Pekaka Rimba

7 1 0
                                    



Titis air mata terlalu pekat
Keruh melekat sampai menyedut kaki
pekaka rimba tempat bermegah tiada lagi
Alunan merdu dari perindu alam
Tiada lagi kedengaran
Terjahan air dari pancuran khazanah musnah
Lumpur mempalit
Umpama terjal batu yang kering

Pekaka rimba
Air mata menitik keruh
Pekat sehingga sukar untuk bernafas
Jeram ketawa mati tiada indah
Lembah rata dari gunung
Seluang atau anak sior tiada berbekal pagi
Untuk besok belum tentu ada

Pekaka rimba
Kamu tewas di ranting mati yang palsu
Berkubur di ujung pasir jeram perahu

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 13/09/2018
Jam 12;11/12;22 mlm
Lokasi istana malam
Hakcipta terpelihata

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now