Potret pilu

19 6 0
                                    



Tolong hulurkan
Sehelai selendang untukku
Buat aku menutup sekeping potret
Yang tersidai di meja sepi
Aku yang di penjuru
Termanggu mengigit kuku sambil jari melilit hujung selendang itu

Potret pilu itu ada cerita apa
Apa maksud yang tersirat
Sedangkan aku sendiri menangis tidak tahu sebab
Ketika aku melangkah untuk pergipun
Aku masih tidak mampu untuk berpaling
Ia seperti menarik hujung jemariku
Atau terasa ada pelukan bundar dalam nafas gering

Aku amat berat untuk menangis
Terasa ada air di hujung alis
Potret pilu itu hanya mampu aku selubung dengan sebelah tangan ku
Dan sebelah kaki
Masih aku menungkat cahaya di ufuk timur
Yang hampir lumpuh malap ke barat
Takut tidak sempat
Menyalakan lilin di separuh pundak
Ya Allah
Untuk apa aku mengeluh
Jika rezki kita terbahagi dua

Dunia untuk jasad ku
Akhirat untuk roh ku
Potret pilu itu aku biarkan saja akhirnya di hujung sudut meja itu
Kerana itu adalah wajah asal ku yang sebenar

Hasil nukilan
Pena Alam
Hari ahad 04/06/2017
Jam 07;45/08 ;22 pg
Hakcipta terpelihara
Lokasi sebalik pintu ramdhan

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now