Kawan dunia akhirat

33 0 0
                                    

Kawan
Sedekad yang lepas kita berkenalan
Dulu berempat sekarang berdua
Satu dipanggil tuhan
Satu aturan takdir

Kawan
Sedekad kini kau temuiku
Selepas terlepas dari serigala
Membawa seribu pahit didada
Melepaskan apa terbuku dihati

Kawan
Pengalaman mendewasakan
Aturan takdir tersusun rapi
Kerja tuhan yang hakiki
Biar terpisah tetap bertaut

Kawan
Izinkan aku mengotakan janji
Biar dirimu bukan untuk objek
Rasa bersalah menghantui diri
Sedekad terluka tiada disisi

Kawan
Saban bulan kutemani dirimu
Bibit-bibit cinta telah berputik
Walaupun kau bukan seperti yang dulu
Tidak putus asa mengenalimu yang baru

Kawan
Jika telah tertulis dirimu milikku
Akan kuharungi dugaan yang mendatang
Untuk bahagiakan dirimu selayaknya
Terima kasih
Untuk peluang kawan dunia akhirat
Takkan aku sia-siakan

Kuantan
1.20pagi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now