Orang Yang Aku Lihat

18 2 0
                                    



Orang aku lihat
Dulu dia sahabat yang rapat
Segala urusan kerja semua muafakat
Orang yang aku lihat dulu amat susah dan sulit
Aku lah tempat dia berharap
Segala kesusahan dan kepayahan akulah tempat dia membadai
Diangap lebih sebagai saudara sebadan

Orang yang aku lihat
Dulu datangnya menumpang bawa sehelai sepinggang
Kini.....
Bukan lagi kawan
Saudara apatah lagi bukan
Dulu sepatah kita nasihat dia cuma angguk angukkan
Sekarang sepatah kita cakap sehari kita di maki serang
Orang yang aku lihat
Dulu tidak begini pijak semut pun tak mati
Sekarang jeling mata pun hukungpun zalim.seperti bapa yahudi

Orang yang aku lihat
Jauh sudah berubah pekerti
Sudah berbeza budi dan pekerti
Menjadi gunting dalam lipatan
Menjadi api dalam sekam
Menjadi anjing mengigit tulang
Segala budi dan jasa kita langsung tidak dikenang

Orang yang aku lihat
Semoga tuhan jauhkan darinya
Atau terikut sifatnya
Lupa diri atau lupa rumput yang di pijak
Atau tidak sedar dimana langit kita junjung

Orang yang aku lihat
Semoga tidak ujud lagi dibumi ini
Atau akan lahir lagi sekali
Orang yang aku lihat
Semoga tidak ada lagi jenis ini

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 22/06/2018
Jam 07:45/08;22
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now