Menadah Rindu

71 3 0
                                    



Semalam ketika malam menyepi
Dengan dingin didakap embun
Aku menadah rindu
Di sebalik selimut resah
Dimana ada aku
Dimana rindu kamu
Dimana kasih di tatah pada sebatang sungai arah
Tidak di tampi juga di tadah
Pada telapak kasih si selasih
Pada lamar pujangga di badai rasa
Akan sering meratah
Walau tidak endah jika terpisah
Aku dimana kau kemana
Pada hala dan tuju sesama
Walau pahitnya di telan jua

Menadah rindu
Biar aku begitu
Agar jika kau tahu
Selama ini yang menadah rindu itu aku

Hasil nukilan Pena Alam
Jumaat 12/05/2016
Jam 09;00/09;13 mlm
Hakcipta eerpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now