part 122

2K 226 14
                                    

"Kau ni siapa pula?" Soal Ken memandang lelaki yang berpakaian lusuh berwarna coklat yang sedang berdiri di hadapannya. Di matanya tersarung sepasang kaca mata hitam. Rambutnya panjang diikat ekor kuda. Di belakangnya diikat kemas selaras senapang yang sangat besar.

"Aku dah cakapkan.. aku Cordell.. a sharpshooter." Balas lelaki itu.

"Ya, kitorang tahu kau Cordell.. tapi siapa kau.. dan kenapa kau cari Theo?" Soal Xara.

"Oh.. ikut aku.." cordell terus berjalan melepasi mereka ke arah pekan Gayst. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengekori Cordell dari belakang. Pekan Gayst yang hanya beberapa minit lalu masih lagi lengang tanpa manusia, kini sudah dipenuhi para peniaga yang mula membuka gerai masing-masing.

Proses jual beli berjalan seperti biasa. Seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini. Sepertinya mereka sudah terbiasa dengan kejadian yang berlaku tadi.

Mereka membontoti Cordell ke arah sebuah bangunan berwarna jingga yang terletak di hujung pekan Gayst. Terdapat beberapa pemuda sedang berkumpul di hadapan bangunan itu. Sebaik mereka melintasi para pemuda itu, mereka diperhatikan dengan reaksi yang sukar untuk ditafsirkan. Cordell membuka pintu kayu yang menghubungkan bahagian luar dan dalam bangunan tersebut. Dan para pemuda tadi mengekori mereka sebaik mereka mula melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

"Kita buat apa kat sini?" Soal Xara.

"Mari aku kenalkan.. ini Wadham.. ketua Pulau Gayst." Ujar Cordell sambil memandang ke arah seorang lelaki berkemeja putih di hadapannya. Lelaki berkaca mata itu tersenyum memandang 6 sahabat itu.

Tangan dihulurkan ke arah Theo.

"Gembira dapat berjumpa dengan kau, Theo Atlas." Theo kelihatan teragak-agak. Matanya memandang wajah dan tangan lelaki itu silih berganti sebelum jabat salamnya disambut.

"Kenapa kau nak jumpa aku?" Soal Theo tanpa berbasa basi lagi. Wadham ketawa perlahan.

"Kau memang tak nak melengahkan masa lagi ya.. baiklah.. aku berterus terang sahaja. Aku nampak apa yang terjadi tadi. Kau boleh dengar The Moaning Beauty?" Soal Wadham.

"Nampaknya macam tulah.." balas Theo.

"Tapi, boleh kitorang tahu.. siapa perempuan tu?" Soal Xara. Wadham mengeluh perlahan.

"Cerita ni.. bermula lama dulu.. lama.. sebelum tercetusnya perang antara 5 benua lagi.. ianya adalah kesan daripada perang yang telah memecahkan 5 benua kita. Kesan daripada perbalahan 5 pasukan pertahanan dunia. Kesan daripada perbalahan yang sampai sekarang kita masih belum tahu puncanya." Ujar Wadham. Memulakan ceritanya. Cerita yang dia dengar dari ayah dan datuknya.

Berdekad yang lalu, 5 benua masih hidup aman tanpa peperangan. Bahkan, kewujudan Urre Gold juga masih belum diketahui umum. Terdapat seorang gadis, bernama Alura. Di pulau yang bernama Gayst Island. Alura seorang gadis yang sangat disegani seluruh penduduk. Dia baik. Rajin. Cantik. Dan dia jatuh cinta. Pada seorang lelaki dari Benua Metafierra. Ervin namanya. Seorang pedagang. Yang sering datang ke Gayst untuk berdagang. Mereka jatuh cinta. Dan berkahwin di sini. Namun, disebabkan tugas, Ervin terpaksa berulang alik dari Euloth ke Metafierra.

Beberapa tahun kemudian, dunia dikejutkan dengan perang yang tiba-tiba sahaja tercetus di antara 5 benua. Membuatkan pintu setiap benua ditutup dan dijaga rapi oleh 5 pasukan pertahanan benua. Dan disebabkan itu, Alura dan Ervin terpisah. Pada awal peperangan, pintu masuk 5 benua langsung tidak dibuka untuk penduduk dari benua lain untuk memasuki mana-mana benua sesuka hati. Disebabkan itulah, mereka tidak dapat berjumpa. Berpuluh tahun lamanya. Sehinggalah Alura dijumpai mati. Tanpa ada yang tahu penyebabnya. Dan Ervin. Sampai sekarang masih tiada yang tahu apa yang telah terjadi padanya.

Sejak itulah, wujudnya The Moaning Beauty. Mengacau penduduk Gayst Island sampailah ke hari ini.

"Sudah ramai yang menjadi mangsanya. Dan apa yang kami perasan, dia hanya menyerang dan mencabut nyawa mereka yang takut padanya. Kami tak tahu apa yang dia mahukan. Sehinggalah kami tahu yang kau mampu mendengar suaranya." Ujar Wadham.

Keith terlopong mendengar cerita dari ketua Pulau Gayst. Sungguhpun dia begitu berminat dengan cerita The Moaning Beauty. Baru hari ini dia mengetahu cerita disebaliknya.

"Tapi, kenapa dia menyerang penduduk pulau ni?" Soal Xara.

"Itu yang kami nak tahu..  Yang kami dapat tahu, dia lemah pada bunga debu putih. Peluru dari bunga itulah yang ditembak Cordell tadi. Theo Atlas.. cuma kau yang yang boleh membantu kami. Tolong hentikan dia dari terus mencari mangsa." Rayu Wadham. Sesungguhnya, dia sendiri tidak tahu bagaimana lagi mereka harus menangani masalah ini.

"Baiklah.. aku tolong.. tapi dengan satu syarat." Ujar Theo.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now