4.

120 19 4
                                        

"Kau datang" dia tersenyum manis,seperti personalitinya yang lagi satu. Dia menepuk kerusi di sebelahnya,mengarahkan aku untuk duduk. Aku teragak-agak,tapi melihat Jeonghan yang berada di situ,aku terus duduk.

Seorang doktor pakar yang pergi ke kelab malam untuk berjumpa dengan seorang psiko. Amazing.

"Nak apa?"

"Kau mesti tertanya,kenapa aku boleh tahu segalanya tentang 'aku' sedangkan yang satu lagi tidak tahu apa-apa?"

Aku mengangguk.

"Secara jujurnya,personaliti yang kau jumpa pagi tadi adalah personalit yang terbentuk. Aku pula? Memang dari dulu seperti ini"

Lelaki ini menakutkan. Aku tak nak. Tak nak khawin dengannya.

"Cheol,saya rasa dah lewat,saya perlu balik untuk-"

"Jangan. Aku bosan"

Dan aku terdiam. Apa dia nak?

"Jom,keluar"

Dia bangun dan meninggalkan aku. Aku mencari kelibat Jeonghan,dan dia sedang menari di tengah-tengah perempuan.

Oppa tak guna.

........

"Kenapa awak bawa saya ke rumah awak?"

"Cantikkan?"

Sejujurnya,ia indah. Indah yang aku maksudkan bukanlah ada pokok bunga ros dan sebuah taman yang lapang.

Rumahnya,ditengah-tengah bandar Seoul,tingkapnya yang keseluruhanya kaca,menunjukkan lampu-lampu bangunan di sekelilingnya.

"Aku tak pernah buka lampu,sebab cahaya disekitarnya dah cukup mencerahkan rumah ini." Katanya.

Aku menhampiri tingkapnya dan memandang persekitaran di hadapan aku,kagum.

"Aku meyorok di sebalik cahaya tersebut. Dan terbentukla satu personaliti yang kalau kau lihat,ianya normal. Boleh bergaul,berkawan,berkerja dan apa yang manusia lain buat.

Aku bukanlah introvert,tapi,aku tak sanggup menghadapi 'cahaya' dia hadapan aku.

Kerana,apabila aku keluar,aku perlu menghadapi realiti"

Kata-katanya membuatkan aku tersentak.

Aku memandang belakang dan dia kelihatan sangat jauh daripada aku. Dia sedang bersandar dia dinding,sambil memandang aku.

"Apa yang buat awak takut menghadapi realiti?"

"Mampukah kau hidup,kalau kau rasa bersalah?

Jeoran,aku pernah bercinta. Dan sampai sekarang aku sukakan dia. Tapi,dia mati kerana 'cahaya' dan realiti."

Pada mulanya,aku tak mampu mengesan sama ada dia menangis atau cuma berkata.

Tapi apabila aku mendekatkan diri aku padanya,aku sedar,bahu dia terhenjut-henjut.

Seorang psiko menangis?

"Dia mahukan rumah seperti ini. Jadi aku belikan rumah ini buat dia. Tapi,ketika itu,rumah tersebut masih belum siap. Tiada lagi tingkap kaca. Senang kata,tiada apa-apa. Kau boleh terjun.

Aku bergaduh dengan dia,pada malam dia mati. Hanya kerana aku dah mula bosan dengannya. Itulah realiti,dimana kau mula bosan dengan orang yang kau cintai.

Dan malam tu,dia lari ke rumah ini,yang masih belum siap,dan kau boleh agak apa yang terjadi.

Dia kata,cahaya lampu disekitar rumah ini,mampu membuatkan dia tenang,dan dia mahu tenang dalamnya. Dia mahu mati ditemani cahaya.

Dan dia,menamatkan hidupnya disini.

Kerana realiti dan 'cahaya'"

Dan dia terus menangis.

Aku cuma mendiamkam diri.

He's hiding behind the light. Alone. Regretting every piece.

While hiding,the reality is killing him.

Behind The Lights// c.s.cTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang