"Ibu.. ni saya dah jumpa! Golden Lily!!" Jerit budak perempuan itu sambil berlari ke dalam rumah batu berlumut kecil. Dia menuju ke arah seorang wanita tua yang wujudnya sama seperti dia sedang terbaring lesu di atas sebuah katil batu yang dialaskan sehelai kain berwarna hijau. Wanita itu bangkit perlahan-lahan lalu memandang anaknya.
"Ibu.. ini dia.. golden Lily!" Si wanita tua itu tersenyum sebelum menggeleng perlahan.
"Maafkan ibu.. maafkan ibu.." wanita itu mula menangis teresak-esak. Wajahnya yang sembab itu kemerah-merahan dipenuhi linangan air mata. Dia pantas menarik si anak ke dalam pelukan.
"Ibu.. kenapa ni.. jangan risau.. saya buatkan air dengan bunga ni. Nanti ibu akan sembuh!" Ujar budak itu sambil tersengih. Wanita itu melepaskan pelukan.
"Maafkan ibu, sayang.. tapi... ini bukan Golden Lily.." mendengar sahaja kata-kata ibunya, wajah si anak mula muram. Perlahan-lahan dia berundur ke belakang.
"T-tapi.. s-saya yakin! Ini golden lily!!" Wanita itu bangkit perlahan lalu melutut di hadapan anaknya yang bru berusia 10 tahun itu. Bahu anaknya dipegang kemas.
"Laura.. ini bukan golden lily. Maafkan ibu.. sudahlah.. kamu jangan naik ke darat lagi, sayang. Kamu tahu kan, apa yang akan jadi kalau mereka tahu.. sudahlah, Laura.. ibu tak mahu kehilangan kamu juga." Ujar Wanita itu diselang-selikan esakan tangisan.
Laura membatukan diri. Bunga berwarna kuning yang telah basah dan layu di tangan kanannya dibiarkan jatuh ke lantai batu. Tangan ibunya ditepis perlahan lalu dia berlari keluar dari rumah kecil itu. Wanita tersebut hanya merenung sayu bunga yang sudah bercerai kelopaknya di atas lantai.
.....................................................................
"Err.. Hai?" Soal Theo kepada beberapa orang lelaki berbadan tegap yang sedang berdiri di hadapan mereka dengan wajah yang bengis. Masing-masing merenung tajam ke arah mereka. Lelaki-lelaki itu berwajah manusia, cuma warna kulitnya agak berbeza. Berwarna hijau kebiruan. Bertelinga capang bercabang 3 dan mempunyai insang di lehernya. Agak berbeza dari puak duyung yang mereka jumpa baru-baru ini.
Salah seorang lelaki yang pakaiannya agak berbeza dari yang lain maju ke hadapan. Betul-betul di hadapan Theo.
"Macammana kalian boleh masuk ke sini?" Soal lelaki itu dengan nada suara yang lantang dan keras.
"Dari arah sana." Theo menunding ibu jarinya ke belakang dengan matanya masih memandang lelaki itu. Lelaki itu berkerut dahi. Dia berpusing lalu berjalan membelakangi 5 sahabat itu sebelum bersuara.
"Bawa mereka kepada Ballad!" Dengan arahan itu, lelaki-lelaki lain mula merapati Theo dan rakan-rakan sebelum tangan mereka dikunci ke belakang.
"Hei! Hei! Apa ni?!" Soal Ken.
"Jangan lawan Ken. Kita ikut saja diorang. Aku nak jumpa ketua dia.. ada benda aku nak tanya." Ujar Theo. Ken tiada pilihan lain selain mengalah sahaja. Mereka ditangkap dan dibawa pergi dari pekan itu dihadapan semua penduduk-penduduk yang memerhatikan mereka sejak tadi lagi.
Dari celah-celahan penduduk, kelihatan Laura sedang memerhatikan mereka dengan air muka yang bersalah. Iyalah, dia yang menyebabkan mereka berada di sini sekarang. Kalau bukan sebab dia, mereka tak akan di bawa pergi berjumpa Ballad. Dan manusia yang dibawa berjumpa Ballad hanya mempunyai satu maksud sahaja. Dan ianya sama seperti apa yang dah terjadi pada manusia-manusia lain yang pernah sampai ke sini.
"Ini tak boleh jadi. Aku kena buat sesuatu." Gumam budak perempuan itu lalu berlari ke arah sama yang dilalui 5 sahabat itu tadi.
.....................................................................
Mereka di heret ke sebuah rumah batu yang agak besar. Ianya terletak di atas sebuah bukit berbentuk cendawan. Untuk naik ke atas mereka perlu mendaki 200 anak tangga yang berada di sisi bukit. Rumah itu besar. Seperti sebuah istana yang bentuknya bulat-bulat dan berlumut hijau.
Lelaki-lelaki berkulit hijau kebiruan itu menolak 5 sahabat masuk ke dalam istana batu. Terus ke hadapan seorang lelaki berbadan besar sebesar gergasi yang sedang duduk di atas takhta miliknya. Mungkin, dialah raja pulau ini. Agaknyalah.. Kan? 5 sahabat itu berpandangan sesama sendiri.
"Hei, Atlas.." panggil Canavar.
"Aku suka dia.." sambung makhluk itu lagi sambil tersengih menampakkan barisan giginya yang dipenuhi taring. Theo berdengus perlahan. Canavar suka, maknanya lelaki gergasi berkulit biru itu bukan calang-calang makhluk.
.......................................................................
You know why I love writing so much? It's because of you guys lah. Sy suka sangat dengan reaksi korang bila korang baca cite ni. N buatkan sy semangat gile nk terus sambung n sambung. Thanks semua.. keep supporting me and I'll try my best not to let you guys down.. 😘😘😘
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...