Warkah dari seberang
Bercerita tentang nasib
Tentang hukum alam dan kemanusian
Katanya juga ada cerita sedih
Ada cerita pedih anak kecil dan saudara kita minta simpati
Minta kasihan
Minta makan
Minta di jaga nyawa
Minta belas pada ibu pertiwinya yang dipagari dengan api yang berduriBerlindung pun diburu
Mengalas sampai ke lubang cacing
Berenang dalam darah yang merah sudah menjadi alah kerana biasa
Rintihan sesiapa hanya seperti opera panggung
Siraja cuma ketawa melihat pelakon yang asliWarkah dari seberang
Dikirim ketika purnama menjengah kuntum
Yang baru hendak berputik
Cerita malang datang malam
Menerangi dengan membakar rerambut anak anak yang kecil
Ketika baru mahu belajar merangkak
Aku cuba membelek lagi
Warkah dari seberang itu
Namun sudah terlipat
Terkunci dengan air mata kering
Yang wafat dibalut kapan tanpa talkinWarkah dari seberang
Mimpi ngeri buat ku
Bila tersadar darinyaHasil nukilan Pena Alam
Sabtu 30/06/2018
Jam 03;03/04;04 ptg
Lokasi taman intan accesories jtut.
Hakcipta terpelihara
![](https://img.wattpad.com/cover/100948939-288-k466069.jpg)