"Tangkap mereka!" Jerit Commander Asfargh. Serentak dengan itu, kesemua kadet Eagle yang berada di situ meluru ke arah Theo dan Xavier. Hampir 30 orang semuanya. Dan senjata mereka sudahpun bertukar. Dari senapang kini kereka menggunakan pedang. Mungkin mereka fikir jika peluru tidak dapat memberi kesan kepada 2 orang itu, mungkin pedang boleh.
Mereka mula menghayunkan pedang masing-masing ke arah Theo dan Xavier. Dengan mudah Theo mengelak dari serangan tersebut. Dia kemudiannya melepaskan beberapa tumbukan ke arah pihak lawan. Maka tercampaklah mereka ke belakang dengan darah terpancut keluar dari mulut mereka. Terus rebah ke tanah dan tidak sedarkan diri. Theo mengangkat buku limanya yang dikelilingi satu aura berwarna biru. Dia tersengih.
Kadet-kadet yang menyerang Xavier juga sudah beterbangan di udara setelah dilibas dek pedang Xavier yang sememangnya dahagakan darah. Dengan kelaran di dada mereka dan percikan darah di merata tempat, akhirnya mereka jatuh ke bumi dan tidak sedarkan diri. Entah masih hidup entah tidak.
Dari sebalik dinding, kelihatan Aigle terpegun melihat Theo dan Xavier mampu mengalahkan musuh yang lebih ramai dengan mudah. Dia menelan air liurnya. Matanya tertangkap selaras senapang yang tercampak ke arahnya. Mungkin milik salah seorang dari kadet Eagle.
"Aku... aku pun nak tolong." Ngomelnya perlahan lalu mencapai pistol itu. Sampai bila lagi dia nak terus berada di dalam kepompom ketakutannya itu. Ketakutan itu harus di atasi. Aigle menarik nafas sedalamnya, sebelum laras senapang itu diangkat. Berdas-das tembakan dilepaskannya dan semuanya mengenai tepat pada pihak lawan. Theo dan Xavier tersengih. Tiada satu pun tembakan Aigle yang tersasar. Walaupun dari jauh. Dan akhirnya, semua kadet Eagle sudah terlentang di atas tanah. Dengan kecederaan yang agak teruk sekali. Commander Asfargh berdecit.
"Turunlah. Buat apa tercegat lagi kat situ?" Soal Theo dengan matanya merenung tajam ke arah lelaki itu. Pantang dicabar, Commander Asfargh melompat turun lalu menyerang Theo. Mereka berbalas tumbukan. Xavier berundur ke belakang. Dia tahu ini bukan lawannya.
"Tak apa ke kita biarkan saja Theo?" Soal Aigle.
"Ya. Jangan kacau dia." Balas Xavier dengan mata yang masih tertumpu pada perlawanan 1 lawan 1 antara Theo dan Commander Asfargh.
Commander Asfargh melompat ke belakang sebelum meluru ke arah Theo bersama tendangan yang agak kuat. Kakinya mengenai perut Theo. Theo tertunduk membuatkan Asfargh tersenyum. Tetapi, sebenarnya kakinya telah dihalang oleh tangan Theo sebelum sempat ia menjamah perutnya. Theo tersengih sebelum menarik kaki Asfargh mendekatinya. Theo manghadiahkan satu tumbukan padu ke wajah lelaki itu membuatkan dia tercampak merempuh bangunan yang tinggi di belakangnya. Habis musnah di bahagian bawah bangunan itu. Kemusnahan di bahagian bawah telah membuatkan bangunan itu tidak stabil dan mula merekah. Sebaik sahaja Asfargh bangkit dengan wajahnya yang cedera teruk, bangunan di atasnya mula roboh sekaligus menimbus lelaki itu di bawahnya. Asfarg menjerit nyaring. Dan bangunan itu akhirnya roboh sepenuhnya dengan commander mereka terbaring tidak sedarkan diri di bawahnya.
"Patutlah tak naik pangkat. Cakap je besar." Ujar Theo. Xavier hanya ketawa perlahan. Aigle masih lagi terlopong. Langsung dia tak percaya betapa kuatnya lelaki itu. Atau sebenarnya Commander Asfargh yang lemah?
Disebabkan kekecohan disebabkan oleh kejatuhan bangunan markas Eagle, semua penduduk kampung mula keluar dari rumah masing-masing. Mereka mula tertanya-tanya, apakah yang menyebabkan kekecohan itu. Masing-masing mula terlopong memandang bangunan yang selama ini berdiri megah dan menjadi ketakutan mereka telah lenyap dengan hanya sekelip mata. Dan masih berdiri di perkarangan bangunan roboh itu adalah Aigle dan 2 orang lelaki yang tidak mereka kenali. Kawasan itu mula dipenuhi penduduk kampung.
"Aigle! Theo! Xavier! Apa yang jadi?" Soal Edd sambil berlari mendekati mereka. Theo hanya tersengih. Seorang lelaki yang berumur dalam linkungan separuh abad mula berjalan mendekati mereka. Dengan mata kadang-kadang melirik ke arah bangunan roboh itu dia bersuara.
"Apa yang sudah berlaku? Macammana markas Eagle ni boleh roboh?" Soal lelaki itu.
"Head chief." Ujar Aigle. Theo tersenyum.
"Guess I was a little overboard huh?" Soalnya memandang Aigle, Edd dan Lelaki yang mereka gelar Head Chief itu.
"Memang pun. Aku tak tahulah macammana reaksi orang tua tu bila dia tengoh markas dia dah tinggal runtuhan batu saja." Ujar Edd membuatkan Theo ketawa.
"Sekejap. Kamu yang lakukan semua ni?" Soal Head Chief kepada Theo.
"Jangan risau pak cik. Ini adalah langkah pertama kejatuhan Kolonel Vox. Disebabkan saya dah janji, saya mestilah tunaikan." Ujar Theo.
"Janji apa?" Soal lelaki itu lagi.
"Kami akan bebaskan Zambisea dari lelaki tua itu. Dan dapatkan kembali keamanan pulau ni. Disebabkan itu, kami perlukan kepercayaan dan keyakinan dari semua penduduk pulau ni." Ujar Xavier. Head Chief memandang Edd dan Aigle dengan perasaan yang masih ragu-ragu.
"Jangan risau Head Chief. Saya dah tengok sendiri kehebatan Theo dan Xavier. Diorang memang kuat." Ujar Aigle. Head Chief memandang Edd. Lelaki itu mengangguk.
"I trust them, head chief." Katanya.
Head chief terdiam sebentar sebelum kembali memandang Theo dan Xavier.
"Baiklah. Pak cik percayakan kamu berdua. Tolonglah. Bebaskan Zambisea." Head Chief tertunduk perlahan. Theo dan Xavier tersenyum. Penduduk kampung yang lain berpandangan sesama sendiri sebelum tertunduk sama. Mungkin, lelaki-lelaki muda itu adalah harapan terakhir yang mereka ada.
YOU ARE READING
Beast And A Voyage ~Chapter 1~
FantasySatu perbalahan antara 5 benua tercetus 2 dekad lamanya. Perbalahan yang tidak diketahui punca. The legend said, he who seek for the legendary treasure, will discover the world biggest secret that will end that war. Dan Theo Atlas atau lebih dikenal...