Khabar Dari Seberang

6 1 0
                                    



Kawan
Apa khabar ceritamu
Dari seberang melangkau negeri junjungan
Lama tidak kita bersapa berita
Adakah masih ingat dikau padaku
Adakah masih ingat kisah kecil kita
Berkubang di lumpur bendang
Berkejaran bangau di belakang kerbau
Atau
kekadang menyipit anak sepilai atau kekarin pelaga
Yang berwarmi comel dibalang kaca gula gula

Kawan
Khabar dari seberang sudah lama aku tggu
Adakah masih ingat akan dikau tempat ini
Bumi bertuah tinggalan keturunan jenerasi
Atau kerna segulung ijazah kau telah lupakan kami
Bumi ini masih lagi milik kami
Andai kau ada lagi
Kembalilah kesini
Jadikanlah bumi ini milik kita
Perkemaskan dan teguhkanlah
Agar menjadi hak ketuanan kita

Khabar dari seberang
Sentiasa aku nanti di pinggir batas sawah ini
Sambil.mengusik usik orang orangan
Peneman setia kita yang dulu
Sambil berlari lari mengejar magrib ke surau penghulu
Sebelum rotan beras singgah di telapak tangan
Dan aku malu jika jika sahabat karibku Ranisah
Tau labu betisku di banting pak guru dan penghulu.

Hasil nukilan Pena Alam
Khamis 6/12/2018
Jam 08:16/08:35 pg
Lokasi pondok puisi
Hakcipta terpelihara.

Pondok Puisi ✔️Where stories live. Discover now