Ribut di hujung senja
Menyelongkar di setiap ruang sepi
Dengan hujan petir yang membasah lemas bumi
Mengalir dengan segala arus laju
Mendikit dengan tiada tara
Atau membilang waktu sebelum malamRibut di hujung senja
Sekadar menakutkan balu yang lara
Tiada kasih di unjur dari belas kasihan
Atau simpati rasa dari demam berkala
Tangisan anak terdengar di bawah tudung saji yang tersorok sebatang tulang
Tengiri atau gelama tiada pasti dicop jenamanyaRibut di hujung senja
Beritanya tidak pernah di lupa dari sejarah merdeka
Bermandikan darah dari sengketa yang cuma
Mahu berebut kuasa atau memohor usul segala
Dari air mata yang duka
Ribut dihujung senja tidak pernah terlupa
Cerita dari datuk perwira
Bahawa dialah pembasuh luka petir gelora
Semalam atau bila jangan jangan cuba
Di ungkap semula bunga bicara pencetus
Lara dari bangsa yang sebangsaHasil nukilan Pena Alam
Ahad 19/08/2018
Jam 07;55/07;10
Lokasi pondok keranji
Hakcipta terpelihara