part 6

4K 343 1
                                    

Dari balik pokok-pokok yang tumbuh meninggi di Belukar Induk kelihatan beberapa pasang mata sedang memerhatikan sebuah kapal lanun yang tersadai di pesisiran pantai. Dan di sisi kapal itu terbinanya jambatan kayu yang menghala ke sebuah bukit batu. Di sekitar bukit itu juga terdapat binaan-binaan kayu mengelilinginya. Dari tempat mereka, mereka dapat melihat 3 orang lelaki berpakaian agak kotor sedang berkawal di hadapan sebuah pintu gua.

"Move.." Arah Theo. Mereka yang lain mengangguk lalu menyusup keluar dari tempat persembunyian. Theo, Ken dan Xavier berlari ke arah kapal lanun manakala Xara, Shin dan Sofea ke arah gua batu.

Lanun-lanun yang berkawal di hadapan gua berjaya dikalahkan oleh Xara dan pantas sekali tanpa sebarang bunyi. Mereka bertiga menyusup masuk ke dalam gua. Gua batu itu kelihatan sudah lama berpenghuni. Di dinding dan silingnya tergantung lampu-lampu minyak tanah yang banyak bilangannya. Dinding-dinding batu juga jelas jelihatan kesan cangkulan. Dari pintu gua itu lagi sudah kedengaran keriuhan dari isi gua.

Sebaik sahaja pintu gua itu sampai ke penghujungnya, mereka bertiga terpegun dengan situasi yang mereka lihat ketika itu. Jambatan-jambatan kayu dibina bertingkat-tingkat di dinding-dinding batu. Dan terdapat ramai sekali orang-orang berpakaian kotor dan compang-camping sedang mencangkul dinding tersebut. Tidak kira usia dan jantina. Semuanya dikerahkan keringat mereka. Kelihatan ramai lanun yang menggunakan cemeti dan tombak sebagai senjata sedang berkawal di sekitar tempat itu.

Theo, Ken dan Xavier memanjat perlahan-lahan ke atas deck kapal lanun tanpa disedari penghuninya. Jolly roger Arkida kelihatan berkibar-kibar megah ditiup angin. Theo merengus. Jolly roger itulah pada suatu ketika dahulu telah membuatkan dia kehilangan semuanya. Mereka bersembunyi di belakang tong-tong arak.

Di atas deck kapal kelihatan ramai para lanun sedang bersuka-ria. Ada yang sedang berpesta sambil meneguk berbotol-botol arak. Ada juga yang sedang menyanyi. Ada juga yang sedang bersuka-ria dengan gadis-gadis. Mungkin gadis-gadis dari pusat pelacuran di bandar berdekatan. Mungkin juga ada di antara mereka datang dari kampung yang diserang.

"Korang settlekan lembu-lembu ni. Aku nak cari Hans." Ujar Theo. Belum sempat dia beredar, Ken memegang bahunya.

"Serahkan monyet mata satu tu pada aku." Ujarnya. Theo tersengih sebelum beredar dari situ.

Dia melangkah masuk ke dalam kabin kapal. Kapal Arkida sememangnya besar. Ia mampu memuatkan 100 orang anak kapal. Sebaik sahaja sampai di hadapan pintu master room, pintu kayu berukiran cantik itu ditendangnya kuat. Pedang yang digengamannya dicabut dari sarung lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Hans.." Panggilnya saat terpandang seorang lelaki berpakaian segak berwarna merah sedang membelakanginya di hadapan sebuah meja kayu. Lelaki itu sedang membaca sebuah peta yang aneh. Hans tersenyum.

"Life is cruel.. You know that Atlas? Just like what happen 9 years ago. But don't tell me you hate what happen to your village, Atlas. You like it don't you? How all of your villagers died in front of you. So that no one would called you the beast ever again." Hans berpaling ke arah Theo. Sememangnya dia tidak terkejut dengan kedatangan Theo. Seakan-akan dia sudah tahu yang lelaki itu bakal mencarinya cepat atau lambat.

"Don't talk like you know me Hans. Kau dah bunuh keluarga aku. Kau dah bunuh seluruh penduduk kampung aku. Dan aku takkan pernah maafkan kau atas apa yang kau dah buat pada Mel dulu!" Hans ketawa perlahan.

"Don't be ridiculous, Atlas. That little girl died because of you. Don't you remember what happen?"

Theo terdiam. Sememangnya kejadian 9 tahun dahulu masih segar di ingatannya. Ketika itu dia baru sahaja berusia 15 tahun. Sejak kejadian yang telah meragut nyawa seorang kanak-kanak lelaki ketika dia berusia 5 tahun, Theo dibenci oleh semua penduduk kampung Suria. Jadi, sebaik usianya mencecah 10 tahun, Asral dan Rania terpaksa menghantarnya pergi dari Kampung suria. Dia dihantar ke sebuah rumah milik kenalan Asral, Horn. Supaya tiada yang dapat menyakiti anak mereka lagi.

Di situlah dia mula mengenali Ken, Xavier, Xara dan Mel. Horn mengajar mereka cara mempertahankan diri. Dan mengajar Theo cara untuk mengawal diri.

Beast And A Voyage ~Chapter 1~Where stories live. Discover now