"SeungCheol,kita nak pergi mana?" Aku tanya sebaik sahaja kereta dia meluncur laju keluar dari perkarangan hospital.
"Omma kata,dia nak jumpa menantu dia. So yeah,kita makan tengah hari kat rumah dia" dia kata dan aku tersenyum.
"Kita duduk sana sampai pukul berapa?"
"Mungkin sampai petang" dan riak muka aku berubah. Tak,itu bahaya. Tapi aku cuma mendiamkan diri. Mana tau,Dr. Choi sengaja buat macam tu.
.......
"Jeoran,makanla lagi. Kamu asyik kurus ja,semalam makan apa?" Omma tanya aku. Seungcheol sebelah aku cuma mendiamkan dirir.
"Jajangmyeon. Seungcheol tak reti masak" aku cakap dan meledak ketawa omma. Aku teringat apa yang Cheol cakap kat aku. Ah,mungkin dia menipu. Entahla.
"Omma.." Seungcheol buka mulutnya. Perhatian aku tertumpu padanya.
"Omma tak pernah pon bincang pasal honeymoon. Omma tak nak cucu?"
Aku tersedak dan omma terbatuk-batuk mendengar kata-kata anak lelakinya. Gila? Boleh dia cakap pasal anak masa makan? Hei,kalau ye pon,tunggula malam.
"Actually,omma ada bincang dengan Jeoran. Tapi...."
Omma pandang aku. Ah sudah,dia nak kata aku tak nak la ni? Dia pon setuju dengan aku.
"...Jeoran tak sedia lagi. Yala,kan forced marriage. Bukan senang Jeoran nak lalui semua ini."
Seungcheol cuma diam. Tapi,dia kembali ceria apabila omma membuka ceritanya ketika diorang pergi bercuti kat Jepun. Aku cuma tersenyum dan kadangkala melirik kearah jam.
4.30
"Jeoran..kamu dengar tak?"
Aku memandang muka omma,kosong.
"Kamu dua tidur sini eh? Omma bosan tidur seorang. Boleh?"
Seungcheol angguk tapi aku risau. Cheol sangat bencikan ommanya. Dan dia tak suka tidur kat tempat lain selain kondo takde lampu. Aku memandang omma. Dia nampak gembira dan mula memanggil pembantu rumahnya untuk menyediakan bilik kitorang.
Muka aku pucat. Aku perlu lakukan sesuatu. Ya,aku takkan benarkan Cheol dan aku tidur dsini malam ni.
"Ommunii..." aku memanggilnya lembut. Dia memandang aku dengan senyuman.
"Kenapa Jeoran?"
"Jeoran ada kerja malam ni..kat bahagian kecemasan" Nice. Kau mana kerja kat bahagian kecemasan.
"Oh ya? Takpela. Nanti omma suruh Hyena ganti tempat kamu. Boleh?"
"Omma,kerja ni bukannya mudah. Lagipon ni patient VIP. So dia nak Jeoran ada"
"Takboleh cancel?" Seungcheol sampuk. Ah, shit.
"Kalau macam tu,takpelah" omma tersenyum tawar. Aku rasa bersalah dan melirik kearah Seungcheol. Dia nampak marah. Pandangan dia sama dengan Cheol.
.........
"Awak tak boleh ke tolak ansur? Bukan selalu awak boleh makan dengan dia,tidur serumah dengan dia."
Aku cuma mendiamkan diri. Suara dia masih belum di tahap yang menengking,jadi aku cuma menunduk.
Jam di tangan aku adalah 7.10. Lagi 10 minit sebelum matahari terbenam. Dan aku dengan dia masih di dalam kereta.
"JEORAN KAU PEKAK KE?" dia menjerit dan aku agak terkejut. Dihentuknya stereng kereta.
"Aku cakap dengan tunggul?ke batu? Tak silap aku kau tak pekak atau bisu. " suara dia jadi kasar. Dia berhentikan kereta di tepi dan dia pandang aku. Direntap pergelangan tangan aku dengan kasar dan aku mengaduh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Behind The Lights// c.s.c
Fiksi Penggemar"Tolong khawin dengan anak omma" Desperatenya dia. "Dia sakit" Dan aku terima permintaan gilanya. A choi seungcheol fanfic.