Aku adalah rajanya
Aku adalah pemerintahnya
Aku putra mahkota ,mahkota dua
Dahulu ada dua istana
Istana hitam dan putihAda dua cerita dalam istanaku
Cerita istana hitam hidup penuh dengan garang dan garam
Cerita istana putih hidup penuh seloka senda dan bahagia
Istana hitam ,mimpiku sampai terkoyak jalan ceritanya
Penuh duka dan cemburu celaka
Resah dengan racun dan santau hasad
Tiada yang nyata atau benar
Mangsa atau habuan hanya sentiasa dalam perancanganIstana putih penuh bayangan lembayung syurga
Tidur lena tiada rasa duka
Cerita mimpipun girang dan lapang seperti padang syurga
Aku ceria di sini
Duka di sanaNamun mujur aku tidak leka di rantai di istana hitam
Ada kesempatan
Aku pulang ke istana putih
Diam lah kau hidup caramu di istana hitam
Aku tidak akan kesan lagi
Akan aku kekal di sini
Selama ada hayatkuHasil. Nukilan
Pena Alam
Jumaat 17/03/2027
Jam 03;03/03;21 ptg
Hakcipta terpelihara
Lokasi pondok puisi