21

88 15 1
                                    

"Jeo-"

"Ah,Mingyu" aku kata apabila aku melihatnya masuk kedalam bilik aku. Dia duduk di kerusi hadapan aku dan memberikan aku fail pesakit Jung Hyena. Aku menjongketkan kening aku.

"Waeyo?"

"Aku nak pulangkan je. Sebab tak jumpa apa pon dalam fail ni. Dan hubungan diorang tiga oranh cumala sebagai kenalan rapat. Dan kalau Min Hye Na pakar bius pun,dia sememangnya layak sebab dia ada sijil. Keterangan Yura pun tak banyak membantu. Jadi,kes ni ditutup macam tu ja"

"Jap,maksud awak-"

"Kes sebegini pernah dilaporkan. Oleh suami kau,Seungcheol. Dan Yura sebagai saksi dalam bilik bedah. Lepas dia tahu Hyena tak bersalah dalam kematian mangsa,dia hilangkan diri. Dan berdasarkan rekod perubatannya,dia makin sembuh. Kenapa dia tak keluar dari hospital?"

Aku terdiam. Aku kembali fokus pada kerja aku tadi,mengendahkan kata-katanya.

"Kau,bercerai?"

"Tak,ya,mungkin"

Dia mengeluh. Dipandangnya muka aku.

"Kau,macam tak berminat nak tahu tentang semua ni. Kenapa?"

"Dia sukakan kedua-dua Hyena tu. Min dan Jung. Jadi kalau Hyena bersalah pun,Cheol tetap akan tegakkan dia."

"Kau ni kenapa? Asal kau cakap macam tu? "

"Saya dah putus asa dengan perkhawinan ni"

........

"Awak boleh keluar? BILA???" Aku menjerit apabila dapat tahu dia boleh keluar. Cheol tergelak dan angguk.

"Lusa mungkin. Hyena kata aku makin sihat. Jadi dia bagi keluar. Cuma jangan stress sangat. Kau tak de kerja sampai boleh datang setiap masa?"

"Amboi,halau" aku usik dan meletakkan bekal di tepinya. Dia tersenyum sahaja melihat tingkah laku aku.

Walaupun aku dah putus asa,tapi bila aku dengar dia dapat keluar,terus hilang masalah aku. Mungkin ia permulaan baru buat aku dengan dia?

"Cepatla. Nampyeon kau lapar"

"Ya,ya kejap"

......

"Nanti awak keluar,nak gi mana dulu?"

"Rumah,aku rindukan rumah,dengan katil. Dan aku nak peluk 'bantal wangi' aku kuat-kuat"

Pada mulanya,aku tak faham,tapi bila aku tengok dia jongketkan kening,baru aku faham. Pahanya aku cubit. Dia menyeringai.

"Ingat saya apa? Bantal awak?"

"Oh,memang"

Aku menjelignya. Aku menyuapnya semula dan bila aku sibuk menguis makanan tersebut,dia mencubit pip aku kuat.

"Tak nak honeymoon?"

"Huh?" Telepas sudu tu masuk balik dalam bekas. Agakla nak tanya soalan maut macam tu.

"Kau dengar aku"

"Saya-"

"Ye atau tak?"

"Awak tak rasa awal?"

"Apa kolot sangat fikiran kau ni?"

"Awak kata saya kolot? Ok,jawapanya tak" aku marah dan tutup semula bekas makanan dia. Senang je dia kata aku kolot. Dia cuma memandang gelagat aku. Sudu dia aku letak di tepi dan aku bangun nak keluar dari bilik ni.

"Aku nak gi Nami"

Aku berhenti. Nami? Pulau Nami atau perempuan bernama Nami? Aku memandangnya dan menjongketkan kening aku.

"Maksud aku,Pulau Nami."

Ok,aku memang kolot.

"Awak nak buat apa?" Aku tanya,masih menegakkan ego aku yang dah hancur tadi.

"Bercutila. Kau nak buat apa pergi sana? Kerja?"

Pandai dia mengusik aku. Aku duduk semula di kerusi sebelahnya dan memandangnya.

"Takla,nak cuci mata" aku kata dan menjeling. Dia mencubit pipi aku kuat dan aku menyeringai.

"Gatal"

"Awak pun"

"Aku? Bila? Perempuan cantik mana ada kat sini. Kau je cantik."

Ok,aku kembang jap. Aku menampar bahunya lembut,dan tersenyum.

"Kau ni,dari tadi tersenyum,kenapa? Mengandung ke?"

"Suka fikir bukan-bukan"

"Lantakla. Dengan isteri aku jugak"

Aku memusingkan anak mata aku ke atas mendengar jawapannya.

"Kau ni,pantang kena puji"

"Saya perempuan,normala kalau saya kembang awak kata saya cantik,kalau saya puji awak,awak pun akan kembangkan?"

"Tak,sebab aku tak la sekacak Oh Sehun Exo yang kau minat sangat dalam tv tu. "

"Oh itu memang kenyataan. Dia lagi kacak"

"Mata dia sepet kot. Aku mata bulat ni kau masih tak nak. Nak aku buat plastik ka?"

"Buatla. Mana tau jadi Sehun nanti. Bolehla saya fangirl setiap malam" aku mengusiknya. Dia merengus dan meneguk rakus air kosong yang aku tuang tadi dekat gelas.

"Laa,haus ka? Ke jeles saya kata Sehun lagi kacak?"

Tersedak dia. Muka dia merah dan terbatuk-batuk. Aku sedar aku agak melampau mengusiknya jadi aku berganjak kesebelahnya dan mengusap belakangnya.

"Tarik nafas perlahan lepastu lepas" aku kata dan dia menurut. Barula penafasan dia normal. Dia memusingkan kepalanya ke arah aku. Aku tidak membalas pandangan dia dan mula mengurut tekak dia. Bagi rasa sedap tekak dia.

"Kau tau,aku teringin nak gi Paris"

"Sebab?"

"Mana tau,jadi romeo and juliet. "

"Romeo and juliet? Bukan perkhawinan diorang dibangkang ke? Dan diorang mati lepas tu"

"Kau ni,think the positive way"

"Apa?"

"Kenapa diorang dipanggil star crossed love?"

"Entah?"

"Their relationship were doomed to fail. It was their faith. But,why Romeo stil loved Juliet,though he knows the ending?"

"He,believe something will happen?"

"Exactly my dear. They believe stars where the one who controlled their life. Maybe,their stars accidentally slipped from its original place. But they went it together. They died at the same place,to a have a better future in the afterlife.

And i hope our stars were not doomed."

"Why?"

"Kau nak mati macam Juliet?"

"Dia mati macam mana?"

"Dalam kapsul kaca,sebelah mayat dia,Romeo,"

"La,tadi awak yang kata 'mana tau jadi macam romeo and juliet?'"

"Aku nak jadi Romeo yang setia dengan kau,kalau kau mati,aku pun nak mati. Kalau kau hidup,aku pun nak hidup. Walaupun aku tahu,it was a sin to fall in love with you."

"Awak ni,romantik pula memalam. Geli saya dengar"

"Biarla. Dengan isteri aku jugak"

"Eii menyampah"

"Kau ada kerja?"

"Yup,pembedahan pukul 11 malam. Kenapa?"

"Aku ada benda nak bagitau"

"Apa?"

"For I never saw true beauty till this night"

"My god,Romeo,you are being to cringe right now"

Behind The Lights// c.s.cWhere stories live. Discover now