Sepi lorong itu
Apabila aku melaluinya
Tiada suara yang menegur
Gelap diam sunyi kelat
Ketawa yang selalu ada kini tiada
Penghujung noktah berhentinya belum tiba
Namun sudah ada jalan mati
Tiada apa hendak ku gapai
Tiada berita hendak ku khabar.
Tiada cerita hendakku perdengarGundah sahaja tapi debar tidak sampai
Dalam sepi lorong itu
Aku tertoleh kebelakang
Terlihat senyum mu mati
Takkala aku cuba untuk memahat namamu
Pada seketul nisan hati
Namun
Dalam sepi lorong itu
Aku yang matiHasil nukilan Pena Alam
Selasa 03/07/2018
Jam 07;55/08;02 mlm
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara