Rumah Mak
Dulu rumah itu
Riuh dengan berbagai suara
Ada kedengaran tangis kecil
Ada kedengaran dengkur kasar
Ada bunyi hilai tawa yang tidak berhenti
Dan kekadang ada bunyi ketukkan lesung penawar
Atau sekali sekala bunyi gaduh selisih faham
Tapi bila terdengar saja suara ibu
Semua diamRumah mak
Itulah sepuluh tahun dulu
Kenangan dari kecil sehingga semuanya pergi
Kini
Rumah mak cuma tinggal kenangan
Rumah mak cuma tinggal pusaka
Rumah mak yang menjadi rebutan
Rumah mak yang menjadi medan perangKami sudah tidak sehaluan lagi
Anak anak yang berjaya bermegah dengan dengan kekayaan
Anak anak yng cerdik menta dengan ijazahnya
Ada anak yang terkorban menjadi menjadi piatu
Di sisih kerana kedaifan
Tapi anak itulah tulang bahu Ayah
Tapi anak itulah tapak kaki ibuRumah mak
Rumah yang tidak seperti dulu lagi
Rumah mak tempat singgah parasit penyakit pada ku
Tapi aku tetap mahu pertahan
Sebab disitu tempat lahirku
Di situ sejarah bermula
Di situ tempat tempat terakhirkj melihat wajah ayah dan ibu
Disitu tempat aku memandikan dan mengkafan jenazah mereka berduaSekarang seramai mana zuriat mak yang tinggal
Seorang pun tiada yang berani
Memeluk batu sempadan
Antara dunia dengan barzakh mak atau ayah
Walau dengan sepatah AlfatihahRumah mak sudah semakin jauh
Rumah mak sudah semakin semak
Rumah mak cuma dalam kenangan
Aku sudah tidak mampu menjaganya lagi
Kerna aku juga sudah diambang pintu menjejak makRumah mak
Selamat tinggalHasil nukilan Pena Alam
Khamis 16/05/2019
Jam 06 ;25/07;00 pg
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara
![](https://img.wattpad.com/cover/100948939-288-k466069.jpg)