Muka Fakir

7 1 0
                                    



Dilukis dengan wajah yang suram
Heningan mata yang berkaca malap
Merenung.. jauh masa depan entah di mana
Kehidupan bertindih dengan kekangan saku yang kosong
Menyulap makan seminggu cuma sekali
Itupun jika ada.
Atau jika ada yang simpati
Menghulur secebis roti kering
Itupun memadai dari tiada langsung
Mengalas sedikit bersambung juga untuk esok

Tidur ala kadar
Sekeping kotak kertas menjadi tilam idaman
Bermalam di mana berakhir nya hujung siang
Di bawah kolong
Di bawah pokok
Digobok tinggalan yang buruk
Janji mimpi dapat diradu

Muka fakir sentiasa ada menyusup
Dengan bebayang dari belakang
Menginjak simpati dari saku yang prihatin
Bukanya galak meminta
Menghulur pun tidak juga untuk mohon simpati
Tapi jika ada yang rela sedia memberi
Syukur pada ilahi
Masih ada lagi wajah yang tidak bermimpi ngeri
Sampai bila
Muka fakir hilang hausnya di muka bumi yang kering ini

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 16/08/2018
Jam 01;16/01;50 ptg
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara.

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now