Kalau Dulu Rumah Itu Syurga

10 2 0
                                    



Kalau dulu rumah itu syurga
Tempat aku berkasih bermanja
Dengan ibu dan bapa

Kalau dulu rumah itu
Tempat aku adik beradik bergasak
Yang makan nasi setalam
Nak berbahagi mana ada pinggan

Kalau dulu rumah itu
Tempat aku berebut balang gula atau balang biskut bunga

Dari kecil sehingga dewasa
Ada yang tewas ada yang berjaya
Ada yang malas atau ada yang kurang belanja
Tak kesah dulu mana ada kasihkan kebendaan
Silaturrahim dan persaudaraan lebih diutamakan

Sekarang
Rumah itu tidak seperti dulu
Sepi sunyi cuma tinggal legenda
Pusaka menjadi sejarah
Tinggalan menjadi rebutan
Tanah sekangkang yang sedikit menjadi rebutan

Adik beradik yang dulu
Mana ada lagi keakraban
Asal jumpa nak berperang atau berparang
Yang susah dan gagal ditinggalkan
Yang upgrae dan terpelajar
Yang sakit yang lelah lantak kau sape kesah

Yang senang yang kaya
Ada ja benda nak di megah megah
Ayah ibu aku yang sadar tidak dapt berbuat apa apa
Cuma melihat dan mengadu
Pada nesan pusaramu yang condong
Membuat aduan seketika

Ayah ibu Alfatihah buat mu
Rumah itu sudah tidak seperti kamu ada dulu
Aku sudah tidak mampu lagi memperbetulkan benang basah
Aku
Abang long sudah penat.....

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis.13/09/2018
Jam 02:52/03;12 ptg
Lokasi istana sepi
Hakcipta terpelihara.

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now