Dihujung perjalanan malam akhir
Langkah yang menyusup mengah lelah
Membilang detik semakin berakhir
Tampak sebelum siang moga ada cerita untuk di pamer
Kalau kalamnya tidak bertinta mana mungkin ada lagu bisa dicatit sebelum melodi tercipta
Luah pada laut biru
Hanya di tampar ombak yang keliru, samada aku lurus atau dia yang tempang
Kekadang ada juga camar yang menjeling tapi sinisnya tidak peduliApa aku mahu
Apa dia mahu
Apa niatnya
Atau dalamkah segala muslihat yang terancang
Mentari sekadar memanas dada yang terbuku sesak di dalam
Ada saja cerita yang menghimpit
Keluhan panjang tidak akan terlerai apa apaIntaikan jika sempat
Ketika menyelak helaian dairi lama kalau ada resepi yang berguna
Bukan untuk dimakan namun mahu dipedomankan
Untuk membuka jalan semula
Bertatihpun tidak apa
Bertongkat juga bisa
Janji menunya perlu di ulik semula agar tidak terbasi ketika sebelum hampir siang
Nota kecil itu
Biar aku selit simpan di celah memori ingatan
Agar langkah tidak sumbang lagiHasil nukilan Pena Alam
Ahad 06/06 /2018
Jam 11;40/12;03 pg
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara