Tingginya terbang kamu
Wahai lelayang kertas
Sampai kan aku di bawah pun kau lupa
Masa kau mahu terbang aku yang ajarkan
Masa tali kau tersimpul aku yang uraikan
Ketika datang angin aku terpaksa berlari mencari arah
Agar terbang kau tidak susah
Akhirnya terbang kau makin menjadi
Bertambah pandai dan semakin tinggiAku
Terlupa pesan atuk
Andai bermain dengan tali
Jangan lepas sampai habis
Kelak ia dah kuat lelayang akan tidak ingat lagi
Jasa kita selama ini
Kita yang membuatnya berukir cantik sehingga boleh terbang tinggi
Kita
Tidak di ajaknya terbang sekali
Melihat dunia dan alam ini
Lelayang
Andai dia keras tidak kenang budi
Bertahan lah memegang pada tali terajunya
Biar ia putuskan sendiri
Kelak besok bukan kita di persalahkanLelayang andai kau yang memutuskan
Pergilah
Andai kau berjaya menyeberang lautan di depan silakan
Tapi andai kau berpatah arang
Jangan kau harap
Sebab sisa tali di gengaman ku
Bukan milik mu lagiHasil nukilan Pena Alam
Jumaat 17/02/2017
Jam 08;20/09 ;22 mlm
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi