Dunia yang kejam

211 5 0
                                    

Ibu apa salah aku
Apa dosa aku
Sehinggakan tiada kesempatan
untuk aku hidup
Untuk aku kenal dunia ini
Untuk aku lihat mahkluk alam selain aku
Aku sering di buang di merata tempat yang hina
Bukan salah aku
Kau yang menghinakan dirimu
Kenapa aku di persalahkan

Ibu berilah peluang untuk aku hidup
Bagi lah peluang aku hiburkan hatimu
Biar lah aku yang menangis untukmu andai hatimu pedih
Siat lah sebanyak mana kulitku buat membalut luka mu yang terguris
Andai kau benci juga padaku bagi lah aku hidup
Dengan sesiapa yang ingin mejaga aku
Atau aku lebih rela menjadi hamba mereka yang tidak merdeka
Janji masa sedikit untuk aku ada

Ibu andai kau rindu aku
Aku sentiasa menunggu mu di tepian telaga Al qausar
Di muka pintu syurga
Untuk memimpin tangan ku ketengah
Andai Allah tidak murka padamu
Bahagialah untuk ku kerana aku sudah ada ibu

Hasil nukilan Pena Alam
Ahad 25/02/2017
Jam 07:07/07:53
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now