleh kaki milik Coda. Dan pertembungan antara dua kaki itu menyebabkan lantai di bawah mereka berlekuk. Wajah ken seperti tiada perasaan. Dia dan Coda berbalas serangan. Xavier dan Xara mengambil kesempatan itu untuk menyerang Izarus. Walaupun dengan tangan kosong, mereka tetap handal bertarung. Namun, serangan mereka dihalang oleh pengikut-pengikut Izarus. Masing-masing sudahpun mencabut kerudung dan topeng mereka. Menyerlahkan wajah-wajah mereka yang bukan manusia.
Ada yang mempunyai tanduk, ada yang berwajah binatang, ada yang bertaring dan bermacam-macam lagi. Dan kesemuanya mempunyai warna kulit yang berbeza. Salah satu makhluk yang bertanduk dua di pipi dan bertangan 4 menyerang Xavier sehingga lelaki itu terdorong ke belakang. Manakala Xara pula dihalang oleh seekor makhluk berkepala 2 yang mempunyai wajah mirip seekor khinzir.
Bukan mereka sahaja, Peter dan Aigle juga kini sedang dikepung oleh mereka-mereka yang berwajah aneh dan buruk itu. Sedangkan Coda dan Ken masih berbalas serangan. Mereka tahu yang peluang untuk mereka menang agak tipis kali ini. Bertempur tanpa senjata mereka, itu yang lebih menyusahkan. Tapi, walau apa pun yang berlaku, mereka tak boleh mati di sini. 4 benua lain masih menunggu mereka. Urre Gold masih tiada yang berjaya menemukannya.
"Kita tak boleh mati kat sini." Bisik Xavier perlahan.
"Theo.. where are you?" Gumam Aigle dengan badan yang menggigil ketakutan.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantezieSatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...